Kebelakangan ini, di media sosial bertebaran kisah isteri dimadukan dan tidak mendapat hak yang selayaknya diberikan oleh suami, hingga ada yang terpaksa menagih harta sepencarian untuk meneruskan keberlangsungan hidup.
Menerusi sebuah program bual bicara, aktess terkemuka Indonesia, Dewi Sandra memaklumkan, sebagai seorang isteri, dia akan terus menunaikan tanggungjawabnya terhadap suami dalam apa juga keadaan sekali pun dan menyerahkan soal hak kepada Allah SWT.
Isteri Yang Merasa Teraniaya, Boleh Serahkan Soal HAK Di Tangan Allah
“Seorang suami punyai hak dan kewajipan. Begitu juga dengan isteri. Kita harus memainkan peranan tersebut.
“Pada saya, sebagai seorang isteri, saya tidak boleh menuntut hak saya kerana saya harus memberikan kewajiban saya. Hak yang sepatutnya saya dapat, saya tidak mengharapkan daripada suami tapi daripada Allah.
“Misalnya, sebagai seorang suami, mereka punyai kewajiban untuk memberikan kita wang belanja tetapi suami tidak berbuat sedemikian. Adakah boleh untuk kita tidak menunaikan kewajipan? Tak boleh sebegitu,” katanya.
Berhentilah Berharap Kepada Manusia, Bergantunglah Pada Maha Pencipta!
Tambah Dewi lagi, dia menyeru kepada semua pihak untuk berhenti berharap kepada manusia sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.
Ads
“Tugas isteri adalah untuk terus menunaikan kewajiban seperti melayan suami dan sebagainya. Tentang hak untuk meminta wang belanja, kita minta pada Allah.
“Mungkin wang datang bukan daripada suami tapi Allah tetap akan tunaikan hak kita. Jadi, jangan berharap sama manusia tentang hak. Tugas kita adalah untuk menunaikan kewajiban.
“Prinsip ini telah saya terapkan dari awal. Ini bukan cara Agus dan bukan cara saya tapi kita pakai cara Allah,” ujarnya lagi.
Ads
Cara Berfikir Dewi Sandra Raih Perhatian Warganet!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar soal hak dan kewajipan ini tidak dipandang enteng buat pasangan suami isteri.
“Betul tu. Kalau tak melakukan kewajiban, itu dosa pada Allah. Jangan pandang enteng.
“Setelah berusaha tapi tidak memihak kepda kita? Reda dan serahkan kepada Allah untuk uruskan. InsyaAllah Allah sebaik-baik perancang. Jalani kehidupan dan lakukan kewajiban.
Ads
“MasyaAllah, bagus penerangan dan penerapan yang dipraktikkan oleh Dewi.
“MasyaAllah, banyak kali ulang dengar. Kadang kita berharap. Rupanya tugas kita adalah untuk menunaikan kewajiban. Hal itu datang dari Allah. Bila Allah berkehendak mesti dapat apa yang kita mahukan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Pembersih tangan adalah wira yang tidak didendang dalam rutin penjagaan kulit kita. Dan ia bukan sahaja digunakan pada muka, sebarang pencuci yang anda gunakan boleh mengganggu penghalang kulit dan menyebabkan keradangan. Salah pilih pencuci tangan, boleh nampak tua ya!
Banyak pencuci badan, syampu dan sabun tangan terkenal dengan pelucutan kulit. Adalah penting untuk menilai senjata pembersihan anda dari atas ke bawah untuk memastikan anda bersikap lembut pada kulit anda, tidak kira di mana kulit itu diletakkan.
Ya, kenapa tidak di bahagian tangan! Boleh dikatakan, membasuh tangan beberapa kali sehari, ini adalah sebahagian daripada rutin kecantikan yang paling dilakukan. Namun begitu, sedikit perhatian diberikan pada kategori produk ini.
Sabun tangan adalah perkara yang perlu difikirkan, dan ia tidak sepatutnya diabaikan. Pembersih tangan yang dirumus dengan buruk dan mengeringkan boleh menyebabkan banyak kerosakan.
Penghalang kulit anda adalah kompleks dan pelbagai fungsi. Ia terdiri daripada mantel asid yang merujuk kepada sifat kulit yang sedikit berasid, penghalang lembapan, mikrobiom kulit, malah mempunyai sistem imunnya sendiri.
Ini semua bekerjasama untuk memastikan perkara yang baik masuk dan perkara yang buruk. Apabila berfungsi dengan betul, ia boleh meneutralkan kerosakan radikal, mengurangkan keradangan dalam badan dan mengekalkan kelembapan.
Kulit berdaya tahan tetapi malangnya, boleh dipengaruhi oleh banyak tekanan luaran, seperti produk penjagaan kulit yang merengsakan.
Salah satu perkara terburuk yang boleh anda lakukan ialah menggunakan pembersih yang keras, seperti sulfat. Ini melarutkan lipid semulajadi kulit anda, berpotensi mengubah mikrobiom, dan membuang pH kulit.
Perubahan ini boleh menyebabkan kekeringan, serpihan, garis-garis halus, bintik-bintik gelap, kulit berkrep, dan tanda-tanda penuaan yang lain.
Terdapat beberapa elemen penting yang perlu dicari semasa membeli-belah untuk pencuci tangan dan setiap elemen mencapai satu matlamat mudah: Melindungi dan memelihara penghalang kulit.
Surfaktan lembut
Elakkan untuk menggunakan sulfat, ia bukan “beracun”, tetapi ia sangat keras pada kulit. Sebaliknya, pilih surfaktan lembut yang berasal dari tumbuhan yang tidak seperti pelucutan. Ambil langkah lebih jauh dan cari yang diperbuat daripada sumber yang boleh diperbaharui dan boleh terbiodegradasi.
Humektan dan emolien yang menghidrat
Cucian hendaklah sentiasa diselitkan dengan bahan penghidratan untuk membantu memulihkan kelembapan semasa pembersihan. Ini boleh menampan kesan agen pembersih, serta memupuk kulit semasa menggunakan:
Gliserin
Lidah Buaya
Minyak botani seperti minyak biji moringa, minyak jojoba, minyak kelapa, minyak alpukat dan minyak zaitun
Ekstrak oat
Squalane
Antioksidan
Keajaiban melawan radikal bebas ini membantu mengekalkan kesihatan kulit, mengelakkan tekanan oksidatif dan melindungi anda daripada penceroboh luaran. Antioksidan adalah tambahan yang layak pada asasnya apa-apa produk atau formula, termasuk cucian tangan:
Bahan-bahan yang menyokong biome
Mikrobiom kulit adalah bahagian penting dalam fungsi kulit, maka menggunakan bahan-bahan yang memupuknya harus menjadi sebahagian daripada sebarang rutin penjagaan kulit:
Prebiotik: Prebiotik pada asasnya ialah nutrien yang dimakan oleh organisma pada kulit anda, yang akhirnya menyokong ekosistem yang berkembang maju. Terdapat banyak pilihan, tetapi pilih yang diperoleh daripada sayur-sayuran laut, mineral, gula yang berasal dari tumbuhan dan ekstrak oat.
Postbiotik: Ini adalah hasil sampingan yang bermanfaat bagi organisma yang hidup pada kulit dan, malangnya, disebabkan oleh kehidupan moden, kita telah kehilangan banyak postbiotik ini.
Kemajuan terkini dalam penjagaan kulit bioteknologi bermakna kita boleh mengenal pasti produk sampingan tertentu, menirunya, dan kemudian memasukkannya ke dalam penjagaan kulit topikal untuk ditanam semula pada kulit. Untuk postbiotik cari penapaian, seperti penapaian lactobacillus.
Sama seperti pentingnya mencari pembersih muka berkualiti tinggi untuk menjaga kulit anda, penting untuk menggunakan cucian tangan yang berkualiti. Kemudian selepas itu, sentiasa susulan dengan krim tangan, sebaik-baiknya krim yang diselitkan dengan bahan-bahan penuaan yang sihat seperti pilihan utama ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dewasa ini banyak sangat kes kita dengar kes membabitkan sumbang mahram antara ayah dengan anak. Adik dengan abang atau cucu dengan datuk. Dalam kes ini, mangsa yang masih kecil (kanak-kanak perempuan) sering menjadi mangsanya. Oleh kerana usia masih kecil dan rasa takut, segala perbuatan itu akan hanya disimpan sahaja.
Kadang-kadang tanpa kita sedari walaupun dalam rumah ada batas aurat yang perlu kita jaga. Maklumlah segala perlakuan sumbang mahram ini memang banyak bermula dari rumah lagi. Mungkin keadaan rumah yang kecil dan tidak selesa menyebabkan abang atau bapa atau datuk yang liar matanya memandang aurat anda walaupun ia adalah muhrim.
Malah pengertian tentang aurat juga menyebabkan faktor ‘haruan makan anak’ ini yang semakin berleluasa di negara kita. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Apa yang kita fahami tentang aurat. Melalui penerangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”
Daripada penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
Suami
2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan.
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara daripada saudara perempuan.
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama.
10. Hamba sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah S.A.W bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab :” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepada Usamah :” Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekali gus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Setiap umat manusia yang ada di atas muka bumi ini pasti tidak lari dari ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T. Ujian itu hadir dalam pelbagai cara, bentuk dan tidak kira masa sekalipun dan inilah yang menjadikan kita lebih dekat dengan Allah S.W.T. Sesungguhnya, kita sebagai umat Islam usahlah mengeluh jika ditimpa sesuatu ujian malah bersyukurlah kerana itu tandanya Allah masih menyayangi kita. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al Baqarah 2:286)
Perjalanan kita di dunia ini tidak pernah lari dari diuji. Tidak kira umur mahupun warna kulit, jika Allah menghendaki seseorang hambanya itu diuji, maka diturunkan ujian dalam segala jenis bentuk. Mengapakah manusia diuji?
Apakah hikmah di sebalik setiap ujian yang diturunkan?
Allah S.W.T menurunkan ujian kepada hamba-hambanya untuk mengetahui siapakah yang benar-benar mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan redha dengan ujian yang diberikan. Jika kita berjaya menghadapi ujian ini dengan tenang dan hati yang ikhlas, maka besar sungguh ganjaran yang akan diberikan kepada seseorang itu.
Maka, sudah terang lagi bersuluh, setiap ujian itu pasti ada ganjarannya. Usahlah kita berprasangka buruk terhadap-Nya dan sentiasalah bersyukur dengan segala yang melanda dalam kehidupan kita. Teruskan bersabar, husnuzon dan kuatkan iman! Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Natasha Rizky Pradita merupakan model, pelakon dan pengacara terkenal Indonesia. Dilahirkan di Padang pada 23 November 1993, Natasha telah menunjukkan laluan kerjaya yang telah...