Umum mengetahui penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza seorang yang aktif dalam bersukan, sama ada bola jaring atau berbasikal. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk mengekalkan stamina dan kekal sihat. Jika dilihat di laman instagramnya, beliau gigih melakukan aktiviti berbasikal setiap hujung minggu sambil ditemani suami tersayang dan rakan-rakan.
Rupa-rupanya salah satu tujuan (selain untuk kekal sihat), Siti juga sebenarnya menyertai perlumbaan basikal RHB – Langkawi Fun Ride di pulau lagenda ini. Dan ternyata latihan dibuat berbaloi kerana beliau berjaya menamatkan kayuhan basikal sejauh 72 kilometer hanya selama 3 jam 13 minit 30 saat.
Dalam posting yang dimuat turun di laman sosial Instagram, Siti dedikasikan medal kejayaan menghabiskan kayuhannya itu kepada anakanda tercinta Siti Aafiyah.
Menurut Siti pada mulanya beliau hanya mahu masuk kayuhan sejauh 25 km sahaja memandangkan ia hanyalah fun ride
. Namun dek kerana dorongan teman-teman lain yang mengatakan sudah alang-alang sampai Langkawi dan mengajaknya membuat kayuhan hingga 72 km.Walaupun sebelum ini tidak pernah berkayuh lebih dari 50 km namun berbekalkan smangat Siti akhirnya berjaya menamatkan kayuhan sejauh 72 km. Biarpun pagi sebelum berlepas, beliau terjatuh kecil hingga luka di bahagian lutut tetapi disebabkan semangat berkobar-kobar, penyanyi yang baru habis menjayakan 3 konsert ini tetap meneruskan kayuhannya.
Apa yang melucukan, Siti berkata ketika mengayuh itu beliau asyik terfikir anak kesayangannya, Siti Aafiyah yang mahukan susu. Jadi ia jadi penyebab untuknya mengayuh lebih laju sambil mulutnya tidak putus beristighfar agar selamat menghabiskan kayuhan.
Seperti biasa posting di muat turun pastinya mendapat komen positif dari followernya. Ramai mengucapkan tahniah atas kejayaan Siti dan mendoakan kakinya yang sakit cepat sembuh.
nurul_akmar Alhamdulillah.. Hebat la ibu Aafiyah syg ni.. Dpt habiskan 72km.. Cayalah.. Syafakillah.. Moga luka kat lutut cepat sembuh.. Aamiin. Take care ct.. We love you to the moon and back.
azhuda @ctdkWow…you are the best laa ibu Aafiyah..bukan hanya di pentas nyanyian, di pentas kayuhan jln juga..banggalah Aafiyah ada ibu cm ni..kami pun tumpang bangga juga
shamsul.amin Perghh ni nampaknya bukan sekadar minat dah. Congratz Kakiti!
syakirinhusnal 3 jam lebih tuuuu!! Mmg dah nak cukup kuota untuk menyusu Congratulations ibu!!
ustazahmardhiyah Tahniah alhamdulillah syukur semangat kental dato ct syabas… Moga Allah permudahkn segala urusan.. Dan mg aafiyah jd ank yg solehah.. AAMIINN
Alhamdullillah.. Medal ni untuk anak ibu tau.. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.. Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km..
Malah memang berbaloi muka Siti bertukar kemerah-merahan dan kaki mengalami sakit janji menjadi orang ke 22 daripada 1,000 peserta yang menyertai acara ini. Ini dapat dilihat melalui gambar dimuat turun oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq yang turut menyertai kayuhan berkenaan.
Berbekalkan semangat (redha je la) & bantuan trainer saya #faizboh@faizsyarifuddin(geng @anuarmanan86) saya kuatkan semangat .. Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ ?♀️.. luka la lutut.. camana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat … takpee tebalkan muka semangat punya pasal ( sakit tauuu?)
Berlepas je hati dah dup dap dup dap .. takut jatuh lagi , tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan ..
Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtaryang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan .. (hebat mummy Aiza ni) .. Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis nieeee??.. hahahah… Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir aafiyah kat bilik nak susu .. aafiyah nak susu .. hahaha.. itu buat ibu kayuh lagi laju tau aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni..
Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan…. Not bad uhh!! ???Syabas Siti Syabas .. sekarang.. persoalannya mana kaki ibu nie!! mana?? kaki dah tak rasa nak oiii… #rhblangkawiride2019#jomcarikakiibuaafiyah
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK & SYED SADDIQ