Berhijab Ketika Bercuti Di Cruise Mewah, Penampilan Intan Ladyana Tarik Perhatian

Share

Ibu kepada Evie Khadeeja yang juga pelakon, Intan Ladyana kini jarang dilihat menghiasi kaca televisyen sejak bergelar isteri kepada pelakon muda, Harris Alif.

Namun, menerusi hantaran Instagram yang dimuat naik oleh Harris baru-baru ini, berkisarkan percutian mereka diatas sebuah cruise mewah telah mengundang rasa teruja khususnya buat peminat Intan Ladyana, apabila dia terlihat manis mengenakan hijab di sisi suami, sambil mendukung anaknya.

Artikel berkaitan: Manis Berhijab, Intan Ladyana Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Harris Alif

Penampilan Intan yang minimalis dan bersahaja menggayakan tudung bawal berwarna light gray itu menjadi perhatian dan sorotan netizen, yang rata-ratanya gembira dengan perkembangan positif ini.

Sumber gambar: Instagram Intan Ladyana

Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, kebanyakkan netizen memuji kecantikan Intan yang tampil mengenakan hijab.

Comelnya Kak Intan Dengan Baby Evie

Sumber gambar: Instagram Harris Alif

Rata-rata netizen bersetuju, bahawa intan terlihat lebih manis dan tampak muda dari usianya, terutama apabila beliau mengenakan hijab.

“Masya Allah, cantiknya kak Intan pakai tudung”

“Look young Intan bertudung”

MasyaAllah! Cantik Intan Ladyana Bertudung.. Moga Istiqomah

Sumber gambar: Instagram Harris Alif

Selain itu, ramai yang mendoakan Intan agar kekal istiqomah untuk menutup aurat, sekaligus berharap agar Intan terus mengekalkan penampilannya untuk bertudung, di masa hadapan.

Namun, setakat ini tiada sebarang pengesahan yang dilakukan oleh Intan mahupun Harris mengenai penampilan terbaharu yang dipaparkan itu, bagaimanapun Hijabista mendoakan agar perkara baik sebegini, dapat dikekalkan oleh Intan.

Untuk rekod, Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu, perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kelahiran cahaya mata perempuan pertama yang diberi nama Evie Khadeeja, yang kini sudah pun menjangkau usia sembilan bulan.

Artikel berkaitan: Empat Selebriti Dan Pilihan Busana Pernikahan Mereka. Cantik & Sopan, Sesuai Inspirasi Hijabi

Sumber gambar: Instagram Harris Alif dan Intan Ladyana

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira