Wanita Melayu bila berbaju kurung dan berkain batik memang nampak benar-benar ‘wanita Melayu Terakhir.’ Zaman sekarang ini memang susah nak lihat wanita menyarung pakaian begini.
Tidak dapat dinafikan masih ada yang gemar menyarung pakaian tradisi ini. Namun perkongsian Norlaila Dlaila dilaman Facebooknya cukup menarik perhatian sehinggakan ianya tular di media-media sosial. Mana tidaknya, ‘Minah Salleh’ yang pakai baju kurung Kedah dan berkain batik.
Menurut Norlaila Dlaila wanita yang berasal dari Amerika Syarikat (USA) ini tidak kekok berbaju kurung Kedah dan berkain batik. Wanita yang dikenali sebagai Aunty Azizah ini boleh pula menunggang motosikal tanpa sebarang masalah.
Minah Saleh yang lebih Melayu dari Melayu….pakai baju kurung kedah pakai kain batik…selamba naik motor..datang ambik kain baju karpet nak cuci… Aunty Azizah namanya.
Ads
Dia dari Amerika…kawin dengan orang sini ..sekarang jaga suami nya Stroke…tu la dia ambik upah cuci kain rumah orang. Paling dasat weii kadang pikul mesin rumput…g mesin rumput rumah orang…
Hari tu dia pernah tolong Akak cuci pinggan sekejap …..tapi dia tak larat berdiri lama…sebab pahanya hari tu patah accident…
Ads
Yang paling Akak respect…biasanya dia orang pertama akan solat bila dah habis azan …mesti laju-laju dia yang dulu…
Ads
HIJABISTA: Kagum dengan semangat wanita ini. Di saat orang lain mengejar kehidupan duniawi, dia memilih kehidupan yang serba sederhana. Didoakan moga-moga kehidupannya dan segala urusannya dipermudahkan. Aamiin.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut , menyarankan seluruh umat Islam di negara ini dan waris pesakit koronavirus (Covid-19) digalakkan menunaikan solat jenazah ghaib bagi pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu.
“Tiap-tiap yang hidup pasti menemui kematian, maka berlaku ujian kita iaitu kematian akibat Covid-19. Jadi, saya mencadangkan selepas kita semua mengetahui ada kematian (akibat Covid-19) dan telah pasti dikebumikan mayat itu, maka semua umat Islam digalakkan menunaikan sembahyang jenazah ghaib di rumah masing-masing untuk si mati disebabkan Covid-19 ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh berkata, walaupun ahli keluarga berdukacita atas kematian itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat di mana ramai umat Islam akan mengadakan solat jenazah ghaib untuk si mati.
“Bayangkan kalau kematian biasa, biasanya yang hadir (melakukan solat jenzah) hanya paling tinggi 200 orang dan jarang sekali sembahyang ghaib, tetapi apabila berlaku kematian disebabkan Covid-19, apa kata umat Islam di Malaysia bersembahyang jenazah untuk si mati ini… pahalanya berganda-ganda,” katanya.
Beliau turut menasihati waris mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 supaya bersabar dan tidak berpanjangan dalam bersedih kerana kehidupan mesti diteruskan sepanjang temubual bersama Bernama.
Solat Jenazah Secara Ghaib
Solat jenazah secara ghaib adalah solat yang dilakukan apabila jenazah tidak berada di sesuatu tempat sama ada kerana jenazah tersebut berada jauh atau kerana sebab lain seperti mayat tidak dijumpai kerana lemas atau musnah dalam kecelakaan.
Pensyariatan solat jenazah ghaib ini dilakukan bersandarkan kepada riwayat oleh Abu Hurairah RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke tempat solat, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.” (Riwayat Al-Bukhari, no.1245 dan Muslim, no.951)
Syarat Solat Jenazah
Solat jenazah dilakukan di negeri berlainan dengan negeri di mana jenazah berada.
Solat jenazah secara ghaib dilakukan setelah mayat dimandikan.
Waktu Solat Jenazah Ghaib
Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari.
Mengikut pandangan ulama Mazhab Syafie, jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang masih belum melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut, maka sunat baginya untuk melakukan solat jenazah secara ghaib ke atas mayat tersebut.
Cara-Cara Solat Jenazah
Cara solat jenazah secara ghaib sama sahaja dengan solat jenazah biasa.
Takbiratul ihram (dikira takbir yang pertama) sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut:
“Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala”
Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian baca Al-Fatihah.
Bertakbir kali kedua, kemudian kembali meletakkan tangan ke dada. Boleh dibaca selawat ke atas Nabi SAW, namun selawat yang afdal ialah selawat Ibrahimiyyah (seperti dalam tahiyat).
Takbir kali ketiga, kemudian kembali meletakkan tangan ke dada. Baca doa untuk jenazah.
Takbir kali keempat. Selepas takbir dibacakan doa di bawah.
Memberi salam ke kanan dan ke kiri sebagaimana dalam solat fardu (cuma dalam keadaan berdiri).
Sekalipun kita tidak berkesempatan untuk hadir untuk bersolat jenazah kerana faktor jarak yang jauh atau pun keadaan tidak mengizinkan (bimbang jangkitan virus menular), tetapi kelonggaran dan kemudahan yang dibenarkan untuk menunaikan solat jenazah secara ghaib boleh dimanfaatkan.
Solat dan doa lah yang menjadi penghormatan terakhir yang boleh dilakukan kepada orang yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.
Rujukan: Panduan Mengerjakan Solat Khas Yang Disediakan oleh UNISZA
Bahagia melihat anaknya mendirikan rumah tangga, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini akui sukar untuk melepaskan anaknya pergi namun tetap mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.
Luah pengasas Aunty Tini Kitchen itu di laman instagramnya, dia berharap anaknya yang sering disapa ‘Love’ itu dapat menjadi isteri yang taat pada suami iaitu Muhammad Haris Datuk Seri Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
”Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”
Allahuakbar Allah Maha Besar, Segala Puji Hanya PadaMu.
Syukur Alhamdullilah segala apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan dirahmati.
Ya Allah, ikatan mereka dibina atas perancangan Mu, atas rencana Mu, Aku sebagai ibu mensyukuri apa yang telah Engkau rencanakan kerana Engkau adalah sebaik baik perancang.
Wahai Anakku sayang @neelofa , taati dan sayangi lah suami Mu Haris dan serikanlah mahligai cinta mu setiap saat dan setiap waktu seperti mana Adam dan Hawa , Yusuf dan Zulaikha dan sepeti Engkau satukan Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah . Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak InsyaAllah.
Ya Allah Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah.
Doa Mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayang ku, berat tangan ini melepaskan mu sayang tetatpi ku tahu ini aturan yang baik buat mu kerana Allah kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbing mu ke jalan Allah.
Mama sentiasa sayangkan love. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah. Amiin Allahumma Amiin.
Ucapan daripada Datin Kartini untuk mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikut laman sosialnya. Ada juga yang berasa sebak kerana tersentuh membaca doa seorang ibu kepada anak tersayang.
Terdahulu, Neelofa telah selamat menjadi isteri kepada PU Riz pada hari Sabtu yang lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Majlis indah yang serba putih itu telah diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular di laman Twitter seorang pengguna yang membeli nasi buttermilk ayam tetapi terkejut dengan ‘visual’ makanan tersebut sehingga tiada selera makan! Perkongsian tersebut juga telah mencuri tumpuan serta mengejutkan netizen.
Resepi ayam buttermilk memang menjadi kegemaran ramai terutamanya masyarakat di Malaysia. Kesedapan ayam buttermilk ini terletak pada rasa lemak, masin dan pedasnya. Gabungan ayam yang rangup disaluti dengan kuah buttermilk, memang sedap hingga menjilat jari sehingga tak puas makan!
Membuat resepi ini memang mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak, namun akan terasa muak kalau ‘tersilap langkah’ ketika menyediakannya. Seperti yang tular baru-baru ini di laman Twitter.
“Macam muntah kucing…”
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna akaun @mijiiiiiiiiitersebut, dia telah memesan nasi bersama ayam buttermilk tersebut di sebuah restoren tepi jalan. Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila nasi yang dipesan itu tak sama rupanya dengan buttermilk chicken. Kuahnya terlihat sangat cair dan ketulan ayam juga tidak kelihatan.
Dek kerana kesal dengan pesanan tersebut, dia telah memuat naik foto tersebut bersama kapsyen “To all merchant/shop owner kedai tomyam semua…Kalau tak reti buat butter chicken TOLONG JANGAN JUAL. Sekian“.
Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dan menyatakan perkara yang sama. Mereka turut terkejut dan menyatakan bahawa makanan tersebut terlihat seperti muntah baby, muntah kucing, serawa durian dan sebagainya.
Resepi ayam buttermilk yang sedap
Oleh itu, bagi anda yang ingin merasa buttermilk ayam yang sedap, tak perlu dah membeli di kedai. Sebaliknya boleh ikuti resepi Che Nom dibawah. Senang dan mudah, buat sendiri lagi bagus dan puas hati!
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
Bahan-bahan lain:
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Cara Penyediaannya:
Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk ayam buttermilk:
Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tip taambahan dari Che Nom, kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Tambahan itu, kalau tak minat pedas, anda boleh kurangkan cili.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...