Setiap kali ingin memilih pakaian sama ada untuk ke pejabat mahu pun bersiar-siar, boleh dikatakan ramai yang akan termenung di depan almari sambil cakap, ‘tak ada bajulah nak pakai hari ni,” sedangkan banyak sahaja baju tersusun dalam almari, menunggu giliran untuk dipakai.
Ibarat tidak pernah cukup, setiap kali nampak baju yang cantik dan memikat hati, pasti hendak dibeli.
PAKAIAN YANG TIDAK DIPAKAI AKAN DIHISAB
Beberapa tahun dulu, bila terdengar seorang ustaz pesan yang pakaian tidak dipakai akan dihisab, termenung depan almari.
Tahun-tahun berikutnya, berulang lagi kata-kata itu.
Allah yang sebenarnya nak ingatkan. Hingga Allah campakkan rasa takut… Tarik semua yang tidak dipakai. Beli baju ini untuk majlis ini, beli baju itu untuk upacara itu. Allah..
BELI MEMANG SERONOK
Maka kita ini sebenarnya nak bercantik-cantik? Untuk siapa? Untuk apa?
Banjir hari itu (bulan Disember tahun 2021), memang Allah bagi tersedar betul. Beli memang seronok, belanja memang nampak macam bahagia.
Waktu itu sebenarnya akan nampak betapa banyaknya barang kita. Padahal bukan pakai sangat. Nak mengemas, Subhanallah..
TAK MAMPU NAK PAKAI SEMUA
Maulana Helmi dalam kata-katanya, “kita ada banyak kereta, tapi kita tak mampu nak pakai semua sekali dalam satu masa. Kita ada banyak bilik dalam rumah, kita tak bahagi badan untuk tidur disemua bilik dalam satu masa.”
Macam itu jugalah perumpamaan pakaian. Kita beli banyak baju, tak mampu kita sebagai manusia nak pakai semua sekali dalam satu masa.
“Nak pakai nanti… ” Nanti yang belum pasti. Hanya kematian saja yang pasti.
Selalu sahaja kita rasa pakaian tidak ada sedangkan banyak bersusun dalam almari. Bila ke pusat membeli-belah, masih juga membeli pakaian. Selepas ini kita sudah boleh kurangkan beli pakaian baru. Beli ikut keperluan dan semestinya untuk dipakai.
Sumber kredit: Awatif Osman Top image: Photo by pnw-production from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.