Siapa tidak kenal dengan penyanyi berwajah ‘cute’, Iman Troye yang sering melatari muzik video lagu nyanyiannya berkonsepkan k-pop hingga menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini.
Pelantun lagu Teman, atau nama penuhnya Iman Alyssa Sahabudin menerusi hantaran dilaman Instagram miliknya baru-baru ini berkongsikan video berkenaan dirinya membantu golongan gelandangan dengan memberikan makanan di sekitar ibu kota.
Iman Mahu Kerap Laksana CSR, Bantu Golongan Gelandangan
Pada hantaran sama, Iman menyatakan keinginanya untuk meneruskan kegiatan murni ini dengan bercadang mahu membantu lebih ramai gelandangan dan fakir miskin di tempat-tempat lain.
Justeru, pada ruangan kapsyen Iman meminta buah fikiran para pengikutnya untuk mencadangkan tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan susah seperti ini, selain di Ibu Kota.
“Alhamdulilah syukur. Insyallah Iman dan team akan cuba kerap kan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen dan bagi idea dekat kita siapa dan di mana lagi yang memerlukan?,” Tulisnya pada ruangan kapsyen di hantaran tersebut.
Artikel berkaitan: 13 Busana Muslimah Kemas, Sopan Lagi Bergaya Pilihan Iman Troye. Bajet & Beli Atas Talian Sahaja!
Hijabista mendapati ruangan komen pada hantaran tersebut telah dibanjiri dengan doa-doa yang baik buat Iman dan tidak kurang juga yang meluahkan sokongam dan melemparkan kata-kata positif dan semangat agar Iman kekal istiqomah dalam melakukan amal kebaikan yang bersifat fadhu kifayah seperti ini.
“Alhamdulillah Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki iman,” kata seorang warganet.
“Semoga Iman sentiasa dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi netizen.
Untuk rekod, nama Iman Troye pernah dihimpit dengan kontroversi satu ketika dahulu, kerana sukar memberikan kerjasama dengan rakan media. Selain leceh dihubungi sebaik sahaja namanya popular dan dikenali umum.
Sumber: Instagram Iman Troye
Artikel berkaitan: ‘Sebagai Wanita Berhijab, Harap Dapat Beri Inspirasi’- Wajah Iman Troye Hiasi Times Square New York
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nurida Suraya Kenang Detik Penghijrahan, Syukur Masih Kekal ‘Istiqamah’ Berhijab Walau Pernah Di Kecam!
Isi Kandungan
ToggleHidayah milik Allah S.W.T. Penghijrahan itu kadang-kala hadir dalam hidup manusia tidak mengenal waktu dan ketika. Setiap kisah perubahan seseorang itu mencurah hembusan inpirasi kepada yang lain untuk memperbaiki diri dan terus menjadi yang terbaik dari semalam.
Nurida Suraya, seorang usahawan dan model yang memiliki rupa paras cantik dan menawan, juga isteri kepada pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin berbicara tentang imej terbarunya.
PERMULAAN HIJRAH
Menyoal tentang punca dirinya berubah ke imej yang baru (berhijab), Nurida menyatakan bahawa ia merupakan sebuah proses yang panjang. Menurutnya, dia cuba untuk berhijab sebelum ini, tetapi hati dan jiwanya masih belum bersedia.
“IA MERUPAKAN PROSES YANG MEMATANGKAN DIRI DAN MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK SAYA BENAR-BENAR NEKAD DAN YAKIN DENGAN IMEJ INI.SAYA JUGA MINTA TOLONG PADA SUAMI, RIZMAN UNTUK MENUKAR REKAAN BAJU RAYA DENGAN KONSEP YANG LEBIH MESRA HIJAB. ALHAMDULILLAH, SEHINGGA KINI ALLAH MASIH MEMELIHARA SAYA DARI IMEJ YANG LAMA.”
KEKAL ISTIQOMAH
Untuk kekal istiqomah bukanlah perkara yang mudah. Apabila berbicara soal dirinya untuk kekal istiqomah, Nurida menyatakan bahawa keputusan penghijrahan ini wujud dari hatinya sendiri dan sentiasa percaya bahawa itu adalah petunjuk dari Allah SWT.
“Doakan saya terus beristiqomah. Biarpun saya tidak menghadapi sebarang cabaran dari saat awal saya menyarungkan hijab tetapi saya jauh di sudut hati, saya seringkali berdoa kepada-Nya untuk memelihara diri saya dari segala keburukan.”
Reaksi suamianya juga saat dia mula ingn berhijab amat positif. Suaminya, Rizman juga tidak pernah lelah dan penat dalam memberi sokongan kepada dirinya. Keceriaan juga terpancar pada sinar wajahnya saat mengetahui tentang hajat isteri tercintanya itu.
“RIZMAN BEGITU MENYOKONG KEPUTUSAN SAYA DAN SEHINGGA HARI INI, DIA TIDAK BERHENTI UNTUK MENJADI PENASIHAT DALAM PEMAKAIAN SAYA UNTUK LEBIH SOPAN DAN MENUTUP AURAT. BAGI KELUARGA SAYA PULA, ketika SAYA KONGSIKAN BERITA GEMBIRA INI, SEMUANYA SANGAT GEMBIRA DAN SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK PADA PERUBAHAN INI.”
KOMEN NEGATIF?
Manusia kadang berkata tanpa menggunakan akal. Cuma kita yang menerima harus bijak dalam mengawal emosi. Sebagai individu yang dikenali, pastinya setiap apa yang dilakukan menjadi tumpuan lensa kamera serta perhatian netizen. Sudah pasti komen negatif itu tidak bisa lari dalam diari kehidupannya.
Menurut Nurida, saat dia tampil dengan imej terbaru ini, ada sahaja komen yang dicurahkan oleh masyarakat terutamanya dari segi cara pemakaian dan gaya hijab yang disarungkan.
“Antara komen negatif atau kecaman yang saya terima adalah seperti komen berkaitan dengan cara pemakaian hijab yang nampak leher dan dada. Mereka juga mengatakan bahawa sebagai individu yang sudah mula berhijab, ia adalah perkara yang harus dibaiki. Namun, saya tidak mudah melatah kerananya.”
HARAPAN
“Imej terbaru ini menjadikan saya lebih tenang dan selesa dengan pemakaian hijab. Harapan saya agar Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada iman dan hati saya dan sentiasa istiqomah dalam menjalani hari-hari saya dengan imej terbaru ini. InsyaAllah dengan adanya sokongan suami dan keluarga serta kehadiran cahaya mata memberikan saya lebih kekuatan untuk terus berjalan ke jalan yang diredhai-Nya. Nasihat saya kepada mereka yang ingin berhijba, berhijab ini perlulah bersedia dari segala aspek dan niat itu haruslah datang dari hati.
“JANGAN SEKALI BERHIJAB KERANA MENGIKUT TREND SEMATA-MATA ATAU MENGIKUT ORANG LAIN. INSYAALLAH NIAT MULIA ITU AKAN DIPERMUDAHKAN ALLAH SWT. KEPADA SIAPA YANG INGIN BERHIJAB SAYA AKAN SENTIASA DOAKAN ANDA DIBERIKAN HIDAYAH DAN KEKUATAN UNTUK TERUS ISTIQOMAH. INSYAALLAH.”
Sumber gambar: Koleksi peribadi Nurida Suraya & Instagram Nuridasuraya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Hack’ Kehidupan Yang Nampak Mengarut tetapi Sebenarnya Berfungsi. Jangan Lupa Share!
Isi Kandungan
ToggleKadang-kadang penyelesaian kepada masalah muncul apabila kita tidak menjangkakannya. Siapa sangka tugas yang memerah otak atau hanya membosankan boleh diselesaikan dengan cara yang paling tidak dapat diramalkan?
Sebaik sahaja kita menemui kunci untuk memecahkan masalah seperti kacang, kita boleh menyampaikan kebijaksanaan kita kepada orang lain dengan wajah yang bangga kerana kita adalah orang yang berjaya menghasilkan idea yang bernas.
Keluarkan serpihan kayu
Jika anda mendapat serpihan yang sebahagiannya masih melekat pada kulit, letakkan setitik gam UHU padanya dan biarkan ia kering. Apabila anda menanggalkan gam kering dari jari anda, serpihan akan tersangkut pada gam dan muncul terus dengannya.
Terasa pitam
Anda berdiri terlalu lama dan kepala mula berpusing seperti blackout, ketatkan abs anda sekuat mungkin dan ia akan membantu mengurangkan kekejangan kepala secara drastik. Anda juga boleh melakukannya secara preemptive untuk membantu menghentikannya sebelum ia berlaku.
Kesan minyak pada tudung
Jika anda mendapat kesan makanan/gris pada pakaian mahupun tudung, tutup noda dengan cecair pencuci pinggan mangkuk. Kotoran akan hilang apabila anda mencuci pakaian anda.
Tersangkut cincin di jari
Cincin anda tersangkut pada jari anda, sudah pasti untuk keluar. Mungkin terdapat beberapa faktor yang menyekatnya. Windex pencuci kaca, akan meluncurkannya terus, ia berjasa di mana-mana kedai barang kemas.
Cermin kabur
Gunakan krim pencukur sebagai anti-kabut. Gunakannya di bahagian dalam visor kereta. Lumurkannya, biarkan ia kering, kemudian bilas dan keringkan. Ia juga berfungsi untuk cermin bilik mandi. Anda boleh menggunakannya di tempat kecil supaya anda masih dapat melihat apabila anda keluar dari bilik mandi.
Hilangkan haba cili di tangan
Sapu minyak sayuran atau mana-mana minyak masak pada tangan anda selepas memotong lada panas. Ia menghilangkan rasa mengerikan yang biasanya ditinggalkan di tangan anda dari lada. Gosokkan tangan dengan minyak dan kemudian mencucinya dengan sabun pinggan mangkuk.
Potong bawang tidak memedihkan
Letakkan bawang di dalam peti sejuk selama 10 minit sebelum memotongnya. Ia membekukan jus hanya cukup untuk melambatkan proses ia bertukar menjadi gas, memberi anda beberapa minit untuk memotong bawang tanpa memedihkan mata.
Barang kemas berkilat seperti baru
Bersihkan barang kemas dengan sabun pinggan, kerana bekalan pembersih lain mungkin mencalarkannya seperti sabun tangan atau apa-apa yang mengelupas atau bertindak balas secara kimia dengan logam biasanya itu adalah bekalan pembersihan yang keras) dan sabun pinggan mangkuk bertujuan untuk membersihkan kaca dan seramik tanpa menggarunya dan peralatan perak tanpa bertindak balas dengan logam dan sebagainya.
Legakan panas badan
Jalankan pergelangan tangan anda di bawah air sejuk atau gosokkan kiub ais pada titik nadi anda untuk menyejukkan seluruh badan dengan cepat apabila anda menjadi terlalu panas. Nampak jelas tetapi saya tidak menyedarinya sehingga musim panas lalu semasa bekerja di gudang tanpa penghawa dingin.
Hilangkan mengantuk
Jika anda menghadapi masalah untuk berjaga di dalam kelas atau dalam mesyuarat, angkat sebelah kaki untuk seketika. Lihat berapa lama anda boleh mengekalkan sebelah kaki anda terangkat sedikit dari tanah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buntu Untuk Hasilkan Stail Yang Menarik Di Pejabat, Gayakan Rekaan Kardigan Dengan 6 Tip Fesyen Ini!
Ada apa dengan sehelai kardigan? Bukan hanya sebagai sebuah metafora untuk memberi keselesaan pada tubuh badan di kala dingin, malah ia lebih dari itu!
Hari ini, terlalu banyak jenis rekaan kardigan yang dijual di pasaran. Dari segi potongan, warna, fungsi dan juga fabrik, ia menjadikan pilihan kardigan lebih menarik dan ‘rambang mata’. Untuk mencipta stail anda yang lebih moden, apa kata anda cuba gayakan kardigan ini dengan pilihan stail dari team Hijabista! Selamat mencuba!
- Gayakan bersama tali pinggang!
Sumber gambar: Instagram Sue.Meyraa
Bukan sahaja dapat menjadikan gaya anda lebih bonus dan moden, malah penggayaan tali pinggang juga menjadikan anda tampak lebih kurus dan menawan. Usah pilih tali pinggang yang terlalu tebal, tetapi cukup sekadar jelas dilihat sebagai aksesori tambahan untuk menaikkan seri aura anda!
2. Stail berlapis
“Tak panas ke pakai berlapis-lapis ni?”
Pasti anda risau kala ingin menggayakan stail sebegini. Ah! Hiraukan pandangan mereka asalkan anda tampil yakin dan bergaya saat melakukan aktiviti anda. Apa yang penting, pastikan tidak menyarung helaian yang menggunakan fabrik yang terlalu tebal. Gaya berpakaian layers ini juga sesuai untuk anda yang bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin! Stail ini bukan sahaja memberi kepanasan pada tubuh badan malah membuatkan penampilan anda lebih bergaya!
Triknya, pilih rona kardigan yang tidak begitu terang dan juga kosong dan padankan dengan helaian dalam yang bercorak ataupun warnanya yang lebih terang dari kardigan! Pasti edgy dan fashionable!
3. Potongan labuh untuk tampak tinggi
Pasti ramai yang tidak tahu mengenai trik ini! Bagi anda yang ingin tampak tinggi dan ramping, sarungkan saja potongan kardigan yang lebih panjang! Ini mampu memberi ‘muslihat’ untuk kelihatan tinggi dan kaki lebih panjang! Malah, stail ini juga lebih bersahaja namun mewah bila kena dengan suai padannya!
Anda boleh gayakan bersama kemeja sebagai helaian dalam serta celana potonggan skinny. Untuk potongan labuh ini, pilihan kasut tidak menjadi masalah! Sama ada kasut jenis sukan ataupun tumit tinggi, semuanya boleh digayakan bersama kardigan berpotongan labuh!
Baca juga: Kasut Mudah Rosak Dan Berbau, Lakukan 9 Cara Penjagaan Kasut Yang Mudah Ini! Tak Sampai 5 Minit Pun!
4. Persis elit!
Ketepikan pengayaan yang ‘bosan’! Apa kata anda cuba gayakan kardigan di bahu. Anda boleh ikat bahagian tangan kardigan dan biarkannya terletak di bahagian dada anda atau lepaskan sahaja. Kedua-dua cara ini bisa menjadikan gaya lebih mewah persis golongan elit. Bukan sahaja boleh digayakan di pejabat, malah dikala anda bersantai bersama rakan-rakan dan juga saat membeli barangan dapur, stail ini antara pilihan bijak untuk penggayaan ‘less is more’!
5. Stail tuck in
Sesuai bagi anda yang menyarungkan celana potongan high waisted, masukkan hujung kardigan ke dalam celana. Ini mampu menonjolkan sisi moden anda serta menaikkan lagi volum tubuh anda! Bukan hanya dengan celana, malah anda boleh menggayakan stail ini bersama dengan high waisted skirt yang mampu menonjolkan aura sofistikasi dalam pengayaan! Apa yang penting, pilih kardigan yang tidak terlalu tebal untuk mengelakkan masalah saat ingin dimasukkan ke dalam celana ataupun skirt.
6. Gaya si hijabi dengan cropped cardigan!
Siapa kata cropped cardigan tidak boleh digayakan meskipun anda memakai hijab? Itulah sebabnya wujud rekaan pakaian dalam ataupun inner. Untuk gaya yang lebih fashionable, edgy dan unik, stailkan gaya anda dengan pilihan cropped cardigan bersama dengan celana jenis boyfriend jeans! Untuk bahagian dalam, sarungkan pilihan inner yang sama warna dengan kulit ataupun nude brown. Jika anda berani, boleh sahaja sarungkan pilihan inner warna gelap seperi hitam untuk menaikkan elemen kontra dalam gaya anda!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI