Siapa tidak kenal dengan pelakon, Eleena Sui yang memegang watak Inara dalam drama popular Suri Hati Mr. Pilot yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu.
Baru-baru ini, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, pelakon jelita itu telah berkongsikan perjalanan dirinya yang mengambil keputusan untuk berhijab sejak Mac tahun lalu.
Belum Bersedia Kongsi Kisah Hijrah, Eleena Sui Harap Dikurniakan ‘Istiqamah’
Menerusi hantaran video berkenaan, Eleena telah berkongsikan detik-detik penghijrahan yang dilakukanya sepanjang tahun lalu.
Malah, jelasnya dia sudah mengenakan hijab sepenuhnya bagi memenuhi tuntutan agama yang disyariatkan oleh agama Islam, justeru memohon orang ramai agar mendoakan dia kekal istiqamah dalam penghijrahanya itu.
Bagaimanapun, Eleena mengakui bahawa dirinya masih belum terbuka untuk berkongsi kisah penghijrahannya kepada umum buat masa ini.
Artikel Berkaitan: Mudahnya Menanggalkan ‘Solekan’ Hanya Dengan Satu Sapuan Je!
“Tak tahulah sama ada saya patut atau tidak kongsikan video ini. Sebenarnya saya dah lama simpan. Konon nak ikut trend. Jadi, tengok jelah.
“Saya berharap agar Allah SWT dapat terus memberi petunjuk dan merahmati perjalanan berhijab saya. Semoga Allah kurniakan istiqamah dan kesabaran di dalam kisah hijrah saya.
Tambah Eleena lagi, dia kini berada dalam fasa mahu memperkukuh ilmu agama dan menyesuaikan diri dengan cara hidup yang lebih baik. Walaupun getir untuk melaksanakannya di awal-awal penghijrahan.
Namun, Eleena berkata itu bukanlah hanlangan yang boleh membantutkan niat sucinya untuk berhijrah kearah lebih baik.
“Mungkin agak sukar pada mulanya, tapi saya sedang belajar perlahan-lahan'” katanya.
Sumber: Instagram Elena Sui
Artikel Berkaitan: Magis Solekan Sempurna, Penting Ikut Turutan Yang Betul. Baru Lawa!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rambut Panjang Berkilau Dengan 10 Syampu Terbaik Dari Korea
Siapa yang tak suka rambut subur dan berkilau? Apatah lagi apabila anda yang berhijab, penjagaan rambut pastinya dua kali ganda. Tidak kira apa jenis rambut anda, dengan adanya rangkaian produk yang terdapat di pasaran, ia boleh menjadi menakutkan untuk memilih yang betul.
Penjagaan kulit Korea adalah yang terkini dalam penjagaan kulit dan rambut. Ia menawarkan produk yang datang dengan gabungan tradisional dan bahan-bahan yang cenderung budaya dan menjadikan rambut anda kelihatan hebat. Beberapa produk yang paling dicari mencari cara mereka dalam segmen di bawah.
Syampu RYO Damage Care
Jika anda mengalami masalah rambut rosak dan kelemumur, dapatkan Syampu RYO Damage Care adalah pilihan terbaik anda. Ia adalah produk yang kaya dengan nutrien yang menyasarkan penyingkiran kelemumur dan menghentikan keguguran rambut. Bahan-bahan seperti Minyak Camellia dan Ekstrak Schisandra memperkayakan syampu ini dan menghalang penipisan rambut. Gabungan herba ubatan dan bahan berasaskan tumbuhan. Produk ini menggalakkan aliran darah ke kulit kepala dengan menyejukkan suhunya, menggalakkan pertumbuhan rambut.
Syampu Doori Gold Premium
Syampu Premium Ki Gold (DAENG GI MEO RI) didatangkan dengan sepuluh bahan aktif berasaskan tumbuhan. Ia dihasilkan dari Ginseng Korea, yang mempunyai kuantiti yang tinggi. Sebagai bahan terasnya, produk ini mengekalkan kulit kepala sejuk dengan mentol. Herba perubatan membersihkan kulit kepala dan merawat kelemumur dari akarnya. Bahan-bahannya memastikan pengeluaran sebum berkurangan, membolehkan kulit kepala kekal kurang berminyak. Syampu rambut Korea ini melembapkan kulit dan membantu mudah dibentuk.
Syampu RYO Scalp Deep Cleansing
Penyelesaian terbaik untuk rambut melekit, berbau dan dijangkiti kelemumur ialah syampu penyejuk yang mewujudkan semula keseimbangan kulit kepala dan membolehkan rambut tumbuh dalam persekitaran semula jadi. Syampu pembersih kulit kepala dari RYO ini diselitkan dengan ekstrak pudina yang menggalakkan peredaran darah.
Syampu ini membantu meremajakan sel kulit kepala yang rosak dan membolehkan rambut tumbuh dengan bebas. Aroma dari pudina bertindak sebagai agen yang menenangkan dan menghilangkan tekanan kepada minda dan melegakan deria anda. Ekstrak kacang dan jarum pain menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih tebal.
Syampu Whamisa Organic Seed
Syampu ini mengandungi 67.2% bahan organik. Menggunakan proses penapaian untuk meningkatkan kualiti ramuannya untuk meremajakan rambut. Campuran biji barli, ekstrak epal dan yuzu mewujudkan persekitaran bebas minyak pada kulit kepala. Produk ini berkesan mengurangkan rembesan sebum yang berlebihan, membersihkan kulit kepala, dan mengekalkan sifat berasidnya. Ia datang dalam botol merah marun yang kelihatan mewah dengan penutup coklat.
Set Syampu Somang Beautiful Beauty Golden
Jika anda mengalami rambut kusam atau nipis, set syampu ini sangat sesuai. Produk ini adalah untuk mereka yang mengalami pruritus dan kelemumur. Dihasikan dengan sepuluh saponin berbeza Ginseng Merah Korea. Ia membuang sel-sel mati, menghidupkan semula rambut dan mengurangkan kegatalan yang berkaitan dengan kelemumur. Penambahan Thunberg dan kacang hitam dalam syampu ini melembutkan rambut yang kusam dan tidak bermaya. Bahan-bahan ini bersama-sama memberikan kelembapan yang mendalam pada kulit kepala. Somang memasukkannya dengan mineral dari lautan dalam, menjadikan rambut sihat dan lebat.
Syampu Premium Loss Prevention TS
Adakah anda mengalami keguguran rambut dan ketakutan mencuci rambut? Nah, syampu ini adalah penyelesaian yang sempurna untuk helaian yang longgar pada tuala dan dalam longkang kulit. Memandangkan ia datang dengan biotin, vitamin B3, panthenol dan minyak pati, ia merangsang pertumbuhan rambut. Gabungan ini, seterusnya, menghalang kerosakan dan penipisan rambut. Produk ini adalah bahagian ajaib untuk rambut lemah kerana ia juga dilengkapi dengan keratin, metionin dan arginin. Anda harus menggunakannya dengan kerap, dan anda akan merasakan rambut anda semakin kuat dalam masa yang singkat.
Syampu rawatan LG ReEn Yungo
Jika anda bekerja dalam industri yang berhadapan dengan orang ramai atau mempunyai aktiviti luar, maka syampu ini adalah milik anda untuk dibeli. LG didatangkan dengan gabungan syampu dan perapi. Walaupun ia selembut sutera untuk disentuh, ia berbuih dengan baik dan menjadikan rambut bersih. Penambahan saponin dalam produk ini boleh menggelegak dan mengeluarkan sebum yang berlebihan dari kulit kepala. Rambut akan harum disebalik hijab.
Apothehair Korean Ginseng Signature Scalp Care from Scapes Untold Beauty
Syampu ini adalah produk herba dan Scapes menjadikannya dengan sembilan ramuan herba unggul asli Korea. Ini termasuk Thuja, Kulit Morus, Teh Hijau, Camomile, Rehmannia Gultinosa, Penoy, mugwort, Pleuropterus Multiflorus, Houttuynia cordata dan Kulit Morus. Selain itu, penambahan ginseng menjadikan syampu ini terkemuka dalam membersihkan kulit kepala dan rambut. Ia menggalakkan pertumbuhan rambut juga. Tanpa bahan kimia, silikon atau paraben yang berbahaya, syampu memberikan rambut bersih dan bebas tekanan.
Syampu Aekyung Kerasys Repairing
Sukar untuk memulihkan rambut yang rosak, tetapi syampu ini melakukan kerja anda dengan mudah. Mereka merumuskannya dengan protein terhidrolisis, ekstrak edelweiss, ramuan herba, ekstrak alpine Swiss, dan panthenol. Gabungan ini menamatkan hujung bercabang, memberikan mereka bersinar, dan menjadikan rambut kuat dari akar. Anda akan mengalami rambut yang wangi dan licin selepas menggunakan syampu ini.
Syampu Elastine Perfumed Pure Breeze Hair
Syampu ini termasuk dalam kategori produk rambut berkhasiat. Ia diselitkan dengan minyak argan, jojoba, bunga matahari dan macadamia. Semua bahan ini bersama-sama menjadikan kulit kepala licin dan memberikan khasiat kepada helaian rambut. Anda akan mengalami rambut ringan dan berkhasiat dengan bau harum.
Keadaan rambut anda bergantung pada minyak kulityang terhasil di kepala, tekstur rambut,dan pencemaran alam sekitar di sekeliling anda. Jika anda menghadapi masalah rambut, pasti kan anda akan menemui penyelesaian dalam salah satu daripada banyak produk yang disenaraikan di atas. Kenali rambut anda dan pilih produk yang sesuai untuk mengalami rambut berkilau dan bersih sepanjang hari.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Meski Di Timpa Musibah, JAKEL Masih Mahu Ringankan Beban Rakyat!
Umum sedia maklum berhubung insiden malang yang menimpa JAKEL Mall Shah Alam, pada 31 Disember tahun lalu yang hangus dijilat api akibat berlakunya kebakaran yang berpunca dari litar pintas.
Bagaimanapun, disebalik musibah yang melanda, pada tahun ini JAKEL bangkit dengan penuh semangat! Melancarkan bangunan JAKEL di lokasi baharu yang lebih selesa dan kembali menyediakan khidmat menjual busana untuk pelbagai majlis, serta kelengkapan perhiasan rumah seperti karpet dan langsir.
Walau Ditimpa Musibah, JAKEL Tetap Menawarkan Jualan Pakaian Pada Harga Rahmah Menjelang Aidilfitri 2023!
Lebih menarik lagi, musibah yang melanda langsung tidak mematahkan semangat JAKEL untuk turut serta membantu rakyat dari golongan B40 dengan menawarkan pakaian dengan harga Rahmah menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Urusan JAKEL, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel ketika ditemui Hijabista pada majlis pembukaan premis baharu miliknya di Seksyen
7, di sini hari ini.
“Sambutan yang kami terima sangat menggalakkan, luar daripada jangkaan kami. Apa yang menjadi punca kepada sambutan hangat ini adalah kerana jualan ‘Rahmah’.
“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri,” katanya.
Artikel berkaitan: Ini Punca Jakel Shah Alam Terbakar! Netizen ‘Runsing’ Dekat Mana Nak Beli Baju Raya 2023?
Ketika ditanya apa kelainan yang dibawakan JAKEL bagi jualan Rahmah berbanding di kedai lain, Faroz berkata, kali ini pihaknya telah bersetuju menyahut seruan Kementerian dan Kerajaan menerusi kempen Rahmah dengan menawarkan harga yang lebih murah berbanding sebelumnya.
“Harga yang kami tawarkan, dijamin jauh lebih murah berbanding sebelum ini dan lebih murah daripada syarikat lain dan jaminan terbaik dari kami adalah kualiti barangan JAKEL.
“Kami tidak pernah tolak ansur tentang bab kualiti barangan. Malah, JAKEL memang dikenali kerana menjual kain-kain yang bermutu tinggi serta berkualiti untuk semua golongan lapisan masyarakat.
“Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad masih kekal sebagai duta JAKEL tahun ini, di mana baju Melayu mereka yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM229, kini hanya dijual RM149 termasuk samping dan butang baju melayu percuma.
Gedung tekstil JAKEL baharu ini terletak 200 meter dari premis lama, iaitu di tapak kosong bersebelahan Hospital Shah Alam di Seksyen 7.
Artikel berkaitan: Isteri Kesayangan Bos Jakel, Datin Farah Haryani Rajin Amalkan Pilates Untuk Kekal Sihat, Cergas & Cantik
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mari Buat Amalan Rasulullah SAW, Bagus Untuk Kesihatan Rohani & Jasmani
Cara hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah barat dan moden mungkin punca kita selalu lupa dan alpa akan ajaran yang diajar oleh baginda Rasullullah. Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita tentang bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Ini merupakan cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3. JANGAN MAKAN BERLEBIHAN
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
4. BANYAKKAN BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. JANGAN MARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6. SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Kehidupan akan jadi lebih bahagia jika dapat mengawal emosi, menjalani gaya hidup sihat dan sentiasa ingat pada Allah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI