Hari graduasi memang menjadi hari yang sangat bermakna buat mereka yang telah tamat belajar. Segala usaha titik peluh belajar selama ini dapat diraikan bersama-sama rakan seperjuangan dan juga ahli keluarga yang tercinta.
Tidak terkecuali, Nor Farhatul Fairuzah Panut yang merupakan Juara Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2019 berkongsi mengenai hari bersejarahnya itu di laman sosialnya apabila berjaya menamatkan pengajian Tingkatan Enam (Atas) dalam jurusan syariah di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.
Wajib baca Al-Quran sebelum keluar bermain atau ke sekolah biarpun sudah terlewat.
Berkongsi mengenai gaya hidupnya, sejak kecil lagi beliau sudah terbiasa mengamalkan membaca al-Quran sebelum ke sekolah mahupun sebelum keluar bermain bersama rakan sebaya.
Walau terlewat sekalipun ke sekolah, beliau, empat kakak serta abangnya perlu memenuhi rutin harian membaca al-Quran yang ditetapkan ibu bapanya.
Hasil berkat asuhan secara konsisten itulah membuatkannya berjaya muncul sebagai johan qariah MTHQA ke-61 yang sertai 74 peserta dari 41 negara serta paling muda dalam kalangan qariah.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, beliau tiada petua khusus bagi menjaga kelunakan suaranya tetapi mengelak minuman berais, makanan berminyak dan terlalu pedas untuk menjaga suara sebelum menyertai pertandingan.
Berharap ramai lagi anak muda akan jatuh cinta pada Al-Quran.
Selain latihan bersama ibunya, Jaliah Simin, Nor Farhatul Fairuzah sanggup menjelajah ke seluruh negeri untuk menimba ilmu bacaan al-Quran dan taranum daripada mantan johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.
“Saya akan manfaatkan ilmu itu untuk panduan hidup. Saya sentiasa bersedia berkongsi ilmu itu supaya memberi inspirasi kepada remaja lain.
“Cuma saya harapkan, lebih ramai anak muda gunakan ilmu ini sebagai terapi diri, kerjaya dan panduan hidup. Seperti saya, rasa kosong tanpa membaca al-Quran. Bacalah ilmu ini selagi ada masa,” katanya.
Semalam telah berlangsungnya sidang media pengumuman rasmi 12 peserta Ratu Hijabista yang julung-julung kalinya diadakan. Bukan calang-calang peserta yang dipilih, mereka telah disaring berdasarkan kebijaksanaan dan personaliti yang dimiliki dan bukan hanya bersandarkan pada rupa.
Turut membuat persembahan istimewa pada majlis itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Lelaki di Telefon’ iaitu Afieq Shazwan turut teruja dengan rancangan Ratu Hijabista ini dan sempat menitipkan tip buat bakal peserta memandangkan dia memahami perasaan peserta memandangkan dia juga turut lahir daripada program realiti iaitu Idola Kecil.
Racangan Ratu Hijabista ini sangat bagus sebab kawan-kawan saya ramai jugak yang ‘hijabista’. Jadi mereka ini sebenarnya menunjukkan definisi beauty with brain. Tak semestinya hanya cantik dari segi luaran, tapi cantik dari dalaman juga jadi teruskan sebab kadang-kadang dekat situ kitab oleh lihat dan cungkil bakat seperti menyanyi, berlakon dan sebagainya. Kita juga boleh lihat perkembangan mereka daripada nothing to something.
Pesanan saya pada semua jangan malu, jangan segan. Bila masuk rancangan ini, kita kena sedar ini merupakan platform yang sangat besar jadi teruskan usaha anda dan serlahkan bakat yang dimiliki. Jangan malu untuk tonjolkan sebab bila adanya platform ini, mungkin akan ada cikgu vokal yang boleh asah bakat kita.
Kalau boleh berlakon cubalah berlakon, kalau boleh mengacara atau bercakap maka teruskanlah jua. Jangan segan kerana segan itulah yang akan membunuh bakat kita. Jadi majulah semua dan good luck guys!
Rancangan Ratu Hijabista yang akan dihoskan oleh Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim akan bersiaran secara rasminya pada 12 Ogos ini pada jam 9 malam di Astro Prima. Menariknya, Puan Sri Normala Samsudin akan menjadi juri tetap dalam rancangan ini setelah sekian lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen. Jangan lupa tonton!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita bernama Hanan Ibrahim ini menjadi model hijabi pertama yang tampil di Melbourne Fashion Festival 2019. Hanan mengaku tidak pernah membayangkan dalam mimpinya bahwa seorang wanita yang memakai hijab boleh tampil di pentas peragaan di Australia.
“Saya tak pernah membayangkan wanita yang memakai hijab menjadi salah satu dari beberapa model muslim berhijab yang berjalan pentas peragaan,” katanya semasa temubual bersama majalah The Sunday Telegraph’s Stellar.
Hanan aktif bekerja sebagai terapis. Nasib hijabi yang berasal dari Somalia itu berubah ketika dia menghadiri sebuah acara fashion show dan didekati oleh seorang pencari bakat pada dua tahun lalu.
Dan pada 2019, Hanan diberi tugasan untuk berjalan di catwalk Melbourne Fashion Festival. Dia mengaku sangat berbesar hati sebagai seorang muslim yang berhijab ketika berjalan di atas pentas peragaan untuk pertama kalinya.
Hanan mengatakan kepada majalah The Sunday Telegraph Stellar adalah sebuah kehormatan baginya untuk mewakili wanita muslim yang ada di seluruh dunia dalam industri peragaan. “Untuk bekerja di industri fesyen di mana para hijabi muslim tidak pernah merasa diwakili, adalah sebuah kehormatan besar dan istimewa,” katanya.
Hanan merasa Australia saat ini sudah membuat perubahan dalam hal keragaman di dunia permodelan. “Setiap jurugambar, pereka dan penata gaya mengatakan bahawa kami sudah cukup beruntung boleh bekerja. Saya dipilih untuk bersama dalam industri ini sebagai model berhijab. perjalanan kerjaya yang menakjubkan,”jelasnya.
Selain berjalan di pentas bergengsi, Hanan telah tampil dalam kempen jenama Mimco dan Remuse. Dia pun aktif memuat naik foto OOTD dalam akun Instagram @iamxanaan dan bergabung dalam Chadwick Models Australia. Warganet memuji kecantikannya yang khas dan prestasinya tersebut.
“Kamu sangat cantik! Terima kasih sudah kongsi dan jadilah wanita yang kuat ️,” puji pengguna Instagram @thedesihomemaker.
“Gorgeous 🏼,” @thrive_in_style.
“Kamu menularkan energi positif!! Bagaimana caranya boleh tampil selalu mempesona?,” pemilik akaun @morinolatunde.
Ternyata hijab bukan penghalang hijabi untuk di mana bidang sekalipun, kerana di mata dunia sendiri menrima baik pemakaian hijab.
Bergelar instafamous atau influencer menjadi impian hijabi masa kini. Bukan sahaja terdedah dengan dunia glamour, tetapi juga menjanjikan pendapatan lumayan serta memperluaskan jaringan network. Malah pelbagai cara dilakukan oleh mereka ini ketika membuat paid review hinggakan ada yang sanggup melakukan aksi ‘gila’ dan keterlaluan semata-mata untuk mengaut untung. Hal ini turut diakui oleh influencer menggunakan nama Faralisa atau nama penuhnya Farah Anisah, 20 tahun. Namun dia tidak berminat gunakan cara itu sebaliknya lakukan dalam gaya tersendiri dalam melakukan paid review di laman instagramnhya.
Dia yang mempunyai follower 243K mula bergelar influencer sejak sekolah menengah lagi hingga mampu menjana pendapatan hingga mencecah belasan ribu ringgit. Selain membuat paid review, Faralisa juga turut bergelar model bagi produk busana dan tudung. Bukan itu sahaja, Faralisa juga turut dilantik menjadi duta untuk produk skincare.
Gadis manis yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini berkata memulakan kerjaya dalam bidang ini ketika masih bersekolah menengah lagi.
“Saya terbabit dalam bidang ini ketika belasan tahun pun sekadar suka-suka dan tidak sangka dari sehari ke sehari ada peningkatan dari segi follower. Awalnya hanya lebih 100 orang kini lebih 200 ribu pengikut. Produk pertama yang saya review adalah produk tudung. Bahkan, selepas bergelar influencer, saya mula mendapat tawaran untuk menjadi model pula.
“Memang pada masa sekarang, influencer yang ramai pengikut menjadi pilihan pengasas atau pengeluar produk untuk membuat review produk mereka. Jadi, daripada situ bermula segalanya.
“Keseronokan bergelumang dalam bidang tersebut bagaimana pun banyak membantunya terutama mendisiplinkan diri, berdikari, tepati masa, jaga mood dan banyak benda yang saya belajar dalam bidang ini.
“Soal kata-kata orang kononnya influencer ini mengejar glamor adalah salah semata-mata. Sebenarnya influencer tak ada bakat tapi ada follower ramai jadi secara tidak langsung mereka ini bermula dari bawah. Belajar sedikit demi sedikit, lama-kelamaan bakat itu datang secara automatik.” ungkap Farah yang tidak menolak pernah dikecam netizen.
Namun dia tidak mengambil pusing hal tersebut memandangkan dirinya tidak bersalah. Tambah Farah lagi, dia mengambil pendekatan menutup laman sosial instagramnya jika berlaku sebarang kecaman kerana tidak mahu ia terus berlarutan.
“Memang bab viral atau kecaman akan diterima oleh seseorang terutama yang mempunyai ramai pengikut. Pasti ada sahaja yang tidak kena, sebagai contohnya kapsyen yang kita letakkan itu disalah tafsir oleh netizen terutama yang suka berfikiran negatif. Jadi saya memilih untuk deactived Instagram lebih kurang seminggu untuk bagi keadaan reda kembali.
“Tidak timbul soal hilang follower kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan kita berusaha. Walaupun pendapatan saya bergantung speenuhnya kepada kerjaya model dan duta selain menjadi instafamous dengan ‘paid review’.
“Memang agak terseksa sebenarnya namun demi memastikan persekitaran saya jauh dari benda-benda negatif, saya reda. Biasanya follower akan bertanyakan hal saya di laman instagram kakak atau kawan baik saya. Memang jadi ‘sesak’ instagram mereka ketika itu,” ujar gadis manis yang hatinya sudah dimiliki.
Jujur mengakui ahli keluarganya tidak membenarkan dia terjebak di dalam bidang ini kerana mahukan dia meneruskan pengajian, namun hati dan jiwanya sudah ke arah bidang ini membuatkan dia nekad untuk meneruskan.
“Kalau diikutkan famili memang tidak izinkan, tetapi saya sudah terjebak dan nak tak nak saya terpaksa teruskan. Sementelah minat saya memang ke arah bidang ini. Justeru, saya kena buktikan kepada keluarga bahawa bidang ini juga boleh menjamin masa depan.
“Akhirnya apabila keluarga nampak apa yang saya lakukan ini ada manfaatnya dari segi memberi pendapatan, jadi mereka mulai faham dan menyokong,” ujar Farah lagi.
Biarpun tampak lemah lembut dan sopan, namun Farah jenis yang ‘sempoi’ dan suka fesyen rockers.
“Saya bukan jenis yang ‘ayu’ atau gaya yang ‘keperempuanan’, sebaliknya lebih suka gaya yang funky dan rock. Soal pemakaian tudung ini sebenarnya saya ‘dipaksa’ ketika umur 16 tahun. Ayah antara orang kuat dalam memberikan galakan.
“Namun, apabila kita mula berhijab, secara automatik kita jadi segan dan malu untuk buka tudung di hadapan orang ramai,”Jelas Farah yang tidak mempunyai idola dalam berhijab, sebaliknya dia mahu menjadi diri sendiri.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...