Sudah menjadi trend terkini hijabi membeli busana dengan rekaan pleats seperti seluar, dress ataupun skirt. Gaya ini memang semakin digilai untuk di suai padankan dengan busana lain agar tampil lebih effortlessly stylish.
Namun begitu, busana yang mempunyai rekaan begini amat sukar untuk dijaga. Malah teksturnya mudah berubah setelah dicuci dan hasilnya memang tidak sesempurna ketika pertama kali membelinya. Memang sakit hati dan terasa seperti membazir dan mahu membuang terus pakaian begini.
Hijabi yang gemar rekaan yang tengah trending ini usah risau atau panik kerana admin mahu kongsi cara penjagaan pakaian yang berunsurkan rekaan pleated. Cuba lakukan beberapa langkah di bawah ini.
Cara paling mudah untuk merapikan dengan kemas pakaian pleated adalah dengan cara cucian dry cleaning. Dengan dry clean
, risiko lipatan baju rosak kerana terkena air, proses mencuci dan menggosok dapat dielakkan. Ataupun jika rajin cara untuk mengembalikan kedutan adalah dengan cara merendamnya dalam air yang diletakkan pencuci. Jangan sesekali merenyok, sebaliknya cukup sekadar membilas dengan berhati-hati. Elakkan juga dijemur terlalu lama di bawah sinaran matahari, terus angkat sebaik kering supaya tidak merubah tekstur pleats.Sebaiknya gunakan steamer untuk merapikan baju pleats setelah dicuci. Lebih-lebih lagi sekiranya pleats adalah dari jenis fabrik sifon atau satin. Tetapi jika mempunyai seterika biasa, cara menggosoknya adalah dengan gerakan searah agar tidak mengganggu bentuk lipatan. Dan kalau ada sisi yang lipatannya terlepas (rata), bentuk kembali secara manual dengan menggosok mengikuti bentuk pleats lainnya.
Jangan menyimpan baju pleats dengan cara dilipat dan diletakkan bersama lipatan baju lain kerana akan menyebabkan kedut dan lipatannya rosak. Gantung saja dengan hanger, simpan dalam almari yang bersih dan beri jarak antara baju pleats dengan lainnya untuk mencegah kedutan.
EKSTRA TIP:
NOTA: [su_highlight background=”#99b0ff”]Teruskan menyusun pleat di atas papan seterika secara sistematik. Gosok ikut rentak untuk kembalikan bentuk asal susunan pleated.[/su_highlight]
#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
SUMBER: theworkedit.com & pinterest