Lain orang, lain caranya! Bukan mudah untuk mendisplinkan diri untuk menabung di bank, sekiranya tiada kecekalan diri. Namun anda perlu ada satu misi dan idea kreatif bagi menggalakkan diri sendiri menabung.
Idea kreatif hijabi ini, berhasil mengumpulkan wang simpanan anak sejumlah 12 ribu. Banyak bukan? Tapi bagaimana hijabi ini Berjaya lakukannya. Trick simpan duit berwarna mungkin ramai yang telah pratikkan, tapi perlaksanaannya pasti berbeza.
Bagi Aminahtul Marrdiah, bukan misi mustahil kerana ia sudah pun berjaya melakukannya. Jom kita baca caranya, mungkin idea Aminahtul ini menjadi inspirasi hijabi di luar. Yang pasti “trik” ini Berjaya hanya dalam setahun telah membuahkan hasil yang lumayan.
Kau mungkin rasa terbeban tapi hasilnya anak kau ada simpanan. Hari ni aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.
Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah.
Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangat ni? Entahlah. Yang penting perasaan best
dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan.
Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12, 600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan! Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.
Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan.
Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong.
Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?
Sumber: Aminahtul Marrdiah
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe