Selebriti yang juga usahawan terkenal, Datin Fouziah Gous menzahirkan rasa syukurnya apabila berjaya khatam bacaan Al-Quran yang pertama untuk tahun 2022 ini.
Luah Fouziah di laman Instagram…
dengan izin ALLAH SWT selesai khatam yang pertama untuk tahun 2022😢🤲 ( simpan untuk kenangan ) #fgkhatam
Berikutan perkongsiannya itu, ramai yang mengucapkan tahniah dan berkongsi rasa syukur termasuklah selebriti seperti Neelofa, Siti Fazurina dan Zarina Zainuddin.
Pada tahun lepas, Fouziah juga telah memberi inspirasi kepada orang ramai apabila berjaya khatam sebanyak dua kali sewaktu bulan Ramadhan.
InsyaAllah, kita juga boleh sama-sama khatam bacaan Al-Quran tahun ini seperti beliau. Yang baik kita jadikan teladan. Marilah kita berusaha untuk menjadi muslimah yang lebih baik dari hari semalam. Jom!
sumber: instagram @fouziahgous
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Hari Setelah Peluk Islam, Aktres Perancis Marine El Himer Jejak Kaki Ke Tanah Suci Tunaikan Umrah
Model jelita dan bintang realiti televisyen Perancis, Marine El Himer mengumumkan bahawa dia kini telah memeluk agama Islam. Menurutnya, ketika memutuskan berhijrah adalah moments terindah dan paling menggembirakan dalam hidupnya.
Lebih menakjubkan apabila, dua hari setelah menganuti agama Islam, menerusi laman Instagram miliknya, Himer telah berkongsikan gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Tunaikan Ibadah Umrah Dua Hari Lepas Peluk Islam
Menerusi hantaran tersebut dapat dilihat Himer mengambil gambar dirinya sedang menyentuh kaabah yang merupakan Qiblat utama umat Islam di seluruh dunia.
“Inshaallah, tiada kata-kata yang mampu saya gambarkan bertapa teruja, gembira dan penuh emosinya saya ketika menikmati saat indah ini yang merupakan sebuah perjalanan rohani yang diharapkan akan terus membimbing serta menaikkan semangat saya bergelar umat Islam, inshaallah,” tulis Himer pada ruangan kapsyen menerusi hantaran itu.
Memetik laporan media Perancis, Himer yang dibesarkan oleh bapa tirinya, banyak menghabiskan masa untuk meneliti sejarah Islam sebelum tertarik untuk menganutinya kini.
Sumber Gambar: Instagram Marine El Himer
Jelas Himer, keputusan yang diambilnya untuk memeluk agama Islam bukanlah satu perkara baharu. Malah keputusan yang dilakukannya itu setelah melakukan pelbagai pertimbangan menerusi jiwa raga serta hati nuraninya yang tertarik dengan keindahan Islam.
Para pengikut Himer di laman Instagram meluahkan rasa gembira, bersyukur dan berterima kasih, apabila selebriti kegemaran mereka dan juga pempengaruh media sosial yang mempunyai follower mencecah 1.5 juta itu sudi memeluk Islam.
Untuk rekod, di Perancis, nama Himer mulai melonjak naik dan dikenali ramai menerusi rancangan realiti televisyen yang berjudul “Les Princes et Les Princesses de l’Amour (Putera dan Puteri Cinta).”
Sumber: Instagram Marine El Himer
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan Di ICU, Mohon Doa Semua!
Pelakon jelita Nad Zainal dikhabarkan kini sedang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana disyaki mengalami jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.
Memetik laporan Kosmo, perkara berkenaan dimaklumkan oleh sahabat karibnya, Aina Liza yang memaklumkan pelakon kecil molek itu, dimasukkan ke hospital sejak kelmarin dan kini sedang berada dalam pemantauan doktor di ICU.
Nad Ditidurkan Supaya Paru-Paru Kembali Kering
Sumber: Instagram Aina Liza
“Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.
“Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini. “Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” katanya.
Tambah Lina lagi, Nad ada memaklumkan bahawa dia menjalani pemeriksaan kesihatan, namun tidak dimaklumkan bila sahabatnya itu mendapat jangkitan tersebut.
Artikel Berkaitan: Tampil Manis Berhijab, Nad Zainal Akui Sedang Berusaha, Mohon Doa Semua
“Sebelum ini, Nad ada berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan. Namun, saya fikirkan ia tidak serius.
“Maklumat daripada pembantu peribadi Nad menyatakan dia baru dimasukkan ke ICU. Namun, doktor beritahu Nad stabil cuma masih ditempatkan di ICU.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Aina memuat naik hantaran memohon semua mendoakan kesembuhan Nad, agar pulih seperti sediakala.
“Mohon semua doakan Nad yang sedang berada dalam ICU. Semoga beliau diberi kesembuhan sepenuhnya… Amin,” katanya.
Untuk rekod, Nad, 32, dimasukkan ke ICU di hospital swasta, susulan dua hari keadaan kesihatannya merosot barangkali berpunca dari simptom long-Covid.
Namun, punca sebenar kemerosotan kesihatan Nad masih belum dapat dikenalpasti, memandangkan beliau kini masih berada dalam rawatan dan pemantauan doktor di ICU.
Hijabista mendoakan agar, Nad Zainal kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Sumber: Instagram Nad Zainal, Aina Liza, Berita Harian, Kosmo Online
Artikel berkaitan: Tak Gusar ‘Putus Rezeki’ Nad Zainal Kini Berhijab, Contohi Noorkhiriah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elfira Loy Dilantik Duta Pelitup Muka, Paranoid Soal Keselamatan Diri Ketika Musim Pandemik COVID-19
Fasa indah bergelar ibu buat Elfira Loy begitu dinikmati oleh wanita berusia 26 tahun ini. Bercerita tentang perkembangan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf. Si kecil ini kini sudah sudah berusia 1 tahun dan boleh berjalan serta berdiri.
“Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori ‘baby’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar. Masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga yang jenis ‘happy go lucky’ dan gemar tersenyum. Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra.
“Dia macam seolah-olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh sewenang wenangnya bercampur dengan orang ramai,” kata ibu muda ini.
Bergelar ibu ternyata membuatkan aktres genit Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik COVID-19 ini. Pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
Namun pastinya status diri menuntutnya untuk keluar melunaskan urusan kerja. Jadi sebagai wanita bertudung, soal pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan ketika keluar di rumah dan berada di tempat awam.
Elfira yang baru dilantik sebagai duta pelitup muka jenama Himaya untuk wanita bertudung percaya soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi pemakaian ‘aksesori’ penting itu tidak wajar diambil mudah.
“Mendengar kes wabak COVID 19 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasaan itu menjadi-jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan.
“Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama-lama berada di luar.
“Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya. Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,” katanya yang dilantik selama setahun mewakili jenama Himaya yang dikeluarkan oleh Anggun Kirana Sdn Bhd.
Kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini, baginya pelitup muka kini bukan hanya keperluan, ia juga seperti satu tanggungjawab yang sangat besar maknanya
“Suka atau tidak, kita kena biasakan norma baharu ini. Saya sedar pemakaian pelitup muka ini jika tidak kena materialnya boleh melemaskan dan memberi kesan kepada kulit muka. Jadi kena pilih yang bagus seperti Himaya.
“Kita kena sedar kegagalan kita memakai pelitup muka bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tapi orang sekeliling juga. Belajarlah untuk terus membiasakannya demi kebaikan bersama. Kita jangan mementingkan diri sendiri. Sama sama beringat,” katanya yang turut memberi input termasuk pemilihan warna serta fabrik pelitup muka itu.
Memandangkan Himaya menyasarkan golongan bertudung, ia didatangkan dengan tali yang lembut dan boleh meregang di bahagian kepala, berbeza dengan kebanyakan pelitup muka yang menyediakan tali untuk dicangkukkan di bahagian telinga.
Pelitup muka premium Himaya didatangkan dengan dua warna iaitu Love Latte (coklat lembut) dan juga Soft Olive (Hijau Pastel) yang tentunya memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk memilih pelitup muka yang sesuai dengan penampilan mereka.
Untuk rekod, Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI