Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah video yang memaparkan sepasang kekasih sedang bersolat berjemaah bersama melalui panggilan video di telefon. 

Lantaran itu, ramai warganet yang telah mengecam tindakan mereka kerana seolah-olah mempermainkan agama dan tidak mengikut landasan agama yang sebenar.

Walaupun pasangan itu mungkin berniat baik untuk meraih pahala bersama, namun niat sememangnya tidak menghalalkan cara.

Ads

Tidak mahu masyarakat terikut-ikut, ahli kumpulan nasyid Zayne, Furqan Fawwaz telah mengulas mengenai isu video tersebut bagi memberi pengajaran buat semua.

Jelasnya, solat itu merupakan komunikasi perhubungan antara kita dengan Allah dan melalui solat kita minta untuk dijauhkan segala musibah. Namun, perbuatan ini pula bertentangan dan seolah-olah meminta musibah daripadaNya.

Ads

Solat jangan buat main ya abang kakak

Tambahnya lagi, dia juga risau generasi muda sekarang ini terlalu mengejar jumlah tontonan yang tinggi di sosial media hingga sanggup membuat video yang memalukan dan mempermainkan agama.

Ads

Berikutan itu, ramai netizen yang turut memberikan reaksi sedih dan kecewa dengan tindakan pasangan kekasih tersebut dan berharap tiada yang mencontohi perbuatan mereka.

‘Berani Buat Macam Ni?’- Viral Solat Jemaah Online Pakwe Makwe, Lelaki Ini Beri Teguran Padu ‘Berani Buat Macam Ni?’- Viral Solat Jemaah Online Pakwe Makwe, Lelaki Ini Beri Teguran Padu ‘Berani Buat Macam Ni?’- Viral Solat Jemaah Online Pakwe Makwe, Lelaki Ini Beri Teguran Padu ‘Berani Buat Macam Ni?’- Viral Solat Jemaah Online Pakwe Makwe, Lelaki Ini Beri Teguran Padu

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI