Kecantikan

Berenang Bakar Kalori Dengan Cepat & Turunkan Berat Badan. Ini 5 Kebaikannya Wajib Tahu!

Share

Selain daripada aktiviti berlari, berbasikal ataupun senaman kardio lain, aktiviti berenang juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk menurunkan berat badan.

Bukan sahaja dapat membakar banyak kalori, berenang juga memberi kebaikan pada mental, fizikal, segala otot dan tulang. Semua bahagian ini digerakkan untuk membuat satu gerakan berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina badan ( sistem kardiovaskular).

Sumber gambar: Environmental Control Expert

Selain dari menurunkan berat badan, ia juga dapat mengurangkan masalah selulit dan memberi faedah kepada ibu yang sedang hamil. Antara kelebihan lain aktiviti berenang adalah:

Sumber gambar: Emily Rose
  1. Menurun berat badan dengan cepat

Siapa yang tidak mahu memiliki berat badan yang ideal? Bagi anda yang menghadapi masalah berat badan ataupun obesiti, berenang merupakan pilihan terbaik untuk memulakan proses penurunan berat badan. Berenang boleh membakar lebih 500 kalori tubuh selama 1 jam. Badan memerlukan tenaga bagi melawan arus air dan menampung berat badan untuk terus bergerak di dalam air. Malah, berenang juga dapat menguatkan otot di samping meningkatkkan kesihatan tubuh badan. Dengan penglibatan beberapa bahagian otot yang berbeza dan sistem kardiovaskular, berenang dapat memberikan impak yang sangat baik untuk wanita yang mendambakan bentuk badan yang menarik serta berat badan yang ideal dan ramping.

Jadi, jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa mengeluarkan peluh atau malas untuk berlari, berenang adalah antara aktiviti yang paling sesuai.

Tahukah anda, aktiviti berenang mampu untuk membakar 500-600 kalori sejam? Banyak tau!

2. Mencegah penuaan dan awet muda

Ha! Siapa sangka, aktiviti berenang mampu menjadikan anda Tampil muda dan sentiasa kelihatan segar! Pelbagai cara dan produk untuk tampak lebih menawan malah beberapa faktor persekitaran juga  mengakibatkan penuaan kulit wajah.

Oleh itu, melalui berenang boleh mencegah penuaan khususnya untuk kulit. Ketika badan kita berada di dalam air secara tidak langsung kulit akan menjadi lembab. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus pada kulit dan penuaan akibat usia. Wajah akan kelihatan sihat dan remaja.

Sumber gambar: Buzz Feed

3. Mengurangkan tekanan stres dan depresi

Kita sentiasa stres disebabkan hal peribadi dan juga kerja. Kaum wanita, khususnya sentiasa dipengaruhi oleh tekanan stres kerana emosi mahupun persekitarannya. Stres yang berpanjangan akan menghasilkan depresi dimana kita tidak dapat tanggani dan ia mampu memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Bagaimana cara untuk kita mengurangkan stress? Caranya mudah, sentiasa berfikiran positif dan melakukan senaman renang.

Sama seperti senaman kardio yang lain, kebaikan yang anda perolehi jika berenang selama 30 minit boleh membuatkan anda berasa relaks, tenang dan kurang stres. Badan yang berendam di dalam air akan terasa lebih segar dan bebas kerana air membantu mengurangkan tekanan pada sistem saraf hingga perasaan menjadi tenang dan aman. Jadi, lepaskan bebanan di bahu anda dengan berenang wahai para wanita.

4. Meningkatkan kesihatan jantung

Menjadi salah satu senaman kardio yang terbaik, aktiviti berenang amat baik untuk kesihatan tubuh badan kita mahupun dari segi dalaman. Dengan melakukan aktiviti rutin renang secara teratur, fungsi jantung akan bertambah baik. Jantung dapat mengepam darah dengan lancar dan baik ke seluruh tubuh badan. Hasil kajian dari Columbia University Medical Center mendapati bahawa aktiviti berenang dapat melawan risiko penyakit jantung kronik. Oleh itu, bagi anda yang menghidapi masalah lemak berlebihan, adalah disarankan untuk melakukan aktiviti ini. 

Sumber gambar: News Hub

5-Mengurangkan risiko diabetes

Sesuai bagi anda yang mengalami masalah diabetes, aktiviti berenang boleh membantu anda untuk mengurangkannya. Dalam satu kajian, menunjukkan bahawa risiko diabetes dikurangkan sebanyak 6% semasa berenang. Dengan hanya 30 minit, tiga kali seminggu risiko mendapat diabetes jenis 2 dikurangkan sebanyak 10%.

Sumber gambar: Teen Vogue

Antara kelebihan lain aktiviti berenang adalah:

  1. Meningkatkan sistem pernafasan dengan baik.
  2. Memulih dan meningkatkan tenaga.
  3. Digunakan sebagai terapi pemulihan selepas kecederaan.
  4. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  5. Ibu hamil juga digalakkan melakukan senaman renang untuk menguatkan otot di bahagian bahu dan perut.

 

Published by
Putra