Pasti ramai ternanti-nanti perkembangan terkini pelakon Drama Cina Buta, Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri akibat mengalami jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.

Media arus perdana melaporkan, pengarah Shahrulezad Mohameddin (budak Ijat) memaklumkan bahawa keadaan Nad kini sudah semakin stabil dan telah dikeluarkan dari ICU.

Nad Dah Sedar Sepenuhnya! Boleh Berbual Dan Bergelak Ketawa

Memetik laporan Berita Harian, apa yang lebih menggembirakan adalah apabila Nad kini tidak lagi ditidurkan, makin pulih serta boleh berbual dan bergelak ketawa.

“Untuk pengetahuan keadaan Nanad (nama panggilan Nad) tersangatlah baik. Dia bukan lagi di ICU dan tidak lagi ditidurkan.

“Nanad sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.

“Nanad juga boleh berjalan pergi ke tandas sendirian walaupun kami berpesan jangan sebab paru-parunya masih belum kuat,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran mengenai perkembangan terkini Nad Zainal.

IKLAN

Bagaimanapun, atas saranan doktor, ibu kepada dua cahaya mata itu masih perlu berehat panjang dari melakukan aktiviti-aktiviti lasak yang boleh memberi kesan kepada proses penyembuhan paru-parunya.

Artikel berkaitan: ‘Teaser’ Drama Cina Buta Dah Keluar! Ramai Persoal Perkembangan Terkini Nad Zainal

“Nanad masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru yang luka ketika pendarahan tempoh hari.

“Alhamdulillah, syukur sangat,” katanya.

IKLAN

Mengulas lanjut alasan tidak memuatnaik perkembangan semasa Nad Zainal, budak Ijat menjelaskan bahawa dia perlu menghormati keluarga pelakon itu.

“Saya lama tidak berkongsi perkembangan Nanad kerana kasihankan keluarganya. Selain Nanad, kesihatan mental keluarga Nanad juga menjadi keutamaan kami.

“Saya perasan setiap kali berkongsi perkembangan Nanad, pasti wujud rantaian berita bukan-bukan dan menyakitkan hati kami terutama orang tua Nanad.

“Nanad anak tunggal, jadi, apabila berita yang bukan-bukan bersepah sana-sini, bayangkan macam manalah perasaan keluarga Nanad berdepan fitnah seorang diri.

IKLAN

“Percayalah, Nanad dalam keadaan baik sekarang berkat doa kita semua yang sayangkan dirinya,” jelasnya.

Sumber: Berita Harian

Artikel berkaitan: Nad Zainal Dah Sedar, Tak Lagi Bergantung Pada Tiub Bantuan Pernafasan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI