Kecantikan

Berat Badan Naik Mendadak Lepas Raya? Ikuti Cara Diet Gadis Ini Dapatkan Badan Langsing

Share

Lepas dah habis musim raya ni, mesti ramai hijabi yang runsingkan macam mana cara nak turunkan semula berat badan itu selepas menikmati banyak makanan di jamuan hari raya dan juga rumah terbuka. Jadi, bagaimana nak turunkan semula berat badan itu? Jika anda mahu mencuba diet atkins, anda bolehlah mengikuti tips yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter ini, @nick_ayien yang telah mendapat perkongsian ramai ini.

Wow, melihat contoh testimoni betul-betul berkesan ni!

Langkah pertamanya ialah, hati mesti kental jika tidak mahu terkandas di tengah jalan.

Buat kajian dulu sebelum mengamalkannya.

Catat berat badan anda setiap minggu supaya anda tahu perkembangannya.

 

Anda harus puasa sehari sebelum melakukannya supaya badan tidak terkejut kepada perubahan pemakanan.

 

Bagi tahu kawan dan keluarga awal-awal supaya mereka tahu anda sedang diet jadi tidaklah mereka ajak anda makan selalu!

Paling penting anda harus menjaga pantang tau!

Selalu beri semangat pada diri sendiri. Jangan pernah putus asa.

 

Jangan lupa bagi peluh keluar sekali.

3 bulan ini sangat penting, jangan mengalah begitu sahaja.

Kuatkan diri anda! Jangan kalah dengan godaan!

Bila dah kurus jangan lupa diri pulak tau. Usaha masih perlu diteruskan.

Beli pakaian bila anda dah dapat berat yang anda nak supaya boleh pakai lama.

Published by
Qistina