Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa teh sebenarnya boleh menguruskan badan serta membantu anda mendapatkan bentuk tubuh yang lebih langsing.
Sekiranya anda peminat kopi, bolehlah bertukar kepada teh pula. 4 teh ini sememangnya berkesan untuk menurunkan berat badan.
1. TEH PUTIH
Kajian menunjukkan teh ini boleh menghalang proses pembentukan sel lemak. Ia juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes.
2. TEH PUDINA
Aroma dari minyak peppermint yang ada dalam teh ini dapat menghilangkan selera anda. Jadi, jika anda terasa mahu mengunyah, bancuh sahaja teh ini dan hirup. Tiada lagi masalah terlebih makan.
3. TEH HIJAU
Teh ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ramai sudah tahu akan kebaikan teh hijau ini. Bukan sahaja menurunkan berat badan, ia juga boleh mencantikkan kulit serta menstabilkan hormon.
4. TEH OOLONG
Teh dari China ini mengandungi komponen polyphenol yang sangat berkesan dalam mengawal metabolisma badan. Jika anda minum setiap hari, ia boleh mengurangkan risiko obesiti.
Sumber: Hanasuva
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lakukan 8 Tip Ini, Pasti Mascara ‘Bebas Comot’
Maskara merupakan salah satu alat solek wajib ada kegemaran wanita. Leretan maskara pada bulu mata mampu membuatkan mata anda kelihatan lebih menarik walau hanya dengan solekan nan tipis.
Bagi yang gemar mengenakan maskara untuk tampil lebih konfiden dan memastikan riasan menawan, pastikan aplikasi maskara anda kemas dan tidak comot. Boleh ikut tip ini untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
Tak Mahu Mascara Comot? 8 Tip Ini Mungkin Penyelesaianya!
- Bersihkan berus maskara sebelum gunakannya. Jika ada ketulan lama pada maskara bersihkan ia terdahulu.
2. Bersihkan mata anda dan pastikan ia kering sebelum menyapu maskara.
3. Gunakan pelentik bulu mata jika anda mempunyai bulu mata yang pendek.
4. Sapukan maskara asas atau berfiber, tumpukan pada bahagian akar atau pangkal bulu mata untuk menebalkannya. Lakukan dalam pergerakan ‘zig-zag’ dan biarkan ia kering.
5. Kemudian, sapukan lapisan kedua maskara. Untuk membuatkan mata anda nampak lebih besar, sapukan maskara pada bulu mata bawah, tetapi hanya penghujung bulu mata sahaja.
Pastikan Mascara Kering Sepenuhnya!
Biarkan ia betul-betul kering dan bersihkan ketulan yang melekat pada bulu mata anda dengan lembut agar ia tidak comot.
7. Untuk penggunaan harian, warna hitam atau coklat amat sesuai digunakan. Namun, jika ada acara khusus dan ingin bereksperimen dengan maskara yang berwarna, usah ragu-ragu. Sesuaikan warna maskara dengan tema solekan dan tema majlis untuk membuat penampilan yang sedikit berbeza.
8. Untuk dapatkan bulu mata yang cantik, tebal dan panjang pula, aliskan maskara beberapa kali dan tunggu sehingga iakering terlebih dahulu sebelum sapuan lapisan kedua dilakukan. Lebihan maskara yang melekat di atas mata dibuang menggunakan putik kapas dan bersihkan dengan cermat.
Artikel berkaitan: “Bagai Sambungan Bulu Mata Segera..” Maskara Dari Drugstore Ini Buat Ramai Yang Kagum. Laku Keras!
Sekadar Peringatan!
- Ganti maskara setelah tiga sehingga enam bulan walau keadaannya masih cukup baik.
2. Untuk menghindari penyakit, usahakan jangan bertukar atau saling meminjam maskara.
3. Gunakan pelentik bulu mata sebelum menggunakan maskara untuk hasil yang maksimal. Menggunakan pelentik setelah mengaplikasikan maskara boleh berisiko membuatkan bulu mata anda menjadi patah dan rapuh.
Artikel berkaitan: Tidak! Bahang El Nino Buat Solekan ‘Cair’! Ini 5 Tip Make Up Kekal ‘On Point’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mampu Kurangkan Berat Badan, Teh Cendawan ‘Mekah’ Boleh Juga Kuatkan Memori. Tapi Kesan Sampingannya Pada…
Namanya cendawan ‘Mekah’ tetapi bukanlah cendawan mahupun berasal dari Mekah. Jadi apakah ia sebenarnya?
Ia merupakan sejenis minuman yang semakin popular kerana mempunyai khasiat tersendiri yang membantu mereka yang mengalami masalah seperti memori yang lemah, melegakan sindrom prahaid dan juga membantu untuk menyuburkan rambut! Namun, anda perlu tahu dahulu keburukan dan cara pengambilan yang betul.
Kenapa dipanggil Cendawan ‘Mekah’?
Anda mesti bingung kenapa panggil cendawan ‘Mekah’ tapi bukan cendawan dan berasal dari Mekah? ‘Cendawan’ merujuk kepada bentuk rupa dan teksturnya yang seolah-olah bentuk kepala beberapa jenis cendawan. ‘Mekah’ pula merujuk kepada sifatnya yang asing.
Ia sebenarnya dikenali sebagai Kombucha yang berasal dari negara China sekitar tahun 2,000 sebelum masihi. Asal nama Kombucha pula daripada nama seorang doktor dari korea yang bernama Dr. Kombu.
Bagaimana Cendawan ‘Mekah’ dibuat?
Cendawan ‘Mekah’ atau Kombucha ini sebenarnya terhasil daripada penapaian air teh hijau, hitam, ataupun oolong manis bersama gula, yis dan bakteria. Proses penapaian bagi teh ini pula selalunya memakan masa dalam 7 hingga 10 hari sebelum ia boleh diminum dan semakin lama dibiarkan, semakin kurang rasa manis disebabkan bakteria telah memakan gula dalam campuran teh itu.
Setelah siap proses penapaian, maka terhasilnya teh Kombucha atau teh cendawan ‘Mekah’ yang menjadi seperti bergas, mempunyai cuka, vitamin B, enzim, probiotik dan tinggi kandungan asid–asetik, glukonik dan laktik. Hasil penapaian itu juga akan dicampurkan bersama jus-jus buah-buahan asli dimana terhasilnya pelbagai perisa seperti delima, nenas, dan buah naga.
Dan kalau anda nak tahu teh cendawan ‘Mekah’ atau Kombucha ini tidak sama sifatnya dengan Bir dan Wain walaupun melalui proses penapaian dengan yis. Ia sama sekali berbeza kerana Cendawan ‘Mekah’ menghasilkan dua komponen seperti bakteria asid laktik dan bakteria asid asetik yang dianggap sebagai perosak bir dan wain.
Keburukan teh Cendawan ‘Mekah’
Sebenarnya ia tidaklah memberhaya kepada mereka yang ingin cuba atau amalkan minuman teh Cendawan ‘Mekah’ ini. Tapi anda perlu tahu kesan-kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan jika mengambil minuman ini tanpa pengetahuan yang lengkap.
Sebelum mengambil teh ini, anda perlu berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba bagi mendapatkan kepastian. Antara individu yang perlu mendapatkan kepastian adalah:
- Jika anda sedang hamil atau menyusukan bayi kerana anda perlu mengambil ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor dalam fasa ini
- Anda sedang mengambik ubat-ubatan lain.
- Mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan seperti fungsi sistem imun yang lemah
- Mempunyai alahan seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan
Jangan khuatir! Teh Cendawan ‘Mekah’ ada kebaikannya juga
Menurut Link (2022) melalui laman sesawang Dr.Axe, teh Cendawan ‘Mekah’ ini memberikan beberapa khasiat dan kebaikan kepada mereka yang mengamalkan pengambilan teh ini seperti:
- Membantu menguatkan memori
- Melegakan sindrom prahaid
- Membantu penghadaman
- Menurunkan berat badan
- Meningkatkan tenaga
- Detoksifikasi badan
- Membantu sistem imun
- Mengurangkan sakit sendi
- Mengurangkan risiko kanser
- Membantu untuk menyuburkan rambut
Minuman teh cendawan ‘Mekah’ ini juga dijadikan sebagai minuman alternatif untuk anda yang ingin cuba mengurangkan pengambilan minuman yang manis.
Artikel berkaitan: Turunkan Berat Badan 5kg Sehari, Pakar Cadang Waktu Terbaik Untuk Sarapan. Cuba Juga Hidangan Ini!
Nampak menarikkan sis? Anda boleh cuba tapi pastikan keadaan kesihatan anda mengizinkan, selamat mencuba!
Sumber: HelloDoktor , Dr. Axe , JiwaSihat , Era Muslim , theAsianparent
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Punyai Bakat ‘Luar Biasa’ Sharifah Rose Dinobatkan Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021!
Permulaan dari seorang pempengaruh dan model, Sharifah Rose telah melakar nama sepenuhnya di industri seni Malaysia. Siapa sangka dia mempunyai bakat lakonan yang menjadi perhatian orang ramai.
Berkongsi kegembiraannya, drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard yang di bintanginya berjaya membawa 3 anugerah khusus di majlis Anugerah Telenovela Ke-8.
Bakat Semakin Menyerlah
Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 25, meluahkan rasa bangga di media sosialnya dengan ucapan yang cukup manis. Dia juga bersyukur adanya peminat yang sentiasa menyokong membuahkan satu kejayaan bagi karier seninya.
“Setiap orang ada titik permulaanya di mana sokongan peminat mampu memberi semangat untuk berusaha melakukan yang sebaik mungkin.” katanya.
Artikel berkaitan: “Lali Dengan Kecaman, Jadi Improve Selagi Boleh…” – Sharifah Rose Tidak Lupa Asal Usul
Rose juga mengharapkan agar orang ramai berikan sokongan buat setiap bakat-bakat baru yang ingin melakar nama di dalam industri tanah air. Setiap peluang yang diberikan boleh menyumbangkan kepada satu kejayaa buat setiap individu yang berhasrat tinggi.
“Rose berharap agar bakat-bakat baru dalam industri ini diterima baik dan diberi peluang untuk berjaya bersama bintang-bintang handalan,
“Kejayaaan ini adalah kejayaan kita bersama dan Rose pasti dengan kemenangan ini kita dapat memberikan inspirasi kepada satu sama lain.” tulisnya lagi.
‘Beautiful Family!’ – Wargamaya
Menjadi perhatian orang ramai juga apabila melihat foto perkongsian Rose yang hadiri bersama keluarganya ke anugerah itu semalam. Ramai yang terpegun melihat keluarganya yang begitu cantik dan hensem.
“Satu keluarga yang best looking family ever!
“Ibunya cantik.. ayahnya tampan.. dan rose pun cantik,
“Congratulations ❤️ well deserved 👏beautiful family ❤️.” tulis wargamaya melihat keluarga Sharifah Rose.
Artikel berkaitan: “Another Neelofa Here…” Gaya Fesyen Sharifah Rose Tarik Perhatian. Kembalinya Tudung Yang Paling Dicari!
Sekadar info, drama Kekasih Hatiku Mr. Bodyguard di tayangkan pada 2021 dan menjadi satu fenomena seketika. Ia memenangi 3 anugerah iaitu Anugerah Telenovela Popular 2021, Novel Popular dan Sharifah Rose sendiri memenangi Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021.
Sumber: Instagram @sharifahrose_
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI