Ramai yang mahu menabung namun tak tahu cara yang efektif bukan? Ada juga yang tidak mempunyai semangat yang kuat untuk menyimpan selain hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Jangan begitu sis!
Kalau dahulu mungkin susah, apa kata kita ikuti cara yang dilakukan oleh Wan Nor Adilah ini. Menurut perkongsiannya, dia telah menunjukkan cara bagi mengumpul RM 4 ribu dalam masa setahun. Jom kita ikuti caranya.
Tu diaaa.. Sikit2 lama2 jadi bukit.. Ummi start 01 jan-31Disember 2018 kumpul duit ni… Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 ummi ambik.. Tahun 2018 bertekad tak nak usik.. ?Disamping ummi main kutu duit.. Simpan la juga sikit2… Menabung untuk masa depan….ummi ni bukan kerja makan gaji.. Tiap2 bulan ummi main kutu.. Kalo tak niaga kek duit tak masuk.. Jadi ade peluang simpan la duit.. Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit.. Alhamdulillah dah masuk bank.. Ummi siap buat buku tanda2..
?Rm1—ummi simpan rm1setiap hari.. Setahun ummi genapkan rm400
?Rm5—yg ni ummi simpan setiap minggu 2 keping total ummi genapkan 108 keping jadi rm540
❤️Rm10—yg rm10 pula ummi simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total rm1100
?Rm20—yg ni ummi simpan 2 keping setiap bulan jadi rm500 25 keping
?Rm50—ummi simpan setiap bulan genap.. Feb,april, jun, ogos,oktober,disember total rm300
?Rm100—yg ni pula setiap bulan ganjil.. Jun, mac, mei, julai, september, november.. Total rm600
kredit: facebook Wan Nor Adilah