Berat Rupanya Dugaan Yang Ditanggung Ziana Zain. Hanya Wanita Kuat & Tabah Mampu Hadapi Semua Ini!

Share

Umum sudah mengetahui tentang kemelut rumah tangga yang melanda Ziana Zain dan suaminya, Armin Zaharin. Kronologi bermula apabila Ziana Zain membuat laporan polis apabila suaminya mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari yang lalu.

Tidak lama selepas itu, keadaan menjadi lebih panas apabila Ziana Zain memfailkan penceraian terhadap Armin. Ziana Zain kemudian mengambil langkah untuk berdiam diri dan tidak mahu memberikan sebarang komen tentang isu ini serta mahu pihak media memahami keadaan dirinya.

Namun, setelah lama berdiam diri, akhirnya Ziana Zain meluahkan segala rasa yang dipendam seawal empat bulan perkahwinan. Tidak sangka, rumah tangga yang tampak bahagia pada luaran rupa-rupanya menyimpan seribu satu duka. Satu sikap Ziana Zain yang harus dipuji adalah dia tidak pernah bercerita tentang kemelut yang terjadi dalam rumah tangganya. Menurutnya kepada Sinar Online, dia telah diajar oleh ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumah tangga.

Tambah Ziana lagi, dia ibarat hidup di dalam neraka sejak berkahwin dengan Armin seawal empat bulan pertama. Dia terpaksa menanggung penderaan mental yang dialami secara sendirian. Setiap kali mahu pulang ke rumah, dia seolah-olah trauma dan takut. Jika orang lain menganggap rumahku syurgaku, berbeza dengan dia. Padanya, rumahku nerakaku.

Lebih memeranjatkan lagi apabila salah seorang daripada anak mereka terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak berusia 14 tahun. Anak-anaknya turut stress dek kerana perilaku Armin. Suaminya juga sering melemparkan kata-kata kurang sopan termasuklah di tempat awam dan di depan ahli keluarga.

Betapa beratnya dugaan yang ditanggung oleh Ziana Zain hingga mampu bertahan dengan suaminya selama 20 tahun. Ia bukan satu jangka masa yang sekejap. Hijabista turut memuji aura positif yang ditonjolkan oleh Ziana Zain di akaun Instagram miliknya. Tidak sekalipun kesedihan ditunjukkan olehnya. Apa pun, Hijabista doakan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Ziana Zain kuat dan tabah mengharungi dugaan yang melanda dirinya. Orang hebat pasti hebat ujian yang Allah berikan. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Sumber: Sinar Online

Published by
Naqiyatul Uzma