Teh Ais merupakan antara air yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, rasa tehnya yang pekat, ditambah dengan susu pekat manis dan dihidang sejuk menjadikan ia antara minuman yang sukar untuk ditolak.

Malah, teh ais yang begitu sinonim di jiwa rakyat Malaysia amat popular dikalangan setiap lapisan masyarakat tidak kira golongan muda mahupun tua. Lazimnya, teh ais ini mudah didapati di kedai mamak.

Tapi kalau setiap kali berbuka puasa dengan teh ais, lama-lama bosan juga kan. Kali ini hijabista berkongsikan resepi ‘Almond Cloud Milk Tea’ yang segar dan mempunyai rasa estetik.

Cara penyediaanya pun mudah je! Apa kata hijabi cuba sendiri resipi air ini dirumah untuk berbuka puasa nanti.

Cara-Cara Membuat ‘Almond Cloud Milk Tea’

Berbuka Puasa Dengan Teh Ais? Boring! Jom Buat ‘Almond Cloud Milk Tea’ Yang Estetik Ni

Bahan-Bahanya:

Ads

1. Teh Bunga Telang (Butterfly Pea) – 1 Uncang
2. Susu Badam (Almond Milk) – 1 Kotak
3. Sweeted Heavy Cream atau
4. Ais Batu

Cara-Caranya:

1. Cara membuat Almond Cloudy Milk Tea ini sangat mudah, pertama anda perlu mereneh teh Bunga Telang (Butterfly Pea), seperti membancuh teh biasa di dalam gelas.

Ads

2. Apabila, air bertukar warna biru keungguan keluarkan uncang teh bunga telang terlebih dahulu.

3. Kemudian, gunakan cawan lain tuang sweetened heavy cream pukul sehingga krim bertukar menjadi bebuih pejal seakan tekstur kepulan awan (foamy)

4. Seterusnya, ambil gelas lain dan masukan ketulan ais batu ke dalamnya. Tuangkan teh bunga telang yang telah disediakan sebentar tadi, dan tuangkan juga susu badam ke dalam gelas sama mengikut selera masing-masing.

Ads

5. Langkah terakhir, cedok buih yang terhasil dari sweetened heavy cream yang telah di pukul tadi, letakkan di atas permukaan Air tersebut. Taraaa.. Almond Cloudy Milk Tea sedia untuk dinikmati!

Haa.. Sekarang dah ada option lain untuk sediakan air sebagai pelangkap juadah berbuka puasa kan? Takde lah asyik hadap teh ais je! Selamat mencuba.

Artikel berkaitan: Teh Bunga Raya Bantu Ubati Selesema, Sembuhkan Sakit Tekak & Batuk, Badan Pun Jadi Bertenaga

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI