Sebagai umat Islam, kita disuruh berpegang pada ajaran serta ilmu yang telah disampaikan melalui kitab suci Al-Quran. Kitab suci ini memang banyak fadilatnya sama ada mahu dimurahkan rezeki, bertemu jodoh, mengelak diri dari segala kejahatan dan juga turut menjadi penyembuh atau penawar kepada kesakitan. Namun kita hanya mampu berusaha tetapi Tuhan jualah yang akan menyembuhkan segala-galanya. Perkongsian wanita ini mengenai kelebihan Yasin 7 Mubin menarik perhatian. Dia dan keluarga mengamalkan surah berkenaan ketika berhadapan saat hampir kehilangan ahli keluarganya akibat kemalangan.
Perkongsian pengguna di laman sosial facebook, Atieqa Hod ini mendapat butang share lebih 7K dan juga ribuan like oleh netizen. Ramai yang berterima kasih kepadanya atas perkongsian ilmu cukup berguna ini.
Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang #Yassin #7_Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT.Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.
Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.
Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.
Sejak itu..
Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini.Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.
Kisah 3tahun lalu yang dilalui oleh keluarga kami.Kadang tak sangka perkara itu sudah berlalu begitu lama.
Alhamdulillah adik Muhammad Afiq semakin sembuh.Kesembuhan diluar kotak ilmu perubatan.Sesungguhnya ibuku Nora Amin berserah 100 peratus kesembuhan dari keajaiban Allah SWT.Jika apa yang berlaku Allah yang tentukan sudah pasti kesembuhan itu Allah juga tentukan.Kita sebagai hamba hanya mampu terus berdoa dan meminta sehingga la waktu itu kita sedar doa kita telah dijawab oleh Allah SWT.
Itulah bertapa besarnya kuasa ayat² suci Al-Quran.Siapa yang buat bersungguh² dia akan dapat merasai nikmat kemanisannya.
In Syaa Allah.