Ramai yang sudah menonton drama terbaru Ummi Nazeera dan juga Izzue Islam iaitu ‘Rindu Kasih’ bukan? Sudah tentu ramai yang berjurai air mata bila tonton drama itu sehingga habis, kalau boleh setiap adegan nak nangis.
Faham sahaja bila suatu cerita itu mempunyai satu plot yang sangat menarik sehingga menghayat hati. Tapi sedih pun ia, ini ada pesanan khas dari suami Ummi Nazeera sendiri tentang setiap tangisan anda itu.
Bengkak sangat mata nanti ada yang tegur
Siapa sahaja yang tidak akan mengalir air mata jika menonton sesuatu cerita atau drama yang cukup bagus. Inikan pula pelakon itu membawakan suatu watak yang cukup mantap sehinggakan naik bulu roma!
View this post on Instagram
Sudah tentu ramai yang mata bengkak lepas dah menangis dengan sangat lama betul? Perkongsian dari suami pelakon Ummi Naziera iaitu Dr. Izzar Anwari tentang kesan bengkak yang berlaku pada mata selepas menangis.
“Apabila anda menangis, air mata itu akan menjadi banyak dan ‘drainage system‘ mata iaitu tear duct tidak dapat menampung untuk menyerap kembali air mata yang banyak itu,
“Oleh itu, air mata berlebihan itu akan berada di tisu bawah mata itu, menyebabkan mata sembab atau bengkak.” itulah penjelasannya mengenai mata yang boleh jadi bengkak!
Artikel berkaitan: Trend #Crying Makeup Tak Perlu Pakai Emosi Nak Nampak Cantik Ketika Menangis.
Ada cara nak hilangkan bengkak bawah mata!
Tidak sahaja menjelaskan bagaimana bengkak bawah mata terjadi, Dr. Izzar juga turut berkongsi beberapa tip yang boleh kita ikuti. Mudah-mudahan kurang sikitlah kesan bengkak sebab drama sedih ini.
Tip 1: Teabag
Hanya perlu rendamkan 2 teabag (uncang teh) ke dalam air suam dan letakkan dalam peti ais untuk sejukkannya. Bila sudah tiba masanya, letakkan pada mata yang bengkak itu sewaktu suhu uncang teh masih sejuk. Ini kerana kafein yang ada pada teh itu boleh membantu mengecutkan salur darah dan mengurangkan kesan sembab.
Tip 2: Timun
Selalu nampak bukan iklan atau gambar spa yang meletakkan timun pada mata. Ya, cara ini juga berkesan untuk hilangkan bengkak pada mata anda. Potong timun pada saiz yang sederhana nipis dan sejukkannya di dalam peti ais. Selepas itu, anda boleh sahaja letakkannya pada mata yang bengkak itu.
Tip 3: Guna ‘cool compress‘
Bunyinya agak rumit tapi sebenarnya hanya menggunakan ice bag sahaja. Jadi ambil sahaja ice bag anda, lapik dengan kain dan tuam pada mata.
Tip 4: Sudu besi
Tip yang cukup mudah kerana anda perlukan dua sudu besi dan sejukkannya di peti ais. Setelah itu, letakkan ia sahaja di mata, cara ini senang juga buat anda yang nak cepat dan kurang peralatan.
Tip 5: Cold Rub
Ha, apakah dengan maksud cold rub? Caranya adalah dengan sejukkan tangan atau jari dengan air yang sejuk (berisi ais). Selepas itu, urut kawasan mata yang bengkak itu, jangan tonyoh mata ya! Urut dengan perlahan-lahan.
Dr. Izzar juga ada membuat pesanan untuk anda yang suka tonton drama sehingga menangis itu untuk jaga kesihatan. Kalau sudah lama bengkak di mata, eloklah berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya, takut parah nanti.
Artikel berkaitan: Teringin Berniqab Hingga Menangis, Yatt Hamzah Harap Temui Kekuatan Suatu Hari Nanti
Sumber: Instagram @izzar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI