Atlet terjun negara, Pandelela Rinong teruja untuk merasai pengalaman berpuasa buat pertama kali dalam hidupnya.
Ujar Pandelela,27, pengalaman pertama kali berpuasa memang membuatkannya terasa begitu dahaga dan dia kagum dengan umat Islam yang mampu berpuasa penuh selama sebulan.
“Pertama kali berpuasa penuh memang membuatkan saya betul-betul dahaga. Saya kagum dengan Muslim yang mampu berpuasa selama sebulan.
Jika saya hanya terbaring sahaja di atas katil tanpa melakukan apa-apa mungkin tidak akan jadi masalah, tetapi saya tidak boleh terutama bila sampai waktu untuk bersenam. Tabik buat semua rakan atlet!”
Ramai pengikut laman sosialnya yang kagum dengan usahanya yang cuba untuk berpuasa dan mengucapkan tahniah buat dirinya.