Siapa disini yang ada asma ataupun semput? Kebanyakan pesakit asma teragak-agak untuk bersenam kerana takut diserang asma atau semput. Namun, ada beberapa senaman yang mudah dilakukan untuk penghidap asma.

Semput atau asma ini adalah penyakit kronik yang menjejaskan saluran pernafasan paru-paru. Orang yang menghidap asma mempunyai saluran udara yang lebih sensitif daripada orang biasa. Apabila paru-paru terdedah kepada pencetus asma, otot-otot di saluran pernafasan menjadi kaku seterusnya menjadikan saluran pernafasan sempit.

‘Berjalan Sikit Pun Dah Semput…’ Lakukan 4 Aktiviti Ini, Bagus Untuk Penghidap Asma.

Tanda-tanda serangan awal asma:

Menurut perkongsian HelloDoktor, terdapat beberapa tanda-tanda awal asma yang boleh dikesan. Tanda-tanda ini tidaklah begitu memudaratkan tapi ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum serangan asma. Diantara tanda-tandanya ialah:

  • Sering batuk, terutamanya pada waktu malam
  • Dahaga
  • Mata gatal atau berair
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Rasa gelisah
  • Muka menjadi pucat atau merah
  • Kerap mengosongkan tekak (batuk atau menelan lendir)
  • Ekzema semakin teruk
  • Bacaan meter aliran puncak lebih rendah
  • Mudah mengah atau sesak nafas
  • Terasa sangat letih atau lemah ketika bersenam
  • Bunyi berdehit ‘wheezing’ atau batuk semasa atau selepas bersenam
  • Kesukaran bernafas selepas bersenam
  • Cepat penat
  • Mengalami masalah tidur dan asma malam
  • Perubahan mood seperti cepat marah atau banyak berdiam diri
  • Mengalami tanda-tanda selsema atau alahan (bersin, hidung berair, batuk, hidung tersumbat, sakit tekak dan sakit kepala)
  • Sesak dada atau rasa seperti ada sesuatu yang menghimpit dada
  • Dagu gatal
  • Lingkaran gelap bawah mata

‘Berjalan Sikit Pun Dah Semput…’ Lakukan 4 Aktiviti Ini, Bagus Untuk Penghidap Asma.

Rata-rata penghidap asma menghadapi cabaran dalam menjalankan aktiviti fizikal. Untuk penghidap asma, aktiviti fizikal mungkin menyebabkan anda sesak nafas dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang anda nikmati.

Walaupun begitu, anda harus melakukan dan mencuba pelbagai aktiviti agar kekal aktif. Melakukan aktiviti mampu meningkatkan kadar denyutan jantung anda seterusnya memperbaiki gejala asma seperti:

Ads
  • Menguatkan sistem imun untuk melawan virus dan selsema
  • Meningkatkan kekuatan dan stamina paru-paru
  • Mengurangkan risiko serangan asma melalui mengekalkan berat badan yang sihat
  • Mengeluarkan endorfin yang membuatkan anda berasa gembira dan mengurangkan tekanan.

Artikel berkaitan: Hijabi Boleh Cuba Langkah Senaman Ini Untuk Atasi Masalah Sakit Belakang!

Aktiviti yang boleh dilakukan oleh penghidap asma

Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dipertimbangkan buat mereka yang menghidapi asma:

1.Berjalan

‘Berjalan Sikit Pun Dah Semput…’ Lakukan 4 Aktiviti Ini, Bagus Untuk Penghidap Asma.

Berjalan merupakan aktiviti paling mudah dan sesuai untuk penghidap asma. Aktiviti ini juga mampu membantu penghidap asma bernafas dengan lebih baik. Bapa perubatan, Hipocrates pernah berkata ‘Berjalan adalah ubat yang terbaik untuk manusia’. Pilihlah masa yang sesuai jika anda ingin berjalan-jalan di luar rumah. Udara sejuk dan kering boleh mencetuskan gejala asma. Anda juga boleh menggunakan treadmill untuk berjalan di dalam rumah.

2. Berenang

‘Berjalan Sikit Pun Dah Semput…’ Lakukan 4 Aktiviti Ini, Bagus Untuk Penghidap Asma.

Ads

Berenang juga merupakan aktiviti yang baik bagi penderita asma kerana boleh membina kekuatan tubuh bahagian atas. Aktiviti ini juga disifatkan sebagai latihan pernafasan terbaik kerana seluruh anggota badan bertindak menyempurnakan senaman ini. Walau bagaimanapun, kolam renang yang mengandung klorin boleh menimbulkan gejala asma bagi sebahagian orang. Jadi, berhati-hatilah jika ingin berenang di kolam renang.

3. Berbasikal

‘Berjalan Sikit Pun Dah Semput…’ Lakukan 4 Aktiviti Ini, Bagus Untuk Penghidap Asma.

Berbasikal secara santai atau beriadah juga adalah senaman yang baik untuk orang semput. Aktiviti berbasikal secara santai adalah lembut dan tidak melibatkan intensiti yang tinggi secara berterusan. Anda juga boleh berbasikal di dalam rumah menggunakan basikal pegun.

4. Kembara (Hiking)

‘Berjalan Sikit Pun Dah Semput…’ Lakukan 4 Aktiviti Ini, Bagus Untuk Penghidap Asma.

Ads

Jika anda suka menikmati keindahan alam semula jadi, mendaki adalah sukan yang sesuai untuk anda walaupun anda mempunyai asma. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa anda harus memilih ‘stub’ atau jalan yang mempunyai kecerunan yang perlahan dan stabil. Takut nanti kejadian tidak diingini berlaku. Jika anda mempunyai alahan debunga, pilih masa perjalanan di luar musim bunga.

Artikel berkaitan: Senaman Pagi Baik Hilangkan Lemak Perut Wanita, Lelaki Pula Kawal Tekanan Darah Waktu Petang.

Selain aktiviti di atas, penghidap asma juga boleh melakukan aktiviti sukan yang lain seperti golf, bola tampar, bola jaring dan juga berlari jarak dekat. Sebagai kesimpulan, memilih aktiviti dan senaman yang betul merupakan perkara penting untuk penghidap asma. Penghidap asma mestilah mengelakkan aktiviti lasak. Sebaliknya, lakukanlah aktiviti fizikal yang ringan seperti diatas untuk mengurangkan tanda dan gejala asma. Semua aktiviti di atas boleh meningkatkan kesihatan paru-paru anda.

Sumber info dan gambar: JiwaSihat, HelloDoktor dan Canva

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=Su3-Kwl3Uro

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI