Berkat Doa Berpanjangan Seorang Isteri, Mursyid Alharamain Jalani Sebuah Perjalanan Gemilang. Rasa Kelainannya!

Share

Kemelut isu agensi umrah yang ditarik balik lesen serta peningkatan kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar, menambahkan kegusaran di kalangan masyarakat Islam dalam memilih agensi yang boleh dipercayai, berpengalaman dan memberikan perkhidmatan terbaik. Pastinya kemelut ini terpalit walaupun tidak berkait.

Pengarah Urusannya, Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan berkata pihaknya
sentiasa cakna dengan aduan pelanggan walaupun perkara itu dianggap remeh oleh
sesetengah orang. Itulah antara pengalaman 10 tahun mengendalikan sebuah empayar, namun segalanya ata izinNya dan keberkatan doa dari seorang isteri yang berpanjangan.

Dugaan paling getir

Ditanya rahsia bertahan selama 10 tahan, malah berjaya melepasi dugaan pandemik
COVID-19, Muhammad Mursyid berkata pada awal perniagaan sehingga sekarang, Muhammad Mursyid turut memberikan penghargaan kepada isterinya, Hajah Intan
Fairuz Ramli yang juga rakan niaganya sejak awal pertubuhan syarikat berkenaan yang ada di saat-saat getir sehingga ke tahap ini.

“Sebenarnya isteri saya ni pelengkap kepada saya. Bukan saja dia ada pandangan
jauh dan bernas untuk kembangkan bisnes, tapi dia juga tahu untuk jadikan visi dan
misi kami kenyataan bersama-sama pasukan Mursyid Alharamain,” katanya.

Mengimbas dugaan paling getir saat dunia dilanda pandemik COVID-19, Muhammad
Mursyid berkata, ketika itu beliau tekad mengekalkan semua kakitangan yang selama
ini setia jatuh bangun bersama MATTSB.

“Masa tu kami fikir, kami ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga kami, dan
kakitangan kami ini kami anggap sebahagian daripada keluarga. Sebab itulah kami
kekalkan mereka sehingga sekarang.

“Walaupun masa itu agak risau juga bila tengok duit keluar dan simpanan
berkurangan, tetapi Alhamdulillah Allah lorongkan untuk kami ubah fokus kepada
penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz
Universal Sdn Bhd.

Rasai Kelainan Umrah

MATTSB menawarkan keunikan dalam pakej umrahnya melalui tagline ‘Rasai Kelainan Umrah Bersama Mursyid Alharamain’, menariknya lagi MATTSB juga menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 kerana ingin berkongsi kegembiraan dan rezeki yang dikurniakan Allah sehingga dapat bertahan dan berkembang maju sehingga sekarang.

“Dari dulu kami tawarkan 5 kali umrah. Kami yang bawa mereka setiap kali umrah dan
bukan mereka pergi sendiri dengan teksi. Itu keistimewaan kami menyantuni jemaah.
Kami juga bawa jemaah menziarahi lokasi-lokasi unik bersejarah, sampai ada
beberapa lokasi menjadi ikutan syarikat umrah yang lain. Kami juga tawarkan hotel
dekat dan selesa, sajian makanan berkualiti, serta mutawif berpengalaman.

“Alhamdulillah, kepercayaan dan kepuasan hati pelanggan meningkat membuatkan
mereka tertunggu-tunggu pakej umrah kami setiap tahun. Malah ada jemaah yang
sudah 13 kali berturut-turut mengerjakan umrah dengan kami dan ada pula yang jadi
rakan bisnes kami, bersama-sama bantu perkasakan Mursyid Alharamain.”

“Pelanggan kami ni baik sangat, sampai ada yang jumpa kami semata-mata nak bagi
beberapa peluang untuk naikkan lagi prestasi syarikat. Kami terharu sungguh,” ujar
Muhammad Mursyid.

Restoran ala selera orang Malaysia tarikan ramai

Bagi Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB) yang mempunyai lesen
penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah
Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), mengambil berat maklum balas
dan keselesaan pelanggan menjadi antara faktor utama syarikat itu berjaya membina
keyakinan pelanggan sehingga bertahan selama 10 tahun.

“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka
dengan rasa makanan yang disediakan. Walaupun kami tidak dapat mengawal
sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak
ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius”

“Kami ambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah. Malah kami berbesar
hati apabila mereka sudi mengenali kami. Bagi kami, mereka bukan sekadar
pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu
kepuasan.

“Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai
restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah. Alhamdulillah, selepas 10 tahun, kami berjaya membuka restoran dan katering sendiri
di Makkah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia,” katanya yang ditemui
selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTSB di Shah Alam.

Hasil kejayaan dan reputasinya selama 10 tahun, MATTSB memenangi dua anugerah
berprestij, IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 2023
yang membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama
Mursyid Alharamain.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH