Berat Badan Turun Mendadak, Hairul Azreen Sanggup Berlapar Demi Watak Feroz Dalam The Assistant!

Share

Selepas berjaya menjayakan watak mencabar dalam filem The Paskal Movie dan Polis Evo 2, pelakon popular Hairul Azreen Idris, 34, memeriahkan industri filem tempatan dengan lakonannya dalam filem terbaru The Assistant. 

Bakal ditayangkan diseluruh Malaysia pada 19 Mei, filem arahan Adrian Teh ini merupakan sebuah lagi karya yang berjaya mengetengahkan bakat lakonan Hairul untuk watak yang penuh aksi.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik dalam akaun Instagramnya, proses menjalani pengembaraan filem ini bukanlah sebuah proses yang mudah. Ia menyakitkan dan banyak benda yang harus dilakukan untuk mendapat bentuk badan Feroz, watak yang dipegang olehnya dalam The Assistant.

Terus terang saya cakap, sakit apabila buat badan untuk filem, saya kena diet, saya kena fight dengan keadaan yang lapar, saya kena tahan semua ini selama 5 bulan sebab 3 bulan training 2 bulan shooting.

Berat badan turun 10 kg..

Tambahnya lagi, untuk mendapatkan hasil yang sempurna, dia terpaksa menurunkan berat badan dari 74 kg sehingga 64 kg bagi menjiwai watak Feroz sehingga menampakkan cengkung di bahagian pipi. 

Menurut Hairul, dia terpaksa berlapar sewaktu menjalani sesi lakonan namun ia bukanlah alasan bagi dirinya untuk tidak mempersembahkan yang terbaik. Malahan, dia bersyukur kerana usaha penatnya berbaloi apabila ramai yang memberi komen positif tentang lakonannya dalam filem The Assistant.

Memetik sumber dari Kosmo, Hairul menerima segala pujian dan kritikan tentang lakonannya dalam The Assistant dengan hati yang terbuka. Watak Feroz itu sendiri sudah menjadi bahan perbualan ramai apabila wataknya yang ganas dan penuh aksi sehingga orang ramai menggelarkan ‘Feroz Gila!’ Ramai yang memuji lakonanya itu dan ia merupakan percubaan pertama kali Hairul memegang watak yang berbeza daripada sebelum ini.

Sekadar info, The Assistant terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Far East Film Festival (FEFF) ke-24 di Udine, Itali. Filem hasil kerjasama Sony Pictures Entertainment Malaysia dan Act 2 Pictures ini merupakan sebuah filem berbajet besar yang menelan belanja sebanyak RM6 juta.

Sumber gambar: Instagram Hairul Azreen

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Putra