Tidak dinafikan bulan puasa memang bulan kita sangat digalakkan untuk melakukan seberapa banyak ibadah. Tetapi dalam masa yang sama perlu juga pergi bekerja sebagai tuntutan harian dan penampilan perlu elok dan sempurna.
“Persoalannya bagi wanita, adakah boleh memakai gincu ketika Ramadan dan adakah batal puasa jika tertelan sewaktu membasahkan bibir?”
Walaupun perbuatan ini kedengaran amat remeh, tetapi sebenarnya membuatkan kita rasa sedikit was-was. Maklumlah penampilan ketika bekerja perlu dijaga walaupun sekadar calitan gincu di bibir.
Menurut Ustaz Haslin Baharin, hukum bergincu untuk tabbarruj atau berhias adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah kerana ia amalan jahiliyah.
Firman Allah yang bermaksud:
“… dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang jahiliyah yang dahulu…” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ia termasuk bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah lelaki. Ini termasuk memakai gincu bibir, memakai pipi merah dan berwangi-wangian di luar rumah. Hukum bergincu daripada segi orang yang berpuasa boleh dibahagikan kepada tiga.
Pertama, jika sengaja bergincu adalah dimakruhkan tanpa sebarang tujuan, manakala jika tertelan sesuatu darinya, maka batallah puasanya. Wajib pula menqadanya atau menggantikannya pada bulan lain.
Kedua, bergincu bertujuan sekadar melembapkan bibir, jika tiada rasa atau sesuatu benda sampai ke kerongkong, maka hukumnya harus.
Ketiga, bergincu bertujuan perubatan dan terdesak adalah dibolehkan kerana tujuan yang mendesak itu.
Jika tertelan secara tidak sengaja dalam bentuk yang sangat sedikit, adalah dimaafkan. Sebagaimana disandarkan kepada hukum merasa makanan ketika seseorang itu berpuasa.
Wallahualam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trend Guna Perkhidmatan Klinik Gigi Viral Di Tiktok!
Gigi merupakan komponen yang sangat penting di wajah seseorang. Ada juga yang rasa ‘insecure’ apabila gigi mereka dalam keaadan yang tidak cantik, jarak, berterabur dan rosak. Kita juga tahu, gigi antara komponen di muka yang amat penting tidak kira dari segi kesihatan mahupun kecantikan. Kebanyakan orang akan membuat rawatan gigi sekurangnya 6 bulan sekali.
Penjagaan gigi semestinya sangat penting kerana anda perlu mengetahui kondisi gigi anda dan sekiranya mempunyai sebarang rawatan yang perlu dilakukan supaya keaadan gigi sentiasa dalam keadaan baik. Semakin lama, semakin kerap kita dengar kes doktor palsu dan baru baru ini pula banyak kes tentang berani dimana klinik rawatan gigi tidak berdaftar bawah Kementerian Kesihatan (KKM).
Baru-baru ini, tular tentang 3 pusat rawatan gigi yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Klinik berkenaan menawarkan servis rawatan pergigian seperti venir pergigian dan juga pendakap gigi telah diserbu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
Artikel berkaitan: Masalah Gigi Bukan Masalah Biasa. Rawat Masalah Gigi Untuk Tampil Cantik Menawan.
Menurut pengarah kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ri Ngadiman, tindakan perlu diambil atas susulan aduan orang awam. Ketiga-tiga pusat rawatan gigi ini tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia, malah premis yang dijalankan juga tidak berdaftar dengan KKM.
Dr Sha’ari berkata, ketiga-tiga klinik gigi tersebut dikendalikan oleh warga tempatan dan didapati perkhidmatan mereka itu berleluasa di media sosial seperti laman Instagram, Facebook dan TikTok. Serbuan telah dilakukan di Bandar Baru Bangi dan Bukit Jalil serta diikuti beberapa hari kemudian premis di Subang Jaya.
“Pada selasa lepas serbuan dilakukan, kami dapat merampas peralatan yang disyaki digunakan dalam menawarkan rawatan pergigian dan jugak rawatan kecantikan atau estetik,” Kata Dr. Sha’ari
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] kerana menyediakan klinik pergigian atau klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan mengikut akta ini dan Akta Pergigian 2018 [Akta 804] yang mana amalan pergigian dilakukan oleh orang tidak berdaftar,” katanya pengarah kesihatan
Artikel berkaitan: Rawatan Gigi Macam Spa! Menepis Mitos Sakitnya Scaling Gigi. Ini Nasihat Dr Mike
Seterusnya, pengarah kesihatan, KKM juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan. Menurut KKM, semestinya harga yang ditawarkan murah akan tetapi perlu diingatkan bahawa orang ramai yang terjebak dengan perkara tersebut akan terbeban selepas itu kerana kos rawatan susulan yang sangat tinggi akibat daripada kompilasi rawatan berkenaan.
“Orang awam akan berisiko mendapat jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV dan hepatitis akibat penggunaan peralatan tidak dibasmi kuman secara sempurna.” Katanya
Semestinya kita tidak mahu membebani diri dengan kos rawatan yang lebih tinggi oleh kerana pihak yang mengambil remeh dan hanya memikirkan duit sahaja. Berhati-hatilah ketika ingin memilih klinik pergigian. Dinasihatkan supaya orang ramai supaya menyemak kesahihan rawatan gigi melalui laman sesawang http://www.dpims.moh.gov/ manakala semakan klinik pergigian yang berdaftar dengan KKM boleh dibuat di laman sesawang http://www.medicalprac.moh.gov.my/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asal ‘Suka-Suka’ Tak Sangka Jadi Kerjaya! Mira Filzah Sudah Berjinak Dalam Bisnes Hijab Seawal Usia 18 Tahun!
Isi Kandungan
ToggleWajahnya sering dilihat menghiasi layar TV dan papan iklan sebagai duta jenama tudung terkenal, berikutan itu Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32 mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan.
Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
Jual Tudung Bukan ‘Back Up’ Karier Seni – Mira Filzah
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 31 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
ARTIKEL BERKAITAN: “Tudung Bagi Nampak Macam ‘Puan Amirah’ Sikit”, Mira Filzah Akur Kehendak Suami Tapis Penampilannya
Mula Sebagai Hobi, Suka-Suka Je
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya.
“Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar.
“Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif jenama MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
MF Garap Konsep , ‘Stail’ Selesa Tanpa Jejas Gaya
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global.
Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah.
“Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu.
Walaupun jadual sibuknya sebagai duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Sumber Foto: Instagram Mira Filzah
ARTIKEL BERKAITAN: Ekspresi Keperibadian Yang Anggun, Mira Filzah Perlukan Keselesaan Setiap Helaian Yang Digayakan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sempurnakan Nazar, DP Eina Azman Dan Suami Tunai Umrah Buat Kali Kedua
Pelakon Datin Paduka Eina Azman telah terbang ke Tanah Suci Makkah bagi menyempurnakan nazar mengerjakan umrah buat kali kedua. Pelakon tersebut telah pergi ke Tanah Suci bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.
Ainur Syakina Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman, 27, memberitahu dia menunaikan ibadah umrah itu bagi menyempurnakan nazar selepas suaminya sembuh daripada jangkitan Covid-19 pada Ogos tahun lalu.
Pelakon The Maid 2 itu telah berkongsi khabar tersebut menerusi hantaran Instagram yang disertakan gambar mereka berdua di Masjid Nabawi.
“Assalamualaikum… Tahun lepas Eina ada bernazar utk suami Eina selepas kena Covid. Alhamdullilah, semua nya di permudahkan jadi Eina dan suami akan menunaikan umrah utk kali ke 2.
Suami pelakon ini disahkan menghidapi Covid-19 tahap empat dan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan pada Ogos tahun lalu iaitu semasa hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.
DP Kaiser telah mengalami demam panas dan tahap oksigen yang kurang stabil. Dalam masa yang sama, dua pembantu rumahnya dan Eina sendiri dijangkit Covid-19 selepas merawat suaminya di rumah.
Selain Eina dan suami, dua pembantu rumahnya turut disahkan positif Covid-19. Namun cahaya mata kembar mereka iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 6, tidak dijangkiti virus berkenaan.
Ramai turut mendoakan
Meninjau di ruangan komen, ramai warganet termasuk rakan artis turut mendoakan agar pasangan ini mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dah Lama Teringin, DP Eina Azman Bawa Keluarga & Pembantu Rumah Tunai Umrah Bersama
“Alhamdulillah.. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan ibadah DP Eina sekeluarga dan mendapat umrah yang mabrur. Aamiin…”
“Semoga dipermudahkan segala urusan Datin Eina & Dato serta beroleh Umrah Maqbullah”
“MasyaaAllah Tabarakallah, Semoga Allah mudahkan, lancarkan semua ibadah nya, InsyaaAllah menjadi umrah yg mabrur, Aamiin… Sehat² yaa. Do’akan kami semoga menjadi tetamu Allah juga”
“Semoga dipermudahkan segala urusan di sana nanti. Selamat pergi dan balik. Innsha Allah ❤”
ARTIKEL BERKAITAN: Tatacara Melaksanakan Umrah, Wajib Tahu Sebelum Menunaikanya
Alhamdulillah, mudah-mudahan Eina dan keluarga mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan di sana. Amin.
Sumber: Instagram DP Eina Azman
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI