Beberapa bulan terdahulu industri hiburan Bollywood dikejutkan dengan pengunduran aktres popular tersebut dari dunia seni. Sana Khan yang kemudiannya berhijrah sedikit demi sedikit menutup aurat menyifatkan perubahan tersebut sebagai satu cara mendekatkan diri kepada tuhan.
Terbaru dalam satu hantaran di laman Instagram, wanita anggun ini telah mengumumkan yang dia telah pun diijabkabulkan dengan seorang jejaka bernama Anas yang juga merupakan seorang Mufti dan pemimpin agama islam.
Menurut dia di dalam hantaran itu, “Saya tidak pernah menyangka yang cinta halal akan sebegini indah sehinggalah saya mengahwini kamu.”
Ads
Berkongsi foto-foto pernikahannya, selebriti berusia 32 tahun ini kelihatan anggun mengenakan busana perkahwinan rona putih bersih yang bersulam corak bunga-bungaan.
Dalam satu laporan oleh Republic World, perkahwinan kedua-dua mempelai ini dilangsungkan dalam suasana penuh privasi dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.
Ads
Mufti Anas juga dikatakan telah menghadiahkan Sana Khan sebentuk cincin berlian sebagai hadiah perkahwinan.
Sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri dari dunia hiburan. Aktres ini pernah membintangi lebih 14 buah filem selain muncul dalam lebih 50 buah iklan komersial.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika kita lihat masyarakat kita hari ini kalau boleh semua perkara mahu dikongsikan di media sosial. Pendek kata apa sahaja yang diperolehi tidak kiralah naik pangkat, dapat bonus, dapat hadiah barang kemas besar daripada suami, pindah rumah mewah dan sebagainya semuanya dikongsikan di platform media sosial.
Kesenangan dan kegembiraan dunia hanya bersifat sementara, malah penuh dengan tipu daya. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 185)
BUKAN SEMUA NIKMAT DITAYANGKAN
1. Dialog Nabi Ya’qub dan Nabi Yusuf sangat menarik untuk direnungi. Nabi Ya’qub berpesan kepada anaknya Nabi Yusuf agar jangan menceritakan mimpi beliau kepada abang-abangnya kerana bimbang ia akan disalah erti atau nikmat yang dikurniakan kepadanya akan menimbulkan perasaan dengki dan iri hati.
“Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Surah Yusuf: 5)
2. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa adakalanya nikmat yang dikurniakan kepada kita perlu untuk tidak ditayangkan, apatah lagi diceritakan kepada orang ramai kerana ia berupaya menimbulkan reaksi yang tidak dijangka.
Kata al-Tantawi:
أنه يجوز للإنسان فى بعض الأوقات أن يخفى بعض النعم التى أنعم الله بها عليه ، خشية حسد الحاسدين ، أو عدوان المعتدين
“Sesungguhnya harus bagi seorang insan itu dalam sesetengah keadaan untuk menyembunyikan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, kerana bimbang (nikmat tersebut berupaya) menimbulkan hasad dengki atau permusuhan dari orang yang memusuhi.” (Tafsir al-Wasit)
3. Perhatikan juga lafaz yang digunakan oleh Nabi Ya’qub ini adalah mengenai penyampaian secara verbal, iaitu jangan diceritakan perkara itu kepada orang lain. Apa yang berlaku pada hari ini terkadang bukan sahaja diceritakan malah ditayangkan dalam platform media sosial yang mungkin mengundang respon yang berbeza.
4. Pada hakikatnya tidak salah berkongsikan nikmat yang dikurniakan kepada kita. Namun sekiranya kita bimbang akan reaksi yang negatif, maka sewajarnya kita pertimbangkan semula hasrat tersebut.
Kata al-Imam al-Qurtubi:
وفيها أيضا ما يدل على جواز ترك إظهار النعمة عند من تخشى غائلته حسدا وكيدا
“Dan daripada ayat ini juga terdapat pengajaran bahawa harus bagi kita untuk meninggalkan (menjauhkan) diri dari menzahirkan nikmat yang dikurniakan kepada kita sekiranya kita bimbang dengan perkara tersebut akan menimbulkan hasad dengki dan tipu daya.” (Tafsir al-Qurtubi)
5. Dan ayat al-Quran ini ditutup dengan peringatan bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata, yang berperanan meniupkan api kebencian dan dengki dalam jiwa manusia sehingga mereka saling berbalah sekalipun dalam kalangan adik-beradik sendiri. Semoga Allah membimbing kita.
Syurga Allah SWT ialah objektif dan kejayaan mutlak setiap daripada kita yang dikenali sebagai umat manusia. Sejak dari kecil lagi, kita seringkali diingatkan supaya sentiasa membuat segala kebaikan yang dapat diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT dan janganlah sesekali melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya.
Bagaimanakah kita sebagai umat Islam ingin mengecapi kejayaan di dunia dan di akhirat kelak?
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu ‘anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
Wahai Rasulullah, sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda SAW telah berkata kepadanya, tanyalah apa yang engkau kehendaki:
1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim. Baginda SAW menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.
2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya. Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.
3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil. Baginda SAW menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.
4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik. Baginda SAW menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.
5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah SWT. Baginda SAW menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.
6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku. Baginda SAW menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.
7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik). Baginda SAW menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.
8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat. Baginda SAW menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Ada kalanya kita mungkin alpa dengan keseronokan di dunia hingga apla tentang kejayaan di akhirat yang sewajibnya kita kejarkan. Pun begitu, Allah SWT itu Maha Penyayang. Kita harus sentiasa memperbaiki diri kita untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari semalam. InsyaAllah. Selamat beramal!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 39 semalam bersama keluarga tersayang, Datin Dr Halina Mohd Yunos telah berkongsi di laman Instagramnya mengenai enam nasihat yang akan beliau berikan jika bertemu dengan dirinya yang berusia 20 tahun.
Ujarnya, ketika berusia 20 tahun dia tidak pernah menyangka suatu hari nanti akan dikurniakan enam orang cahaya mata yang sangat dicintainya.
The 20 yr old me will never believe that one day I will have 6 children (2 lagi tiada dalam gambar) .. If I had the chance to tell something to the 20 year old me.. I will tell her..
1) To travel the world (because in 2020 there will be a pandemic, God knows when we can travel again..)
2) Save more / invest in something.. because things are really expensive in the future..
3) Spend more time with the parents.. because we are not getting any younger.. so are they..
4) Sedekah.. always sedekah..
5) Everything happens for a reason..
6) Wear sunblock everyday!!! 😁
Jelas Dr. Halina, enam nasihat itu adalah melancong ke serata dunia kerana pada tahun 2020 berlakunya pandemik covid-19, simpan lebih duit kerana barang menjadi sangat mahal di masa hadapan, luangkan masa bersama ibu bapa kerana mereka bukannya semakin muda, selalulah bersedekah, percaya segala yang terjadi ada hikmahnya dan pakai sunblock setiap hari.
Sememangnya nasihat yang diberikan ini sangat berguna untuk kita semua mengambil iktibar daripadanya. Hargailah setiap detik yang kita ada dan jangan sia-siakannya walaupun sesaat.
Buat Dr Halina, Selamat Hari Jadi kami ucapkan! Moga terus bahagia bersama keluarga tersayang dan terus memberi inspirasi buat kaum wanita di luar sana.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...