Bergurau senda adalah satu perkara yang menjadi kebiasaan dalam setiap perhubungan antara rakan-rakan, keluarga, malah juga cara untuk bersosial. Keadaan itu terjadi apabila seseorang sudah mulai rasa selesa dalam hubungan itu.
Ada juga yang bergurau sampai melebihi limitasi seseorang–tak boleh terima gurauan? Ada cara dan masa yang sesuai untuk lakukan perkara itu, tak semua orang fahami kelakuan kita.
Main ‘sorok-sorok’ boleh bukan sorok barang orang…
SUdah tentu dalam setiap manusia yang kita jumpa, pasti ada yang suka untuk bergurau senda dengan mengambil barang kita dan sembunyikan. Mereka suka melihat kita yang tercar-cari barang yang hilan itu dalam kebingungan, gelak dan lucu.
Artikel berkaitan: Neelofa Kecewa Dengan Gurauan Melampau Warganet, Izara Turut Rasai Sebagai Seorang Ibu
Pada awalnya, kita juga akan berasa lucu dan itu merupakan satu jenaka. Tetapi bayangkan jika anda sering lalui perkara itu dalam tempoh yang singkat dan berulang-kali, tidakkah itu menjengkelkan?
Perbincangan mengenai perkara ini telah di jelaskan melalui Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ianya dilarang sama sekali untuk mengambil barang orang tanpa sebab meskipun itu hanya gurauan. Ianya kerana akan menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada pemilik barangan itu.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
لاَ يَأْخُذَنَّ أَحَدُكُمْ مَتَاعَ أَخِيهِ لاَعِبًا وَلاَ جَادًّا
Maksudnya: Setiap seorang dalam kalangan kamu dilarang untuk mengambil barang kepunyaan saudara kamu secara bergurau dan secara serius (mencuri).
Artikel berkaitan: Seronok Bergurau Tentang Rupa Paras Orang, Jangan Sampai Anda Pula Di Hina Dengan Begitu Teruk
Riwayat Abu Daud (5003)
Difahamkan dengan lebih jelas oleh Syeikh al-Azim Abadi, dalil ini memaklumkan bagi orang yang mengambil barangan orang lain itu di kira mencuri. Dilarang sama sekali untuk mengambil barangan orang lain walaupun dengan niat untuk bergurau kerana perbuatan ini tidak mendatangkan apa-apa faedah. Bahkan ianya hanya sahaja menimbulkan kemarahan dan menyakiti tuan empunya barang.
[Lihat: Aunul Ma’bud, 8/140]
Penjelasan ini juga turut di sokong oleh Syeikh Sulaiman al-Bujairimi dan Syeikh al-Jamal yang menyatakan mengambil barang orang lain dengan niat bergurau itu adalah haram. Kenapa perlu kita membuat sedemikian hanya kerana ingin menggusarkan hati seseorang?
[Lihat: Hasiyah al-Bujairimi ala Syarh al-Minhaj, 4/228, Hasiyah al-Jamal ala Syarh al-Minhaj, 5/152]
Demikian dengan itu, gurau senda ini sememangnya boleh di lakukan untuk merapatkan silaturrahim dan juga menguatkan lagi hubungan itu. Tetapi jika melampaui batas hanya akan merosakkan lagi hubungan yang terjalin.
Sumber: Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI