Berhenti Solat Penting Walaupun Ketika Berhibur. 3 Cara Lain Untuk Berhibur Dengan Betul

Share

Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah. Hanya apabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.

Fitrah untuk hati, jiwa, perasan dan akal untuk berehat daripada keletihan dan kelesuan adalah melalui hiburan. Islam punya jalan yang cukup praktikal dalam memberi kerehatan kepada elemen dalaman ini. Justeru, ajaran Islam telah menetapkan konsep hiburan yang sebenarnya. Sesungguh, Islam itu bukan sekadar mendorong malah mengatur umatnya walaupun untuk menikmati hiburan.

Menerusi dua dimensi hiburan ini, hiburan asasi akan memberi ketenangan dan keteguhan hati apabila menikmatinya. Ini adalah hiburan yang diperolehi menerusi iman yang membawa kepada aman.

1. Solat Juga Hiburan

Solat juga hiburan asasi sepertimana sabda Rasulullah SAW mafhumnya “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat”. (Riwayat Ahmad). Ini bermakna solat juga satu bentuk kerehatan sekaligus menjadi satu hiburan yang hakiki dan sejati.

Mengenang Rasulullah SAW seterusnya berselawat kepada baginda juga termasuk di dalam hiburan asasi ini. Ia diperintahkan oleh Allah SWT dan lebih daripada itu selawat juga di lakukan oleh Allah SWT dan para malaikat.

2. Membaca Al Quran Hiburan Asasi

Selain itu, membaca al-Quran merupakan satu lagi bentuk hiburan asasi. Menerusi membaca al-Quran kita mendengar kata-kata Allah secara terus kepada kita. Bayangkan jika meletakkan Allah sebagai kecintaan dan kekasih serta al-Quran sebagai warkah cinta pasti kebahagiaan dan kedamaian hadir dalam jiwa.

3. Isteri Solehah

Begitu juga isteri solehah; berjauhan membawa rindu dan cinta, hampir dengannya dibelai dan disuntik kekuatan, nasihat dan peringatan. Menjadi hiburan buat suami. Dan begitu juga sebaliknya, suami yang soleh adalah hiburan buat wanita. Tidak ketinggalan anak-anak yang soleh menjadi penyejuk mata menghiburkan di dunia lebih dari itu menggembirakan di akhirat.

4. Sifat Reda & Pemaaf

Hiburan asasi juga boleh diperolehi melalui sifat-sifat mahmudah yang dimiliki termasuk sabar, reda dan pemaaf. Dengan memiliki sifat-sifat ini jiwa akan tenang dan secara automatik hati akan terhibur dengan hiburan yang hadir dari dalam diri sendiri.

Berhenti Rehat Memberi Masa Mengerjakan Solat

Seterusnya adalah hiburan sampingan. Ia adalah hiburan yang bertindak sebagai penggalak, pemangkin, pendorong dan pembawa kepada hiburan asasi. Ia penting sebagai medium mempromosi atau pengiklan hiburan asasi dan abadi.

Menerusi industri hiburan yang menyajikan lagu-lagu bermesej positif secara tidak langsung membawa kepada penambahbaikan iman, menyubur sifat mahmudah.

Konsert Hous Boom pada 10 November depan di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.

Memberi masa selama 45 minit berhenti rehat untuk mereka yang dating menyaksikan konsert ini solat dan berehat. Satu pujian di beri kepada pihak penganjur yang mementingkan ibadah walaupun semasa berlibur.

Turut sama terlibat di dalam konsert yang bermula jam 4.00 petang itu nanti ialah Hujan, Gerhana Ska Cinta, K-Clique, Pop Shuvit dan Budak Nakal Hujung Simpang di samping Ratu Rock Negara, Ella.

Mengambil tempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) tiket jualan konsert berkenaan hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi TicketApps bermula Jumaat, 18 Oktober depan. Jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone).

 

 

Published by
SH