Isu serangan rejim zionis terhadap Palestin sekarang ini hebat diperkatakan oleh masyarakat seluruh dunia.
Biarpun pemimpin dan media dari barat seolah-olah cuba menutup mata mengenai hal ini, namun kuasa viral media sosial ternyata memberi kesedaran kepada semua bahawa kita perlu membantu rakyat Palestin yang tertindas di negara mereka sendiri.
Antara selebriti terkenal yang bersuara lantang mengenai isu ini adalah model antarabangsa, Bella Hadid. Berdarah campuran Palestin dari bapanya, Bella teguh mempertahankan tanah Palestin kerana tidak tahan lagi melihat penjajahan tentera Israel terhadap negara Palestin yang telah berlaku beberapa tahun lamanya.
Mahu menyedarkan kesedaran terhadap masyarakat dunia, Bella telah meluahkan rasa amarahnya itu di laman instagramnya buat tatapan semua.
Sememangnya TIADA tempat untuk ini! Terutama sekali pada tahun 2021! Ia akan sentiasa menjadi #bebaskanpalestin. SENTIASA. Saya ada banyak perkara untuk dikatakan tetapi buat masa ini tolonglah baca dan didiklah diri. Ini bukan soal agama. Ini bukan mengenai sebarkan kebencian terhadap orang lain. Ini adalah mengenai penjajahan Israel, pembersihan etnik, penjajahan ketenteraan dan dasar apartheid ke atas rakyat Palestin yang telah berlangsung selama BERTAHUN-TAHUN!
Saya berdiri dengan saudara-saudara Palestin saya, saya akan melindungi dan menyokong anda dengan sebaik mungkin. SAYA SAYANG ANDA.
Saya telah diberitahu sepanjang hidup saya bahawa siapa saya: seorang wanita Palestin – tidak wujud. Saya diberitahu bahawa ayah saya tidak mempunyai tempat kelahiran jika dia berasal dari Palestin. Jadi saya di sini untuk mengatakan Palestin wujud dan rakyat Palestin berada di sini untuk tinggal dan meneruskan kehidupan. Seperti yang selalu mereka lakukan.
Masyarakat di Palestin memang sangat mengharapkan bantuan dan doa daripada kita semua. Ini bukan soal agama, ini adalah soal kemanusiaan. Moga kemenangan akan berpihak kepada mereka nanti. InsyaAllah.