Menutup aurat bukan pilihan tapi wajib. Hijab atau tudung pula bermaksud pakaian yang menutup aurat wanita Muslimah pada bahagian kepala dan sekitarnya. Kewajipan itu disebutkan dalam al-Quran dan hadis.
Firman ALLAH SWT: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlahkamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)
Baru-baru ini tular mengenai penampilan bertudung seorang pesilat negara wanita ketika menyertai Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Ayer Keroh, Melaka. Beliau dikenali sebagai Merrywati Manuil yang berasal dari Sandakan, Sabah.
Penampilannya yang bertudung telah menarik perhatian masyarakat. Ramai yang menyangka dia ialah seorang gadis Melayu Islam. Dalam sebuah penulisan di Facebooknya, Merrywati mengatakan beliau memakai tudung semasa pertandingan kerana ingin menghormati kesenian silat Melayu walaupun beliau bukan beragama Islam.
Malah baginya, tudung membuatkan dirinya nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan. SubhanAllah. Jika kita perhatikan wanita ini bukan beragama Islam, tetapi hatinya turut merasa selesa mengenakan tudung yang menjadi kewajipan buat wanita Islam. Malahan, dia sanggup mengenakannya dalam lapangan silat yang kita tahu memerlukan pergerakan yang aktif, dan lincah.
Ads
Allahuakbar, ini menjadi bukti bahawa dengan bertudung dan menutup aurat tidak menyekat seseorang wanita itu untuk melakukan apa jua aktiviti termasuklah aktiviti lasak sekalipun.
Jadikan kisah ini satu suntikan semangat dan inspirasi buat kita untuk terus istiqamah menutup aurat dengan sempurna. Besar ganjaran buat mereka yang istiqamah di jalan kebaikan. Mudah-mudahan juga, Allah memberikan taufiq dan hidayahnya buat sahabat-sahabat kita yang belum beragama Islam.
Didoakan buat yang sedang berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna semoga diberi kemudahan dan kekuatan dalam menjalankan perintah Allah. Buat mereka yang sudah sempurna menutup aurat, mudah-mudahan kita terus istiqomah menjalankan perintah Allah yang satu ini hingga ke akhir hayat. Allahumma ameen.
Maksudnya: “Aku katakan kepada Ummu Salamah, “Wahai Ummul Mukminin, apakah doa yang sering dibaca Rasulullah SAW apabila Baginda bersamamu? Beliau berkata, “Doa beliau yang paling banyak adalah, “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku diatas agama-Mu.”
Ads
Ummu Salamah berkata, “Wahai Rasulullah, berapa kerap anda berdoa, “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku diatas agama-Mu?”
Baginda berkata, “Wahai Ummu Salamah, sesungguhnya tidak ada seorang manusia pun melainkan hatinya berada di antara dua jari di antara jari-jari Allah. Siapa yang Allah kehendaki maka Dia akan meluruskannya dan siapa yang Allah kehendaki maka Dia akan memalingkannya.” (HR Tirmizi, hadis hasan)
Sumber kredit: Ustazah Asma’ Harun Top image: Photo by hasan-almasi from Unsplash
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/56nQrka4s8k
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Salah seorang selebriti yang gemar berdakwah melalui laman sosial adalah Heliza Helmi. Ada sahaja post berunsur nasihat atau ingatan kepada followernya yang berjumlah 2.1 juta ini. Dan setiap kali post seperti itu akan mendapat reaksi positif dari netizen.
Cara hidup yang pantas seperti hari ini menyebabkan semua maklumat boleh disebarkan dengan cara paling mudah. Dalam satu posting, Heliza memberitahu bahawa dirinya bukan mahu menjadi sehebat Siti Khadijah atau setaqwa Aisyah juga setabah Fatimah. Tetapi dia hanya wanita yang memiliki cita-cita menjadi wanita SOLEHAH.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Memang tinggi keinginan Heliza yang mahu menjadi wanita Solehah yang memang menjadi DAMBAAN setiap wanita. Justeru dia tidak putus-putus sering memberi nasihat atau ingatan kepada ‘follower’nya kerana itu adalah sebahagian ibadah yang cukup murni. Selain memberi ingatan berbentu doa, Heliza juga turut mengingatkan followernya agar tidak lupa membaca surah AL-MULK sebelum tidur.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Apa agaknya kelebihan surah ini yang sering diingatkan oleh Heliza dan ingatannya ini mendapat reaksi cukup positif dari netizen. Malah ada yang mengucapkan terima kasih kepada Heliza yang sering mengingatkan mereka untuk membacanya dan hanya Allah yang dapat membalas setiap jasannya.
@iamyanayunos Alhamdulillah, Setiap Hari sebelum tdo sy sllu dgr.. n Amalkan
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)
Huraian Hadith:
Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
2. Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.
Sebuah portal berita popular telah menyiarkan sebuah video yang memaparkan tentang masyarakat bukan Islam di New Zealand yang begitu tertarik untuk mengetahui mengenai ajaran Islam.
Mereka memenuhi ruang masjid untuk bertanyakan perihal agama Islam seterusnya menyaksikan sendiri bagaimana pelaksanaan solat oleh umat Islam.
MasyaAllah, bukti kekuasaan Tuhan…
Many New Zealanders start visiting the mosques to learn about Islam after terrorist attack on Christchurch mosques, which killed dozens of worshipers
Pelakon jelita yang juga isteri kepada pengacara Nabil Mahir menzahirkan rasa syukur apabila rezekinya semakin mencurah selepas bergelar ibu. Benarlah kata orang anak-anak pembawa rezeki.
Terdahulu, ketika bertemu dalam majlis menandatangani kotrak bersama jenama Itali, Ayda mengakui anak-anak adalahlah salah satu punca rezeki, oleh itu dia dan suami amat bersyukur dan menitikberatkan tentang keselamatan anugerah kurniaan-Nya ini.
Pengalaman ‘Shooting’ Bersama Ana Nayla
Menurut Ayda, sejak bergelar ibu dia hanya menumpang rezeki anak-anak. Pernah menjadi duta kepada beberapa jenama. Ada juga jenama yang dah lama dengan dan mereka memperbaharui kontrak kerana mereka senang bekerjasama dengan saya.
“Pada awalnya saya risau. Bukan mudah untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, orang dewasa pun penat, apatah lagi kanak-kanak.”
Demikian kata-kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ketika diminta mengulas mengenai rezeki anaknya, Ana Nayla yang mula dilamar menjadi duta untuk beberapa jenama.
Menurut Ayda, dia dan suami, pengacara Nabil Mahir meletakkan syarat sekiranya mahu mengambil Nayla menjadi duta.
“Nayla sudah ada akaun bank sejak usianya enam bulan. Semua bayaran yang diterima Nayla disimpan dalam akaun miliknya. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan bayaran yang kami terima dalam setiap kerja seni dan kerjasama dengan jenama untuk Nayla.
“Nayla bakal menginjak usia tiga tahun pada September ini. Mula-mula memang saya dan suami risau, takut Nayla penat mahu menjalani penggambaran atau sesi fotografi. Namun, saya fikirkan ini rezeki anak dan barangan yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak serta Nayla pun memang menggunakan jenama terbabit.
“Jadi, kami letakkan syarat jika mahu melakukan sesi penggambaran dan fotografi, mestilah ia dihabiskan secepat mungkin. Syukur, ketika sesi terbabit berlangsung, Nayla memberikan kerjasama yang baik dan dia suka dengan suasana di set penggambaran. Kami memberikan Nayla rehat secukupnya serta memainkan lagu kegemarannya ketika sesi terbabit,” kata Ayda.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.
Perkahwinan mereka diserikan dengan kelahiran puteri sulung, Ana Nayla pada 21 September 2021. Manakala pada 12 Disember 2023, Ayda memaklumkan sudah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Aali Mateen.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...