Berjalan Sakan Di Hari Raya Bersama Kasut Yang Selesa Daripada LARRIE!

Share

Baju baru sudah beli, hiasan diri pun juga dah banyak terkumpul, tapi masih ada lagi kekurangan untuk bergaya sakan di hari lebaran ini. Mungkin anda tertanya apakah ia?

Sudah tentunya sepasang kasut yang boleh memberikan stail hari raya 2023 lebih menarik dan menawan. Kini jenama kasut terkemuka LARRIE juga bakal menjadi pilihan utama anda!

Artikel berkaitan: ‘Level Up’ Gaya Fesyen Hijabi Dengan 4 Jenis Kasut Ini. No 2 WAJIB Ada!

‘Celerribebration’ Raya Aidilfitri Bersama LARRIE

Sempena dengan Aidilfitri 2023, LARRIE berbesar hati untuk memperkenalkan koleksi baharunya yang bertemakan “Milano Flair”. Koleksi ini diinspirasi dari perkembangan gaya fesyen moden dan menampilkan warna rona romantis dan lembut seperti lemonade pink, romantic white, lucite green, royal blue, toasted almond, dan glacier grey.

LARRIE menampilkan juga koleksi khas untuk wanita mengikut konsep kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni untuk disuaipakai pada Aidilfitri. Juga diinspirasikan gaya Milano yang bergaya, koleksi ini menampilkan selipar, sandal dan Mary Jane dalam warna pilihan wanita kini seperti merah jambu limau, biru diraja, dan putih romantis.

Untuk mencipta stail yang bergaya dan menawan, mereka yang ingin tampil anggun tetapi sofistikated boleh menggunakan kasut sneakers

jenis wedge dengan tapak kasut yang tebal dan selesa, sesuai dipadankan dengan Baju Kurung atau Baju Kebaya.

Artikel berkaitan: Pelajar Lelaki Sama-sama Kumpul Duit Gantikan Kasut Rakan Yang Lusuh, Ini Baru Betul Sahabat Syurga!

Rekaan kasut LARRIE juga didatangkan bersama kusyen di dalam tapak kasut yang tebal dan lembut untuk memberikan keselesaan di kala anda menziarahi rumah sanak saudara. Tiadalah masalah sakit kaki di rumah kedua nanti.

Koleksi Aidilfitri Larrie in boleh didapati di semua gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan pilihan kedai dalam talian di larrieshoes.com dan larrieconceptstore.com serta di Shopee, Lazada dan Zalora. Harga produk bermula dari RM 99.00 hingga RM 399.00. Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, layari larrieconceptstore.com

atau www.larrieshoes.com. Gunakan #Celarriebrationraya2023 untuk lihat dan berkongsi koleksi LARRIE Aidilfitri terkini di media sosial.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee