Aterosklerosis adalah keadaan di mana plak lemak dan kolesterol yang terkumpul menyebabkan pembuluh darah (arteri) menjadi sempit dan menganggu aliran darah ke jantung. Kesannya, ia akan menyebabkan iskemia. Apabila bekalan oksigen terhenti, maka penghidap boleh diserang serangan jantung dan akhirnya membawa kepada kematian.
Menurut Pakar Kardiologi dari Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Nor Azlina Mohd Yusof berkata dua dari tiga orang dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan yang sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, masalah kolesterol dan diabetes.
“Keadaan ini sebenarnya menyebabkan individu mati secara mengejut. Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku kepada organ jantung, ia akan menyebabkan masalah serius sehingga menyebabkan kematian.
Dalam kes lain pula, jika arteri yang menyalurkan darah ke otak tersumbat, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa.
Baca juga: Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!
“Situasi ini akan bertambah serius apabila adanya risiko lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Saya sarankan apabila berlakunya kes- kes begini, anda harus memberi perhatian khusus kepada lipid”, ulasnya lanjut.
SARINGAN AWAL
Ramai pesakit, terutama yang berisiko tinggi tidak sedar mereka mengalami arterosklerosis kerana tiada tanda. Oleh itu saringan kolesterol adalah penting untuk pencegahan awal. Tambah Dr. Nor Azlina, umur yang disarankan untuk melakukan pemeriksaan jantung sebaiknya-baiknya semasa 30 tahun.
“Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, dan kolesterol tinggi, saranan umur yang sesuai untuk melakukan pemeriksaan adalah ketika berumur 35 tahun, tetapi bagi mereka yang menghidap penyakit-penyakit ini, adalah lebih baik untuk melakukan pemeriksaan seawal umur 30 tahun”, ujarnya.
JANTUNG SIHAT, HIDUP BERKUALITI
Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa sekitar 9% atau 4000 dari 50 000 pesakit dirawat di hospital kerajaan meninggal akibat aterosklerosis pada tahun 2004 berbanding dengan kematian akibat kanser sebanyak 7%. Jumlah ini meningkat dari semasa ke semasa dan amat membimbangkan.
“American College of Cardiology menasihatkan supaya mereka yang menghidap obesiti untuk bersenam paling kurang 30 minit untuk lima kali sehari. Untuk mendapatkan kesihatan jantung dan tubuh yang baik, senaman di gym itu sebenarnya bukanlah suatu kewajipan.
Malah, jika anda berjalan selama 30 minit ataupun menaiki tangga, itu sudah memadai. Berat menurun lima peratus pun sudah bagus untuk menjadikan jantung sihat. Lakukan secara konsisten selama enam bulan . Senaman yang bagus adalah senaman
yang tidak membebankan tetapi dipraktiskan secara berterusan”.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe