Baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 5 Jun lalu, anak kepada pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana ini sudah mencuri perhatian ramai dengan kecomelan wajahnya.
Bukan sahaja indah rupa parasnya, bayi perempuan tersebut juga memiliki nama yang sungguh unik iaitu Arwa Malaikha Urwa. Ramai yang beranggapan nama ‘Arwa’ merupakan gabungan nama Ardell dan Adhwa namun sebenarnya ia membawa maksud yang tersendiri.
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
ARWA binti Kuraiz : Ibu kpd Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yg terkenal dgn sifat dermawan, murah hati & menghormati org lain.
MALAIKA URWA : Wanita Islam yg hebat, cara dakwahnya yg tersendiri & Wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke-11.
Wah, begitu besar makna disebalik namanya itu! Moga Arwa Malaikha akan terus membesar menjadi gadis yang solehah dan terus membanggakan keluarganya seperti seorang srikandi Islam. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kau Hitam Ingat Ada Orang Nak Ke?’- Biar Diperlekehkan, Jaja Talib Tak Mengalah Dalam Modelling
Isi Kandungan
ToggleKehidupan berumah tangga tidak menghalang Jaja Talib, 27, untuk terus aktif dalam bidang peragaan dan juga fesyen. Terkenal dengan keunikan tona kulitnya yang berbeza dengan stereotaip gadis Asia, Jaja atau nama sebenarnya Nur Rafiza Talib ini mempunyai kisahnya yang tersendiri dalam bidang peragaan.
DULU SUKA BERANGAN DEPAN CERMIN
Sudah terbiasa ke kelas peragaan sejak dari kecil, Jaja tidak menyangkakan peluangnya dalam bidang fesyen ini hadir tatkala dia sedang mengikuti pengajian diploma di Terengganu.
“Sejak kecil lagi Jaja sudah suka melihat rancangan America’s Next Top Model kerana keunikan model-modelnya. Tak sangka pula sewaktu zaman belajar ada pensyarah yang mengatakan Jaja ada potensi dalam bidang peragaan sebab dia melihat Jaja berjalan masa lalu di hadapan kelas.
“Jaja memang tak sangka kerana biasalah kita hanya suka berangan di rumah dan hadapan cermin sahaja. Dia mengajak Jaja untuk mengikuti casting dan alhamdulillah Jaja terpilih dan dari situlah bermulanya kerjaya Jaja sebagai seorang model.
“Dahulunya memang kalau kita melakukan peragaan tidak dapat bayaran kerana waktu itu Jaja lakukan hanyalah untuk keseronokan dan juga pengalaman. Benda yang Jaja belajar ialah benda first time begini kita tidak boleh meletakkan demand yang terlalu tinggi.
‘REJECTION’ ITU BIASA
“Sewaktu mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Jaja berazam untuk teruskan kerjaya dalam bidang ini. Bayangkanlah waktu itu Jaja tiada kereta dan di situ pula susah untuk dapatkan bas. Namun, Jaja tetap gigihkan diri untuk menghadiri casting.
“Waktu itu Jaja bertukar-tukar menaiki LRT di KL Sentral untuk ke Bangi dari Puncak Alam. Memang Jaja berasa sedih pada waktu itu kerana ditolak waktu casting kerana mereka mahukan kulit yang cerah.
“Kali kedua mereka telefon dan mengatakan ada klien dari Russia mahukan model yang berkulit gelap. Alhamdulillah rezeki Jaja dan mereka juga turut suka dengan hasilnya. Dari situlah mereka mula perasan bakat Jaja dan jenama hijab Radiusite turut approach kerana kata mereka Jaja nampak lain daripada yang lain.”
ABAIKAN KATA-KATA NEGATIF
Walaupun dulu dia pernah kecewa kerana warna kulitnya diperlekehkan, namun kini Jaja tidak lagi berasa begitu malah berbangga kerana tona kulit sepertinya makin dihargai dari hari ke hari.
“Jaja ingat lagi dahulu ada jurufoto ini dia cakap ‘kau hitam ingat ada orang nak ke?’ Walaupun dia bergurau namun kita memang tetap akan terasa dengan kata-katanya itu. Dulu memang akan nangis tapi sekarang sudah menjadi lebih kuat dari hari ke hari.
“Yang penting kita jangan dengar apa yang orang cakap. Sentiasalah positifkan diri. Lagipun, permintaan terhadap tona kulit gelap ini sudah semakin baik dan terbuka walaupun di luar negara sana mereka sudah menerimanya dari awal lagi.
“Kita jangan terlalu mendengar apa yang orang kata kerana dalam hidup ini banyak yang perlu kita fikirkan dan kecapi. Kalau kita ikut kata mereka, sampai bila pun kita tidak boleh pergi jauh,” jelas isteri kepada Nabil Suhaib ini.
View this post on InstagramA post shared by ᒍᗩᒍᗩ TᗩᒪIᗷ (@jajatalib) on
Nak baca lebih lanjut mengenai Jaja? Langganilah majalah digital Hijabista sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijrah Bermula Dari Dalam Jiwa! Lyn Al Khaired Akui Pernah ‘Lost’ Sebelum Terima ‘Hidayah’
Isi Kandungan
ToggleSekitar tahun 90-an, pelakon ini cukup popular dengan bakat lakonan yang semula jadi dan mantap. Namun setelah mendirikan rumah tangga Sharifah Norazleenda seakan menyepi dari dunia seni.
Ternyata banyak perubahan berlaku padanya dan salah satu adalah penampilan beliau yang semakin sopan apabila memutuskan untuk berhijab dan berniqab. Beliau yang selesa disapa dengan panggilan Lyn AlKhaired juga sering menyebarkan dakwah kecilnya melalui medium sosial media.
Sebelum itu dalam satu tembual, Lyn yang terkenal dengan jolokan nama ‘Julia Robert Malaysia’ hanya kerana wajah seiras pelakon antarabangsa itu mengakui penghijrahannya bermula dari dalam jiwa.
Sanggup Tinggalkan Anak-Anak Demi Cari Ilmu Akhirat
“Ia bermula dari dalam jiwa. Saya mula kurang bersosial serta mula memikirka tentang kehidupan. Selain itu saya juga banyak menghadiri majlis-majlis agama. Kebetulan anak pula cenderung kea rah agama. Mungkin itu satu petunjuk buat diri saya untuk berubah menjadi wanita yang lebih baik.
“Selain menghadiri majlis agama, saya turut membuat inisiatif sendiri pergi ke Indonesia untuk menggali ilmu agama dengan lebih mendalam. Saya tinggalkan seketika anak-anak yang masih kecil ketika itu demi mengejar ilmu akhirat.
Artikel berkaitan: Apa Resolusi Hijrah ‘Awal Muharam’ Hijabi Tahun Ini? Pastikan Diri Jadi Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya!
“Sejujurnya ilmu agama saya masih cetek. Maka sebab itulah saya mengambil tindakan sedemikian. Jiwa sentiasa tidak tenteram selagi tidak ‘mencarinya’. Di sana saya banyak bertemu dan bergaul dengan mereka yang pandai ilmu agama.
“Alhamdulillah hasil usaha tersebut saya menjadi siapa diri saya sekarang. Pun begitu saya masih Lyn Alkhaired yang dahulu, masih rapat dengan rakan-rakan lama dan baru. Cuma mungkin ada batas-batasnya mana yang boleh dan tidak. Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana Allah SWT telah membuka pintu hati saya lebih awal untuk berubah ke arah kebaikan.
Bertahun-Tahun ‘Lost’, Jiwa Tak Tenang
“Bertahun-tahun saya rasa lost dan tercari-cari. Jiwa saya bergolak dan akhirnya apabila bertudung jiwa saya merasa sangat tenang.
“Dan itulah sebenarnya apa yang saya tercari-cari selama ini. Biarpun perubahan ini tidak terlalu drastik dan semoga saya terus istiqomah,” ujarnya yang menambah setiap kesilapan dilakukan itu adalah ‘guru’nya.
“Ketenangan jiwa adalah nikmat paling mahal buat saya. Kini saya lebih banyak fikirkan tentang kehidupan, diri sendiri serta keluarga. Anak-anak juga sering mendoakan saya agar terus menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Semua ini petunjuk daripada Allah SWT untuk saya berhijrah.
Ibu kepada lima orang anak ini juga turut menjadikan Ustazah Sharifah Khasif sebagai sumber inspirasi.
Perubahan yang dilakukan oleh Lyn juga turut mendapat sokongan daripada followernya. masing-masing mengharapkan beliau terus kekal istiqamah.
Artikel berkaitan: Awal Muharram, Jangan Lupa Baca Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Salur Dana RM 50,000 Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur! Nana Mahazan Kagumi Mentaliti ‘Para Jutawan’ Ini!
Ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Nurul Hana Che Mahazan, 38 atau lebih mesra disapa Nana Mahazan menerima dana sejumlah RM 50,000 dari seorang jutawan, bertujuan membantu mangsa banjir yang terkesan bencana khususnya di Pantai Timur.
Sehubungan itu, Nana menzahirkan rasa terharu dan kagum dengan ‘mentaliti’ serta sikap murah hati jutawan berkenaan yang tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan dalam komuniti dan masyarakat setempat.
Nana Berhasrat Contohi Mentaliti ‘Orang Kaya’ Tak Lupa Daratan
Menurut Nana, Dana sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan usahawan-usahawan jutawan dari syarikat yang telah banyak melahirkan jutawan di Malaysia, RichWorks. Malah, sumbangan itu dikutip menerusi Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
Jelas Nana lagi dia cukup mengagumi mentaliti orang-orang kaya seperti ini yang kembali membantu komuniti dan masyarakat yang ditimpa musibah tanpa mengira pangkat mahupun darjat.
“Sebenarnya, inilah mentaliti orang berjaya dan usahawan jutawan, iaitu memberi kembali kepada komuniti.
“Pada akhirnya, fokus untuk macam mana boleh bantu lebih ramai orang… nak jadi kaya sebab dapat menyumbang lebih banyak,” kata Nana.
Artikel berkaitan: “Mummy Doakan Althea Istiqamah,” – Anak Sulung Pilih Berhijab, Nana Mahazan Sokong Semampu Mungkin
Selain itu, Nana akui dia merasa terharu apabila diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada golongan yang memerlukan.
Terdahulu, Nana menerima replika cek daripada Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman yang disampaikan ketika program Inner Circle Meeting yang diadakan di Langkawi, Kedah pada Selasa.
Sebagai rekod, RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks yang mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008.
Pada hujung tahun lalu, RichWell telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM500,000 bagi membantu mangsa banjir hasil sumbangan usahawan-usahawan dalam tempoh 24 jam sahaja.
Artikel berkaitan: ‘Bukan Cantik Yang Dicari, Hanya…’- Nana Mahazan Bersyukur Niat Untuk Berhijab Terlaksana
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI