Ingin kelihatan cantik dan bergaya di pagi hari Raya Aidilfitri sudah tentunya menjadi impian buat semua para gadis dan wanita di luar sana. Siapa sahaja tidak mahu dipuji setelah bingung dan bersusah payah mencari gaya yang sesuai khas untuk perayaan yang di nantikan itu.
Pakaian baju kurung lengkap bukan sahaja menjadi keutamaan malah aksesori bag juga penting untuk menambah kemanisan dalam gaya seseorang. Kini, adanya koleksi terbaru dari GUESS boleh menjadi statement
untuk anda tampak lebih menarik dan bergaya!GUESS Malaysia telah mengeluarkan beg tangan yang menarik bagi koleksi Spring 2023 #GUESSHandbags bermula 22 Ferbruari 2023 yang lalu. Menjadi kepastian koleksi ini sangat sesuai dijadikan pilihan para hijabi diluar sana gayakan ketika hari lebaran!
Koleksi ini banyak diinspirasikan oleh warna-warna tropika dan earthy. Tona warna yang lembut menyerlahkan lagi sisi elegan serta feminin kepada setiap wanita yang memiliki koleksi beg tangan ini!
Bukan sahaja itu,GUESS Malaysia juga memperkenalkan koleksi aksesori jam yang terbaru! Ia dikeluarkan dengan 3 jenis rekaan seperti BEJEWELED, MONOGRAM, dan juga NEW ROYALTY. Sudah tentunya anda akan kelihatan lebih bersinar dan memukau apabila mengenakan aksesori ini lagi sewaktu musim lebaran.
Sempena Hari Raya Aidilfitri buat tahun 2023 ini, Hijabista Magazine ingin memberikan anda peluang untuk memiliki salah satu beg tangan dari koleksi Spring #GUESSHandbag 2023 untuk digayakan ketika hari lebaran!
Mudah dan ringkas sahaja, anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan lengkap! Jangan lupa untuk ceritakan kenapa anda layak untuk mendapatkan beg tangan GUESS Malaysia ini untuk lebaran kali ini.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
[Video MeSoCantik]