Berjubah hitam bukan penghalang untuk seseorang itu melakukan aktiviti lasak, lagi-lagi melancong secara backpackers. Tetapi bagi Izara ia adalah satu perkara yang mudah dan tidak menjadi masalah baginya. Ikuti pengalaman Izara yang gemar ‘backpackers’ sambil berjubah hitam.
Pernah suatu ketika dia rasa terbatas untuk meneruskan minat’ backpackers’ ini yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti hiking dan snorkeling dengan menggunakan jubah. Namun ternyata jubah bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti outdoor. Aktiviti yg dilakuakan adalah hiking, snorkeling,menunggang kuda dan pelbagai lagi aktiviti lain.
‘Backpackers’ jadikan seorang yang ‘simple’ & bersederhana
Barang yg saya akan masukkan dalam backpacker saya hanya 3 helai jubah hitam, seluar track 3 helai,2 helai baju tshirt, Tudung bawal 2, 1 helai kain sarung, Tuala nipis & kecik, Tudung hitam ekspress 2 helai, 1 helai niqab 2 half purdah & barang2 keperluan lain. (Beg Backpakers 45Liter)
Tidak kira untuk berapa lama perjalanan
Pejalanan paling lama adalah 2 minggu hanya bebekalkan barang-barang yang tersenarai di atas. Before terjebak dengan backpacker say seorang yg terlalu complicated. Kalau boleh barang 1 rumah nak angkut sekali. Bawa beg kompom berkilo-kilo.
Ads
‘Backpackers’ jadikan seseorang berjimat cermat
Untuk orang seperti saya yangg minat backpackers tapi tidak mempunyai duit yg banyak. Duit yangg ada hanya cukup2 untuk keperluan hidup bukan penghalang saya untuk tidak meneruskn minat saya untuk berbackpackers. Jangan ingat orang yang backpacker ni hanya dikalangan orang yang berduit. Bila start berbackpacker maka secara rasminya keluar dari zon selesa.
Tidur tak kesah di mana sahaja asal dapat berteduh dari panas hujan. Makan yg paling bajet sebab saya backpacker bukan spesis foodhunter sangat. Cukup dapat alas perut saja. Cara backpackers saa cukup untuk touchdown tempat yang ada dalam list & lakukan aktiviti yang sudah dirancang. Memang nampak rushing & memenatkan tapp puas hati. Tidak buang masa untuk stay lama-lama di satu tempat dengan cara itu dapat menjimatkan bajet. Dapat touchdown banyak tempat dalam masa yang singkat & bajet yg rendah.
Ads
Baru-baru ni baru habis arrange trip Sabah untuk member saya yang dar I semenanjung. Berbekalkan 5 hari 4 malam dengan tentatif yang padat. Touch down banyak tempat di Sabah. Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Beluran, Telupit, Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kota Marudu & Kudat.
Ads
Hajar Ghazali ttba takut air…dia pergi berebut pelampung dgn budak2…dah knpa budak ni…✌?️xda alasan xtutup aurat✌?️
Dekat luar sana lagi ramai yang pro bab2 backpacker dengan cara masing-masing jika dibanding dengan saya yang hanya backpackers ala kadar. Ini hanyalah sekadar coretan tepi jalan saja, tiada apa yg istimewa.
TIP UNTUK HIJABI:
1. Pastikan ada beg backpackers ( utk permulaan guna yg murah2 ja, saya dulu guna beg galas sekolah) 2. Keberanian nak bermula. 3. Cari member kaki jalan & memang akan On ja kalo di ajak backpacker. 4. Tentukan tempat nak pegi. ( Utk permulaan kena discover tempat sendiri dahulu, cari tempat pelancongan yang terkenal dalam negeri anda serta tentukan aktiviti ) 5. Bermula dengan bajet yg rendah. (Bawah RM200 bajet full pakej) 6. Kena bertindak laksanakan perancangan backpacker anda. (Jangan biarkan itu sekadar perancangan ) 7. Jangan overthinking sangat. ( Niat musafir / tawakal kena tinggi )
SUMBER : fb ungu izazzahra
ig : ungu.izazzahra (blackjubah)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi serta pelakon Daiyan Trisha berkongsi berita baik tentang pemergiannya ke tanah suci Mekah bersama-sama dengan ahli keluarganya untuk menunaikan ibadah umrah.
Perkongsiannya itu mendapat tumpuan netizen apabila ramai yang teruja melihat imejnya yang berhijab. Malah, menerusi laman Instagramnya, pelakon ini juga rajin memuat naik gambar-gambarnya ketika berada di tanah suci Mekah.
Salah satu hantaran yang sekali lagi mendapat perhatian netizen ialah sebuah gambar Daiyan di Jabal Rahmah, tempat di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu selepas dipisahkan untuk jangka masa yang lama. Bersama-sama dengan gambar itu, Daiyan turut berkongsi kapsyen berkaitan soal jodoh untuk dirinya.
Jabal Rahmah ialah tempat di mana Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan buat pertama kalinya selepas mereka dipisahkan untuk bertahun-tahun lamanya. Kata orang, kalau nak minta jodoh, di sinilah tempatnya. Saya pun mahu lakukannya.
Antara bingkisan doa yang dititipkan oleh pelantun lagu Penat ini ialah semoga Allah SWT menemukan jodoh yang terbaik untuk dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku, Semoga Kau pertemukan jodoh yang terbaik buat diriku. Mungkin dah tiba masanya..
Hantaran yang sudahpun mendapat lebih dari 40,000 tanda suka itu dipenuhi dengan komen-komen positif yang turut mendoakan agar Allah SWT memakbulkan doa pelakon ini.
“Semoga Daiyan ditemukan jodoh yang tidak menyakitkan hatinya,” komen Belleelish.
“Kepada bakal suami Daiyan, tolong jaga Daiyan sebaiknya. Kami amat menyayangi Daiyan! Kami tidak akan pernah menyakiti dia. Tetapi jika anda lakukan, siaplah…,” komen Daiyanfairy.
“Amin..Semoga dipermudahkan jodoh buat Daiyan dan dipertemukan dengan jodoh yang baik,” komen Haqitaliyana.
Team Hijabista juga turut mendoakan agar Daiyan dikurniakan seorang lelaki yang baik dan sempurna di matanya untuk dijadikan sebagai seorang suami. Semoga segala urusan Daiyan dipermudahkan oleh-Nya dan mendapat umrah yang mambrur! InsyaAllah..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Berikan sedikit kemanisan dalam kehidupan anda dengan amalan berzikir. Salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah SWT adalah dengan amalan berzikir. Dalam Al-Quran pun turut memberitahu tentang kebaikan berzikir ini.
Luangkan sedikit waktu dengan membaca zikir-zikir ringkas yang kami kongsikan ini supaya mendapat keredhaan dari-Nya dan dapat mendekatkan diri dengan pencipta kita. InsyaAllah Amin.
ZIKIR 1
أَسْتَغفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ
Astaghfirullahal ‘azim (3 Kali)
Maksudnya: Aku mohon keampunan mu Allah Yang Maha Agung
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah satu sahaja. Tiada mempunyai sekutu. Dia mempunyai kerajaan dan perlu dipuji, dan Dialah Yang amat berkuasa terhadap sesuatu.
Maksudnya: Ya Allah, tiada Yang menghalang jika Engkau memberi, dan tiada Yang memberi jika Engkau menghalang, dan tiada manfaat usaha yang lebih kerana Engkau yang memberinya manfaat.
Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syariika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai in qodiir.Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah, satu-satunya dan tidak ada sekutu bagi-Nya,
milik-Nya lah segala kerajaan, segala pujian dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
Maksudnya: Tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali dari Allah.
Laa ilaaha illalloohu, wa laa na’budu illaa iyyaahu, lahun ni’matu wa lahul fadhlu wa lahuts tsanaa ul hasan.
Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah, kami tidak beribadah kecuali hanya kepada-Nya. Hanya milik Allah segala nikmat, segala keutamaan, dan segala pujian yang baik.
Laa ilaaha illaalloohu mukhlishiina lahud diin, wa lau karihal kaafiruun
Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah, dalam keadaan tulus, hanya untuk-Nya agama ini, walaupun orang-orang kafir membenci.
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah satu sahaja. Tiada mempunyai sekutu. Dia mempunyai kerajaan dan perlu dipuji, dan Dialah Yang amat berkuasa terhadap sesuatu.
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum, laa ta’khudzuhu sinatuw walaa nauum, lahu maa fis samaawaati wamaa fil ardhi mandzalladzii yasyfa’u ‘indahu illaa bi idznih, ya’lamu maa baina aidiihim wa maa kholfahum, wa laa yuhiithuuna bisyai im min ‘ilmihi illaa bimaa syaa’, wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal ardh, walaa ya uuduhu hifdzuhuma wahuwal ‘aliyyul ‘adziim.
(Surah Al-Baqarah ayat 255 @ Ayat Kursi)
Maksudnya:
Allah tidak ada yang berhak disembah kecuali Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri. Allah tidak mengantuk dan tidaklah tidur. MilikNya apa-apa yg ada dilangit dan dibumi.
Tidak ada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah kecuali dengan izin-Nya. Allah Maha Mengetahui apa yang di hadapan dan belakang mereka.
Mereka tidak mengetahui sedikit pun dari ilmuNya kecuali dengan apa yang Allah kehendaki.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidaklah berat dalam memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung.
*(Berdasarkan Hadis Riwayat Nasaie)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Berselawat ertinya mendoakan kesejahteraan Baginda. Amat malu kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW jika tidak rajin berselawat kerana Allah dan malaikat juga berselawat kepada Baginda. Rasulullah SAW juga seorang insan yang sangat sayang dan kasih kepada umatnya. Kecintaan Baginda kepada umatnya sangat hebat jika dibandingkan dengan kita umatnya pada hari ini.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56)
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)
Bagi memudahkan kita berselawat sehingga ia menjadi amalan seharian, sebelum mengangkat tangan membaca doa pada waktu Subuh dan Asar kita boleh berselawat 10 kali terlebih dahulu.
Selawat paling utama diucapkan adalah selawat Ibrahimiyah. Selawat Ibrahimiyah ialah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan tahiyat akhir dalam solat.
Selawat itu menggabungkan dua ucapan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim iaitu “Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama sallayta ‘ala ibrahim, wabarik ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahim, fi l-‘alamin, innaka hamidun majid.”
Maksudnya: “Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, di seluruh alam, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
7 Kepentingan Selawat Yang Ramai Terlepas Pandang
1. Ia Adalah Perintah Allah
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan ini.
Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.
2. Allah Membalas Selawat HambaNya
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.
3. Membuang Kerisauan
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:
“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata:
“(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”
4. Diampunkan Dosa
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.
5. Rasulullah Membalas Ucapan Salam
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.
Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]
6. Meraih Syafaat Daripada Rasulullah Di Akhirat
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]
7. Doa Mudah Terkabul
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]
Hidupkan Sunnah!
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...