Berbadan Gemuk Tapi Stail Fesyen Masih ‘On-Point’, Ini 5 Tip Fesyen Untuk Anda Yang Bersaiz Besar!

Share

Landskap fesyen hari ini semakin berkembang luas tanpa meletakkan sebarang batasan. Tidak kira jantina, warna kulit, saiz badan dan juga ketinggian anda, fesyen hari ini meraikan kepelbagaian sisi diri anda. 

Jadi, bagi anda yang bersaiz besar ataupun bertubuh gempal, usah malu untuk meraikan stail fesyen anda hanya kerana saiz tubuh anda. Cuba amalkan tip fesyen ini untuk anda gunakan sebagai rujukan fesyen anda.

1. Fahami bentuk badan anda

Setiap pakaian semestinya memiliki potongan saiz yang berbeza. Tidak semua saiz mewakili bentuk badan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memilih pakaian yang sesuai dengan tubuh badan anda. 

Fahami juga tentang jenis rekaan dan potongan yang ingin anda sarungkan. Harus diingat, pakaian yang terlalu besar dan longgar akan membuatkan anda kelihatan lebih berisi manakala jika terlalu sendat membuatkan anda tidak selesa. Jadi, apa kata anda cuba dahulu sebelum membelinya!

Sumber gambar: Outfit Trends

2. Jangan penat untuk mencari

Tidak mengapa jika anda luangkan waktu untuk mencari baju yang bersaiz besar di mana-mana pasaraya dan jenama. Asalkan ianya menepati citarasa dan sesuai dengan bentuk badan anda, usaha itu pasti berbaloi! Jangan takut untuk mencuba pakaian yang dijual di kedai biasa. Anda tidak akan tahu jika tidak mencubanya sendiri.

Baca juga: Buntu Untuk Hasilkan Stail Yang Menarik Di Pejabat, Gayakan Rekaan Kardigan Dengan 6 Tip Fesyen Ini!

3. Ketahui ukuran badan anda

Bagi anda yang bertubuh gempal, adalah lebih baik jika anda mengetahui ukuran badan. Ini memudahkan anda untuk mencari pakaian mengikut saiz badan anda. Beli pita pengukur untuk mengukur supaya anda tidak perlu mencuba dua tiga helai saiz pakaian ketika membeli belah.

Sumber gambar: Hipwee

4. Permainan warna terang

Ini sudah tahun 2021 dan bakal menjelma tahun 2022 Tiada lagi istilah ‘orang berbadan gemuk tidak sesuai dengan warna terang!’. Salah belaka! Walaupun warna hitam membuatkan anda nampak lebih kurus, tapi tidak salah untuk mencuba warna yang terang asalkan permainan warna sesuai dengan ton kulit anda. Jika tidak yakin dengan helaian berona terang, anda boleh bermain dengan aksesori yang tepat.

5. Bijak memilih fabrik

Ketahui fabrik pakaian yang sesuai untuk bentuk tubuh. Bagi yang bersaiz besar, pilihan fabrik mungkin memerlukan sedikit belanja bagi mendapatkan helaian yang sesuai dengan bentuk badan. Minta nasihat dari tukang jahit yang berpengalaman, mereka lebih tahu apa yang sesuai.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra