Berdepan Dengan Puak Benci Islam, Gadis Muslim Ini Tak Gentar Malah Sempat Mengambil Gambar

Share

Sewaktu menghadiri persidangan Islamik di Washington, seorang gadis muslim iaitu Shaymaa Ismaa’eel,24, telah melalui sekumpulan puak protes yang menunjukkan kebencian mereka terhadap Islam secara terang-terangan. Puak ini juga menjerit kepada Shaymaa dan rakan-rakannya dengan mengatakan yang mereka akan ke neraka.

Tidak melatah, Shaymaa sebaliknya berposing di hadapan mereka dan mengambil gambar sambal membuat lambing ‘peace’.

Sebaik sahaja dia memuat naik gambarnya itu di instagramnya, ribuan komen membanjiri laman sosialnya itu.

Menurutnya, dia mahu mereka (puak protes) melihat senyuman di wajahnya dan melihat betapa bahagianya dia menjadi diri sendiri dan boleh berjalan ke mana sahaja sebagai seorang gadis muslim dengan bangganya.

“Saya mahu tunjukkan pada mereka bahawa kita akan terus melakukan kebaikan dan menyebarkan kasih kasih kepada semua,” jelasnya.

Persidangan yang dihadiri olehnya ialah Islamic Circle of North America (ICNA), sebuah persidangan yang didedikasikan bagi mempromosikan Islam di Amerika Syarikat yang sentiasa menarik ribuan pengunjung pada setiap tahun.

“Wajah saya bercahaya apabila melihat mereka. Ini semua kerana saya mahu mereka melihat kegembiraan saya. Saya Cuma harap mereka dapat rasa kebahagiaan yang sedang disampaikan sewaktu dalam persidangan daripada membuat protes di luar ini dengan penuh kebencian”.

Tambahnya lagi,ramai rakannya yang mengenakan hijab telah diganggu di kawasan kejiranan rumah mereka. Ini membuatkan dia dan rakan-rakannya merasa tidak selamat. Sebelum ini, Shaymaa juga pernah mengambil gambar bersama puak protes yang lain namun gambar terbaru ini memberikan makna yang berbeza berikutan terjadinya kes penembakan di masjid di New Zealand baru-baru ini.

 

“Hari ini kita tidak perlu hidup dalam ketakutan lagi. Hari ini kita semakin sedar mengenai segala susah-payah kita dan kita akan berdiri mempertahankan diri,” jelas Shaymaa.

kredit: instagram @shaymaadarling, the guardian

Published by
Qistina