Berkerak, Hitam & Berdaki, Wanita Ini Kongsi Cara Cerahkan Kembali Siku, Lutut & Buku Lali

Share

Ramai yang memberi perhatian penjagaan bahagian wajah namun bahagian siku, lutut dan buku lali sering diabaikan. Bahagian siku, lutut dan buku lali sering menjadi masalah khususnya golongan wanita kerana dilihat kurang sempurna.

Hakikatnya memang sukar untuk menghilangkan kesan hitam pada bahagian-bahagian ini meskipun pelbagai produk telah digunakan.

Kesan gelap ini sebenarnya disebabkan oleh hasil pengumpulan sel kulit mati. Sepatutnya kita perlu membersihkan bahagian ini betul-betul ketika mandi bagi membuang daki pada bahagian ini.

Melalui perkongsian di Twitter, seorang wanita berkongsi tip bagaimana untuk menghilangkan kesan hitam pada bahagian siku, lutut dan buku lali.

Berus kayu tu kasar sikit, boleh berus kat kawasan kulit tebal. Berus putih tu lembut, untuk area kulit lembut.

Lotion tu , kalau nak cerahkan area area yang gelap, ambillah whitening lotion. Any brand yang korang suka.

Body wash tu any brand, ikut suka korang. Dove ni best untuk kulit kering. Lepas dah body brush, lap badan kering-kering, rajin-rajin sapu lotion.

Sumber kredit: Twitter amaazmi

Published by
Norhasliza