Pasangan pelakon popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mendedahkan bahawa segala usaha keras yang dilakukan mereka, untuk membangunkan perniagaan Wawa Kosmetik hari ini adalah demi masa depan anak-anak.
Pasangan itu berkata, keempat-empat cahaya mata mereka bakal mewarisi perniagaan itu kelak di masa hadapan, agar masa depan kesemua anaknya lebih terjamin.
“Kami selalu memberitahu anak kedua, Hayla, dia bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Memang apa yang kami usahakan sekarang ini demi untuk masa depan mereka.
“Kami sedang berusaha mencari dan memasang strategi untuk kekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Seperkara yang saya belajar, untuk naik senang, tetapi untuk kekalkan itu yang susah,” katanya.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Aeril kepada Hijabista, sewaktu pelancaran pewarna bibir, Fruit Candy Lip Tint di Boathouse, Ampang, baru-baru ini.
Selain itu, Aeril menegaskan bahawa dia dan isteri tidak akan sesekali menyekat atau membantutka minat anak-anak mereka sekiranya mereka mahu meneroka bidang lain.
“Tidak kisah apa minat mereka kerana paling penting, kami tekankan didikan asas, termasuk aspek agama. Itu yang paling utama,” jelasnya.
Mengulas berkenaan minat dan kecenderungan anak-anak Aeril berkata setakat ini Hayla dan Sofya yang paling banyak mewarisi bakat lakonan milik mereka berdua.
Jelasnya lagi, berdasarkan pengalaman selama 16 tahun berkecimpung dalam industri seni, Aeril kini mampu membezakan antara bakat semulajadi ataupun bakat yang dicungkil keluar. Menurutnga, kedua-dua cahaya matanya itu mampu untuk tampil secara natural dan bersahaja ketika berdepan dengan kamera.
“Kami galakkan Hayla masuk industri hiburan kerana dia ada bakat. Bukan senang untuk kanak-kanak pada usia sepertinya mengingati skrip, melakonkan watak sedih dan tidak malu bila berada di hadapan kamera.
Ads
“Saya dan Wawa tengok Hayla paling berbakat, selain anak ketiga kami, Soffya. Mereka kelihatan ‘natural’ di depan kamera,” ujarnya.
Untuk rekod, pada 2013 Aeril dan Wawa telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun, pasangan itu telah dikurniakan empat cahaya mata sebagai penyeri hidup.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ada ketikanya ketua keluarga perlu keluar membeli barang-barang keperluan keluarga. Masing-masing punya cara tersendiri untuk melindungi diri.
Memakai mask (topeng muka) dan bersarung tangan itu mungkin sudah jadi perkara biasa. Berlainan pula dengan lelaki ini. Demi memastikan dirinya dilindungi daripada Covid-19, seorang jurutera sanggup memakai pakaian perlindungan diri yang dibuatnya sendiri daripada beg plastik sampah, ketika mengunjungi sebuah pasar raya, di Kuala Terengganu.
Bagi melengkapkan set pakaian keselamatannya itu, Zamakhyari Khairiri, 41, turut memakai topeng muka, bercermin mata ‘goggle ski’ dan berkasut ‘but’ getah.
Bapa kepada tiga anak yang tinggal di Kampung Bukit Payong itu berkata, walaupun ada yang memandang pelik apabila melihat penampilannya, namun beliau tidak mengambil kisah mengenainya, asalkan beliau berasa selamat berada di tempat awam.
“Saya tidak kisah dengan keadaan ini, malahan merasa bangga kerana ia boleh menjadi satu cara berkempen, bagi mengingatkan orang awam akan langkah yang perlu dilakukan bagi membendung virus ini.
“Tempat seperti ini (pasar raya) mempunyai potensi yang tinggi untuk terkena jangkitan virus itu (Covid-19), dan ini adalah ikhtiar kecil yang saya lakukan demi menjaga keselamatan keluarga dan orang sekeliling daripada virus itu,” katanya ketika ditemui Bernama, semalam.
Beliau mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memakai semua kelengkapan itu dengan dibantu anak-anaknya.
Zamakhyari menambah semalam kali pertama beliau keluar dari rumah, untuk membeli barangan makanan dan keperluan keluarganya, setelah lapan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sumber kredit: Harian Metro dan BERNAMA (foto)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita anak kelahiran Sabah, Nonny Nadhirah yang menghilangkan diri selama tiga tahun selepas terpalit dengan kontroversi akhirnya bertemu dengan sahabat karibnya, usahawan Norsyarmilla Jirin atau lebih dikenali sebagai Milla Jirin.
Mila berkata dirinya seumpama bermimpi apabila akhirnya dipertemukan kembali dengan Nonny, setelah sekian lama berusaha mencari dan menghubungi rakan baiknya itu.
Berita gembira ini dikongsikan oleh Mila sendiri, apabila dia memuatnaik video menerusi laman Instagram miliknya memaparkan pertemuan bersama Nonny di sebuah pusat beli-belah pada Ahad malam.
Hantaran video berkenaan memaparkan Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, hadir dengan berpakaian serba hitam. Namun, apa yang menarik perhatian Hijabista ialah penampilan Nonny yang dilihat sudah kembali menutup aurat dan berhijab.
Mila Hampir Terbang Ke Sabah Mencari Nonny!
Menurut Mila, dia hampir terbang ke negeri di bawah bayu untuk tujuan mencari Nonny. Bagaimanapun, dihalang oleh Nonny yang enggan berkongsikan alamat rumahnya kepada Mila.
“Masya Allah saya tak sangka sebab saya dapat berjumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari.
Nasib baik tak sampai depan rumah dia, dah nak pergi pun mujur dia tak bagi alamat. Kalau dia bagi alamat dah sampai dah,” ujar Mila.
Mengulas lanjut, Mila turut memanfaatkan kesempatan itu untuk meluahkan rasa sayang terhadap rakan baiknya dan berharap agar persahabatan mereka berkekalan dan tidak akan terputus hubungan lagi.
“Selepas tiga tahun baru berjumpa, Alhamdulillah… Aku sayang kau Nonny. Jangan hilang lagi dari radar persahabatan,” seloroh Mila.
Sekadar info, pada 2021, Nonny mula menjadi sebutan netizen apabila memuat naik video dengan penampilan baharu yang lebih seksi sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakan-rakannya.
Kedutan pada kulit pasti akan ada dan ini menjadi salah satu perkara yang menakutkan bagi sebahagian besar wanita. Umumnya, kedutan akan muncul setelah kita berusia 30 tahun ke atas. Namun bukan bererti ia tidak boleh datang lebih cepat. Untuk itu, sebagai usaha pencegahan hindarilah melakukan 6 kebiasaan kecil ini.
Mengerutkan Dahi
Gerakan pada wajah seperti mengenyitkan mata, mengangkat alis, atau menerutkan dahi, dapat menyebabkan kontraksi pada otot-otot yang berada pada area tersebut, sehingga menyebabkan kedut di kulit. Tentunya, jika kamu terlalu sering mengulang gerakan yang sama otot-otot pada area tersebut akan semakin besar dan kuat. Maka boleh dipastikan keriput pun tak lagi boleh kamu hindari.
Tidur Mengiring
Ketika anda tidur dengan posisi mengiring, sebahagian wajahmu akan tertekan oleh bantal dan terdorong menjadi lipatan. Jadi bayangkan saja jika itu terjadi selama 6-8 jam kamu tidur. Tentunya kedutan akan terukir di wajahmu dan menyebabkan aliran darah kurang lancar jika dibandingkan pada sisi yang satunya, yang tidak ditekan bantal.
Mengosok Mata
Kulit pada area mata merupakan bahagian yang paling halus. Untuk itu hindari mengosok mata dengan kasar kerana semakin sering kamu melakukannya, kulit pada area mata akan kendur dan kolegen rosak serta kurange ketegangan, sehingga kulit lebih mudah berkedut.
Makan Makanan Manis Terlalu Banyak
Gula menyebabkan perubahan hormon di dalam tubuh, serupa dengan perkara yang terjadi ketika kamu sedang stres, yang merosak kolagen dan serat elastin. Sehingga, semakin banyak kamu memakan gula, maka kulitmu akan semakin kendur dan kedut.
Terdedah Pada Sinar Matahari
Pastikan kamu selalu menyapukan ‘sun screen’ pada seluruh tubuhmu sebelum keluar dari rumah. Paparan sinar matahari juga boleh menjadi penyebab menurunnya keanjalan kulit sehingga kulit menjadi kedut. Sinar matahari tetap dapat menembus kulit meski kamu tidak berada di bawah sinar matahari langsung, bahkan di dalam kereta atau di dekat tingkap pun kamu masih boleh terpapar sinar UVA dari matahari.
Merokok
Merokok merosakkan kulit yang paling parah, termasuk kelopak mata atas kendur, kantong mata, kerutan wajah, kerutan di atas dan di bawah bibir, dan juga dagu. Nikotin dalam rokok menyempitkan pembuluh darah di kulit, sehingga membatasi aliran oksigen dan nutrisi ke lapisan luar. Selain itu, asap rokok mengandung lebih dari 4.000 bahan kimia, yang merosak kolagen dan elastin kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...