Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah. Hanya apabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.
Fitrah untuk hati, jiwa, perasan dan akal untuk berehat daripada keletihan dan kelesuan adalah melalui hiburan. Islam punya jalan yang cukup praktikal dalam memberi kerehatan kepada elemen dalaman ini. Justeru, ajaran Islam telah menetapkan konsep hiburan yang sebenarnya. Sesungguh, Islam itu bukan sekadar mendorong malah mengatur umatnya walaupun untuk menikmati hiburan.
Menerusi dua dimensi hiburan ini, hiburan asasi akan memberi ketenangan dan keteguhan hati apabila menikmatinya. Ini adalah hiburan yang diperolehi menerusi iman yang membawa kepada aman.
1. Solat Juga Hiburan
Solat juga hiburan asasi sepertimana sabda Rasulullah SAW mafhumnya “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat”. (Riwayat Ahmad). Ini bermakna solat juga satu bentuk kerehatan sekaligus menjadi satu hiburan yang hakiki dan sejati.
Mengenang Rasulullah SAW seterusnya berselawat kepada baginda juga termasuk di dalam hiburan asasi ini. Ia diperintahkan oleh Allah SWT dan lebih daripada itu selawat juga di lakukan oleh Allah SWT dan para malaikat.
2. Membaca Al Quran Hiburan Asasi
Ads
Selain itu, membaca al-Quran merupakan satu lagi bentuk hiburan asasi. Menerusi membaca al-Quran kita mendengar kata-kata Allah secara terus kepada kita. Bayangkan jika meletakkan Allah sebagai kecintaan dan kekasih serta al-Quran sebagai warkah cinta pasti kebahagiaan dan kedamaian hadir dalam jiwa.
3. Isteri Solehah
Begitu juga isteri solehah; berjauhan membawa rindu dan cinta, hampir dengannya dibelai dan disuntik kekuatan, nasihat dan peringatan. Menjadi hiburan buat suami. Dan begitu juga sebaliknya, suami yang soleh adalah hiburan buat wanita. Tidak ketinggalan anak-anak yang soleh menjadi penyejuk mata menghiburkan di dunia lebih dari itu menggembirakan di akhirat.
4. Sifat Reda & Pemaaf
Ads
Hiburan asasi juga boleh diperolehi melalui sifat-sifat mahmudah yang dimiliki termasuk sabar, reda dan pemaaf. Dengan memiliki sifat-sifat ini jiwa akan tenang dan secara automatik hati akan terhibur dengan hiburan yang hadir dari dalam diri sendiri.
Berhenti Rehat Memberi Masa Mengerjakan Solat
Seterusnya adalah hiburan sampingan. Ia adalah hiburan yang bertindak sebagai penggalak, pemangkin, pendorong dan pembawa kepada hiburan asasi. Ia penting sebagai medium mempromosi atau pengiklan hiburan asasi dan abadi.
Menerusi industri hiburan yang menyajikan lagu-lagu bermesej positif secara tidak langsung membawa kepada penambahbaikan iman, menyubur sifat mahmudah.
Ads
Konsert Hous Boom pada 10 November depan di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.
Memberi masa selama 45 minit berhenti rehat untuk mereka yang dating menyaksikan konsert ini solat dan berehat. Satu pujian di beri kepada pihak penganjur yang mementingkan ibadah walaupun semasa berlibur.
Turut sama terlibat di dalam konsert yang bermula jam 4.00 petang itu nanti ialah Hujan, Gerhana Ska Cinta, K-Clique, Pop Shuvit dan Budak Nakal Hujung Simpang di samping Ratu Rock Negara, Ella.
Mengambil tempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) tiket jualan konsert berkenaan hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi TicketApps bermula Jumaat, 18 Oktober depan. Jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sambutan Syawal tanda merai kemenangan buat semua umat Islam setelah sebulan mengharungi dugaan berpuasa. Kali ini juga Syawal sangat bermakna buat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang telah dibebaskan Ramadan lalu kini berpeluang menyambut lebaran bersama semua anggota keluarganya.
Dalam satu status anak beliau, Hana di laman instagram memberitahu lebaran kali ini cukup berbeza. Dia mengucapkan syukur kerana tahun ini semua ahli keluarga ada di rumah untuk menyambut lebaran bersama.
Melihat foto dimuat turut, keakraban keluarga ini begitu terserlah walaupun sebelum ini ketua keluarga lama meringkuk dalam penjara.
Ternyata kesabaran mereka sekeluarga selama bertahun-tahun ini dibalas dengan momen cukup indah. Dalam gambar berkenaan, mereka sekeluarga turut merakamkan gambar kenangan selepas berbuka puasa dan berterawih.
Malah dalam instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut merakamkan gambar dengan mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengikutnya dalam Pakatan Harapan.
Turut diselitkan adalah caption yang cukup memberi makna mendalam.
Memaafkan mereka yang telah melakukan kezaliman adalah sifat seorang insan yang kuat.
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat: 10)
Melangkah ke era kerajaan Pakatan Harapan, kita harus besikap lebih positif untuk lebih tenang dan cekal dalam menghadapi hidup. Manusia adalah tidak sempurna dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maafkan saya dan sekeluarga sekiranya telah menyinggung sesiapa selama ini dari segi zahir dan batin.
Anwar Ibrahim 14 Jun 2018
Jalinan indah ini akan kekal begitu buat mereka sekeluarga. Namun mereka sebenarnya tidak gentar dengan setiap dugaan yang datan kerana walau apa juga ikatan kekeluarga terjalin utuh.
Netizen turut mengucapkan syukur ke atas keluarga ini dan mengharapkan Tuhan memberkati mereka sekeluarga.
@sitisarahzahra Alhmdulillah..DSAI dpt beraya bersama family thn ni
Biarpun sedang bercuti, pasangan bahagia Datin Seri Heliza Helmi dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman masih sempat memberikan nasihat yang amat berguna tentang amalan yang harus dilakukan di bulan Rejab ini.
Video yang dimuat naik menerusi laman Instagram Datin Seri Heliza itu mendapat perhatian ramai kerana penuh dengan info yang bermanfaat. Malah, bukan itu sahaja, pasangan itu juga kelihatan amat santai memberi nasihat sambil berada di atas jet ski. Alahai! ‘Sweet’ nya!
Perkongsian daripada kedua pasangan itu, apabila tibanya bulan Rejab, kita disarankan untuk melakukan beberapa amalan seperti:
Berpuasa
Istighfar
Bersedekah
Berdoa, Berselawar dan Berzikir.
Selain itu juga, ada sebuah doa yang boleh kita baca di bulan Rejab iaitu;
“ALLAHUMMA BARIK LANA FI RAJABA WA SYABANA WA BALIGHNA RAMADANA”.
Ertinya: Ya Allah, Berkahilah umur kami di bulan Rejab dan Syaban serta pertemukanlah kami sampai bulan Ramadan.
Disamping mendapat info yang bermanfaat, ramai juga yang terhibur melihat gelagat pasangan ini sehinggakan netizen melabelkan mereka sebagai ‘pasangan nakal’ di ruangan komen.
Terdahulu, Heliza berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu. Pasangan romantik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ini memilih lokasi Pulau Langkawi sebagai lokasi bulan madu mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Begini cara menambah akaun WhatsApp kedua pada iPhone anda, tetapi hanya jika anda mempunyai nombor telefon kedua untuk memautkannya.
WhatsApp ialah aplikasi pemesejan yang sangat popular. Sangat popular sehingga anda mungkin mahu mempunyai lebih daripada satu akaun, untuk membantu memisahkan kerja dan kehidupan peribadi anda. WhatsApp tidak membenarkan anda mempunyai dua akaun secara lalai, tetapi terdapat cara mengatasi sekatan itu. Tak perlu beli dua peranti ya!
Jom lihat bagaimana anda boleh buat dua akaun WhatsApp pada satu iPhone.
Gunakan WhatsApp Business untuk Menyediakan Akaun Kedua
Ramai individu menggunakan aplikasi WhatsApp Business untuk berhubung dengan pelanggan mereka. Dengan WhatsApp, menyediakan akaun kedua untuk perniagaan adalah mudah dan percuma. Walau bagaimanapun, kaedah berikut hanya berfungsi jika anda menggunakan Dual SIM pada iPhone anda atau kad SIM aktif pada peranti lain.
Mula-mula, muat turun Perniagaan WhatsApp dari App Store. Kemudian, lakukan langkah-langkah ini:
Buka WhatsApp Business. Pilih Agree & Continue untuk menerima Syarat Perkhidmatan.
Pilih Use a different number.
Taipkan nombor telefon SIM kedua anda. Ketik Done.
Pilih Yes untuk mengesahkan nombor.
Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke peranti anda.
Ketik Skip Restore jika tiada sandaran iCloud sebelumnya tersedia.
Taip nama anda dan pilih kategori perniagaan anda. Jika akaun kedua anda adalah untuk kegunaan peribadi, cuma pilih Not a business.
Klik Next.
Pilih Explore untuk mula menambah lebih banyak maklumat tentang perniagaan anda. Untuk melakukannya kemudian, pilih Not Now.
Mudah sahaja! Anda kini mempunyai akaun WhatsApp kedua yang berasingan sepenuhnya daripada akaun semasa. Anda boleh mula menghantar dan menerima mesej, membuat panggilan WhatsApp, membuat kumpulan dan banyak lagi.
Gunakan Apl Whats up untuk Mencerminkan Akaun Kedua
Jika anda merasakan WhatsApp Business terlalu formal, apl alternatif ialah apl Whats up. Aplikasi ini berfungsi sebagai cermin kepada peranti lain yang sudah mempunyai akaun WhatsApp sedia ada.
Mula-mula, muat turun Whats up dari App Store. Seterusnya, ikuti langkah berikut:
Buka apl Whats up dan pilih tab Dwi. Ini membawa anda ke versi mudah alih WhatsApp Web.
Pada peranti kedua anda, pergi ke WhatsApp Messenger.
Pilih Setting.
Klik Link a Device untuk mengimbas kod QR pada skrin iPhone anda.
Nah! Anda kini telah menyediakan akaun WhatsApp kedua di Whats up. Untuk menggunakan akaun pertama anda, hanya pergi ke apl WhatsApp iPhone seperti biasa. Kemudian gunakan aplikasi Whats up untuk menggunakan akaun kedua.
Kelemahan utamanya ialah ia mempunyai banyak iklan. Walau bagaimanapun, berbanding dengan kebanyakan aplikasi dwi WhatsApp di App Store, antara muka pemesejan Whats up sangat sesuai untuk mudah alih.
Apl lain kurang mesra pengguna kerana ia memaparkan versi desktop WhatsApp Web. Anda akhirnya perlu mengezum masuk dan keluar untuk membaca dan menaip mesej anda.
Bolehkah Anda Dapatkan Dua Akaun WhatsApp Dengan Nombor Telefon Yang Sama?
Malangnya, anda tidak boleh menggunakan dua akaun WhatsApp yang dipautkan pada nombor telefon yang sama secara serentak.
Contohnya, jika anda cuba menyediakan WhatsApp Business dengan nombor WhatsApp Messenger anda, nombor itu akan diputuskan sambungan daripada apl lama. Semua perbualan WhatsApp Messenger anda akan dialihkan ke WhatsApp Business, dan begitu juga sebaliknya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: MAKEUSOF.COM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!