Berhenti Guna Pencungkil Gigi! Boleh Membuat Gusi Ada Jangkitan Bakteria

Share

Kelaziman buat kebanyakan orang untuk membuang sisa makanan yang tersekat pada gigi menggunakan pencungkil gigi. Peralatan yang mudah kerana ia tidak memerlukan apa-apa kaedah untuk mengeluarkan makanan yang ada pada celah-celah gigi.

Namun begitu, ia bukanlah satu cara yang bagus untuk diamalkan selalu. Ianya sama sekali tidak disarankan oleh mana-mana doktor gigi jika anda seorang yang suka menggunakan pencungkil gigi.

Artikel berkaitan: Tak Berlubang Tetapi Sakit Yang Amat! Gigi Geraham Anda Mungkin Pecah Atau Sebaliknya

Sumber dari Canva

Bukan Cungkil Sisa Makanan Tapi Memudaratkan Kesihatan Gigi

Dilaporkan oleh HellodoktorAcademy of General Dentistry ada membuat kajian yang menunjukkan penggunaan pencungkil gigi baik tetapi perlu berhati-hati. Tetapi, kebanyakan doktor gigi tidak menyarankan pengunaannya dalam kehidupan harian.

Ini kerana tisu gusi boleh tertembus dan mengakibatkan bakteria mudah masuk dan berlakunya jangkitan. Jika anda pengguna pencungkil gigi, sudah pasti doktor gigi akan mendapati kerosakan pada gusi semasa pemereksaan gigi.

Cara yang sesuai untuk membersihkan gigi dengan betul!

Gunakan floss adalah cara yang terbaik kerana ia boleh mengeluarkan sisa makanan dan menghilangkan plak berbahaya yang tersembunyi pada gigi. Ia juga membantu mencegah kerosakan gigi, penyakit gusi dan nafas berbau.

Sumber dari Canva

Bagi mereka yang alami artritis atau kesukaran mengendalikan floss

di sekitar mulut bolehlah menggunakan pemegang. Ikut keselesaan anda, seseorang doktor gigi mungkin boleh cadang peralatan khas seperti:
  • spiral brush – terutama sekali buat mereka yang punyai fixed bridges
  • water flosser (floss air) – alat floss gigi di rumah yang hanya guna aliran air yang disasarkan untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan di antara gigi.

Artikel berkaitan: Amalkan Madu Dengan Betul Jika Tidak Boleh Rosakkan Gigi!

Masalah gusi atau gigi yang agak teruk perlulah segera dapat rawatan pada doktor. Baik cegah sebelum dirawat kerana anda mungkin sudah terlambat ketika itu!

Sumber: Hellodoktor

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee