Berbaju Kurung Kedah, Berkain Batik, ‘Minah Salleh’ Potong Rumput & Basuh Karpet Bantu Suami Kena Strok

Share

Wanita Melayu bila berbaju kurung dan berkain batik memang nampak benar-benar ‘wanita Melayu Terakhir.’ Zaman sekarang ini memang susah nak lihat wanita menyarung pakaian begini.

Tidak dapat dinafikan masih ada yang gemar menyarung pakaian tradisi ini. Namun perkongsian Norlaila Dlaila dilaman Facebooknya cukup menarik perhatian sehinggakan ianya tular di media-media sosial. Mana tidaknya, ‘Minah Salleh’ yang pakai baju kurung Kedah dan berkain batik.

Menurut Norlaila Dlaila wanita yang berasal dari Amerika Syarikat (USA) ini tidak kekok berbaju kurung Kedah dan berkain batik. Wanita yang dikenali sebagai Aunty Azizah ini boleh pula menunggang motosikal tanpa sebarang masalah.

Minah Saleh yang lebih Melayu dari Melayu….pakai baju kurung kedah pakai kain batik…selamba naik motor..datang ambik kain baju karpet nak cuci… Aunty Azizah namanya.

Dia dari Amerika…kawin dengan orang sini ..sekarang jaga suami nya Stroke…tu la dia ambik upah cuci kain rumah orang. Paling dasat weii kadang pikul mesin rumput…g mesin rumput rumah orang…

Hari tu dia pernah tolong Akak cuci pinggan sekejap …..tapi dia tak larat berdiri lama…sebab pahanya hari tu patah accident…

Yang paling Akak respect…biasanya dia orang pertama akan solat bila dah habis azan …mesti laju-laju dia yang dulu…

HIJABISTA: Kagum dengan semangat wanita ini. Di saat orang lain mengejar kehidupan duniawi, dia memilih kehidupan yang serba sederhana. Didoakan moga-moga kehidupannya dan segala urusannya dipermudahkan. Aamiin.

Sumber kredit: Norlaila Dlaila

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza