Ibubapa adalah insan yang paling bermakna dalam kehidupan kita. Mereka membesarkan kita tanpa sedikit pun rasa kurang kasih sayang dari mereka. Bagai menatang minyak yang penuh. Begitulah gambaran kasih sayang ibubapa kepada anak-anak mereka.
Firman Allah SWT:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Hari ini, ramai yang berjauhan dari ibubapa mereka disebabkan perlaksanaan ‘total lockdown’ di seluruh negara. Tambahan pula, tempoh PKP 3.0 dilanjutkan, menjadikan kita lebih sukar untuk berjumpa dengan ibubapa yang tersayang. Usah risau! Walaupun kita berjauhan dari mereka, kirimkan doa kepada mereka agar mereka sentiasa dipelihara oleh ALLAH S.W.T. Itu juga boleh dijadikan tanda sayang kita kepada mereka.
Pilihan doa yang boleh dibacakan untuk mereka:
Allah S.W.T juga memerintahkan setiap anak agar mendoakan kedua ibu bapanya. Contoh doa yang disebut dalam al-Quran ialah;
“Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua (ibu dan ayah), sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.
Surah Al Isra 17:24
atau
Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku.
Surah Nuh 71:28
atau
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku.
Surah Ibrahim 14:41
Senang kan? Ringkas dan mudah dihafal. Jadi bolehlah kita doakan untuk mereka setiap hari. Banyak sebenarnya ganjaran yang kita perolehi sekiranya kita mendoakan untuk mereka antaranya ialah mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Jadi, walaupun sepanjang tempoh total lockdown ini kita tidak berkesempatan untuk berjumpa dan memeluk erat mereka, namun bacaan doa ini juga boleh mengeratkan rasa sayang diantara kita dan ibubapa. Selamat beramal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI