Isi Kandungan
ToggleGolongan muda sememangnya harus mengumpul wang bermula dari sekarang lagi untuk kesenangan masa hadapan. Biar nilainya sedikit, yang penting kita ada usaha kita! Jangan terlalu mengikut nafsu yang hendak membeli segala-gala yang kita idamkan. Tapi, boleh ke kita nak kumpul puluhan ribu ringgit dalam masa 3 tahun?
Di Twitter, Amirul Aslam telah berkongsikan caranya untuk mengumpul hampir RM 25k dalam 3 tahun sahaja. Wow!
Ini langkah-langkah yang perlu diikuti kalau nak menyimpan seperti itu.
kredit : twitter @aslamisme
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setelah 2 Minggu Lahirkan Anak, Pengasas Tudung Ruffle Nonones Dedah Wajah Puteri Sulungnya
Isi Kandungan
ToggleSetelah mengalami saat terindah proses kehamilan selama 9 bulan, akhirnya pengasas tudung jenama terkenal, Tudung Ruffle, Hanis Arif atau dikenali dengan Nonones selamat melahirkan anak pertamanya. Walaupun sudah dua minggu melahirkan anak, tetapi baru semalam Hanis berkongsi wajah puteri sulungnya itu.
Dalam posting yang dimuat turun di laman instagramnya, Hanis memberitahu dia bersyukur ke hadrat Illahi atas anugerah terindah ini.
Malah Hanis juga turut memuji kebesaran Allah yang telah memudahkan segala urusan dalam melahirkn anak perempuan dua minggu lalu.
Hanis turut berkata anak itu adalah anugerah terindah dalam hidupnya yang telah dikurniakan oleh Allah padanya.
Sebagai wanita yang baru bergelar ibu, dia juga turut mendoakan semoga puteri sulungnya itu akan membesar menjadi anak yang soleh.
Sebaiki dimuat turun, Hanis yang mempunyai lebih 500K follower turut menerima ucapan tahniah bertalu-talu.
Beautiful baby
Mashaallah comelnya
Alhamdulillah… so cute
Cantik macm mama dia
Masing-masing memuji kecomelan wajah si cilik ini yang dikatakan bernama Irina. Apa yang pasti kehadirannya akan lebih menyerikan rumah tangga Hanis dan suami tercinta.
Hijabista ucapkan tahniah dan semoga rumah tangga mereka berdua kekal till jannah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NONONES
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Dulu Hanya Naik Skuter,Kini Dapat Beli Kereta’-Lelaki Ini Kongsi Kisah Percaya Rezeki Selepas Kahwin
Isi Kandungan
ToggleApabila kita memilih untuk berkahwin, maka kita haruslah bersedia menempuh alam perkahwinan bersama-sama yang semestinya ada cabarannya yang tersendiri. Walaupun tak semuanya indah, namun menjalaninya bersama pasangan kita membuatkan kekuatan cinta yang terjalin itu semakin utuh.
Seperti yang dikongsikan oleh Taleeb Mizad di laman instagramnya, dia telah berkongsi kisah bersama isteri tercinta. Dahulunya hanya naik skuter, kini dapat merasa menaiki kereta hasil titik peluh bersama mereka.
Kuncinya percaya pada rezeki Allah.
View this post on InstagramA post shared by TALEEB MIZAD (@taleebmizad) on
Jangan kahwin hanya kerana ikut trend dan kejar populariti.
Org skrg lupa tujuan asal berkahwin. Kahwin kerana trend, then bertiktok kejar populariti. Kalau tahu tujuan kahwin tu apa, nescaya kita sedar tanggungjawab masing-masing. Allah ada janji dalam Al Quran tidak akan miskin bg mereka yg berkahwin.
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Yakin dgn janji Allah, tapi ramai yg yakin dgn janji Allah tp lupa tentang bab usaha & tawakal. Semua kata nak kahwin nak elak maksiat, elak fitnah, yakin dgn janji Allah tp di mana usaha & tanggungjawab? Niat yg baik pasti betul tp Allah takkan ubah nasib kita melainkan dgn mereka ubah apa yg ada dlm diri mereka.
View this post on InstagramA post shared by TALEEB MIZAD (@taleebmizad) on
Ramai yg kata “Bila ko kahwin rezeki ko makin kurang. Makin tak femes & makin tak laku” tapi bro, rezeki dtg dlm pelbagai bentuk, selagi kita bersyukur Allah akan temukan kita rezeki dlm mcm2 cara.
Ini tweet abg yg lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita. Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dgn dugaan & ujian yg Allah beri, jgn cepat melatah dgn dugaan. Allah uji hambaNya yg beriman utk tingkatkan taqwa pd Allah.
Terima kasih Allah, temukan mcm2 rezeki kepada kami dr sumber yg tak disangka.
View this post on InstagramYa Allah, lindungilah keturunan & keluargaku dari fitnah Dajjal. ?? #familylifeoftm #filemmunafik2
A post shared by TALEEB MIZAD (@taleebmizad) on
Betullah seperti apa yang dikatakan oleh Taleeb ini. Jika kita yakin dengan perancangan Allah, maka segalanya akan jadi mudah. Jangan pernah hilang harapan terhadapNya dan betulkan niat insyaAllah kita akan berada di landasan yang benar.
sumber: instagram @taleebmizad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lelaki Akal Panjang, Sebab Tu Pandai Bohong,” – Zizi Kirana Dedahkan Punca ‘Tweet’ Begitu Emosi!
Isi Kandungan
ToggleUmum sedia maklum, sejak bergelar isteri, penyanyi Zizi Kirana sememangnya manja dan mengambil tahu perihal suaminya, Yusuf Bahrin. Malah, sekiranya lapang Zizi kerap dilihat menemani suami di set penggambaran.
Terbaharu, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil itu, mengejutkan wargamaya apabila memuat naik sebuah ciapan di laman Tweeter miliknya sekaligus menimbulkan persoalan dan tanda tanya dikalangan netizen.
Lelaki Panjang Akal, Pandai Bohong?
Menerusi ciapan itu, Zizi berkata dalam ceramah seorang ustaz memaklumkan bahawa wanita sering menggunakan perasaan mereka, oleh itu, mood wanita sering berubah-ubah hingga mendatangkan ketidakstabilan emosi.
Manakala, kaum lelaki pula lebih banyak menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan seringkali ‘panjang akal’ terutamanya ketika berbohong.
Artikel berkaitan: Cantik Dalam Busana Rona Hitam Bersepuh Emas. Zizi Kirana Selamat Bernikah Dengan Yusuf Bahrin
Pada ciapan lain, pelontar suara lagu Eh itu juga membuat penegasan bahawa mereka yang sudah terbiasa menipu, akan selamanya menjadi penipu, kemudian mempersoalkan mengapa kehidupan menjadi tidak tenang.
Dua ciapan yang dibuat zizi kirana ini menimbulkan persoalan hingga menjadi perdebatan hangat yang dibualkan netizen. Siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh Zizi itu? Adakah ‘tweet’ itu bertujuan untuk memerli seseorang?
Rupanya ‘Tweet’ Zizi Itu Kerana Terpengaruh Dengan Sinetron Dan Kes Brigadir Joshua!
Sedar ciapan berkenaan menimbulkan pelbagai spekulasi negatif terhadap rumahtangga dan suaminya, Zizi tampil memberi penjelasan bahawa ‘tweet’ berkenaan hanyalah kerana dia terlalu terbawa emosi ketika menyaksikan sinetron dan kerana mengikuti perkembangan kes Brigadir Joshua.
Penyanyi berusia 37 tahun itu juga meminta maaf, sekiranya hantaran yang dilakukan dilaman Twitter itu telah menimbulkan salah faham sehngga tercetusnya spekulasi dan tanggapan liar orang ramai terhadap perkahwinannya.
Terdahulu, timbul ura-ura yang menyifatkan Zizi sebagai seorang yang cemburu, ini keraba dia kerana kerap dilihat menemani suaminya, Yusuf Bahrin bekerja.
Bagaimanapun, Zizi telah tampil dan menolak dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa dia hanya menemani suaminya jika jadual harianya senggang dan ketika mempunyai kelapangan.
Untuk rekod, Zizi telah mendirikan rumah tangga bersama Yusuf Bahrin pada 19 September tahun lalu, selepas satu bulan bernikah secara sah.
Sumber: Twitter Zizi Kirana & Instagram Zizi Kirana
Artikel berkaitan: Zizi Kirana Tak Menyesal Dengan Penghijrahan- ”Saya Bersyukur Dengan Transisi Ini”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI