Adakah anda tahu bahawa solat sunat fajar merupakan salah satu solat sunat yang dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain? Banyak kelebihan yang dimanfaatkan mengikut hadith:
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ
Maksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]
Artikel berkaitan: Gerhana Bulan Penuh Hari Ini, JAWI Galakkan Solat Sunat Dan Khutbah
Terdapat amalan sunat seiring dengan solat sunat fajar iaitu berbaring sebentar. Apa baring? Ya! Ia berdasarkan dalil sahih dari Aisyah R.anha:
“Nabi SAW apabila selesai mengerjakan dua rakaat sunnah Fajar, baginda berbaring atas sisinya yang kanan” (Hadis Riwayat Bukhari, no.1160)
Sebenarnya terdapat makna atau hikmah yang tersirat melalui perbuatan sunat ini. Tujuannya adalah untuk memberi sedikit waktu rehat bagi orang-orang yang menunaikan solat.
Kebiasaannya, solat-solat sunat lain sering dilakukan pada sepertiga malam. Ada juga yang berpendapat ia menjadi pemisah antara solat sunat fajar (solat sunat sebelum Subuh) dan Solat subuh.
“Disunatkan berbaring pada lambung (sisi badan) kanan selepas solat sunat al-Fajar dan perlulah menunaikan solat sunat tersebut di awal waktu. Selain itu juga, seboleh-bolehnya tidak ditinggalkan berbaring (selepas daripada solat sunat). Jika tidak, pisahkan (antara solat sunat al-Fajar dan solat al-Fajar) dengan bercakap atau beralih tempat atau seumpama dengannya”. (Lihat: Al-Mu’tamad, 377/1)
Maka, berbaring selepas solat sunat fajar lebih digalakkan bagi sesiapa yang tidak menunaikan solat malam. Ia juga disarankan untuk dilakukan di rumah sahaja.
Artikel berkaitan: Hari Jumaat Hari Mulia, Lakukan Amalan Sunat Ini Untuk Meraikan Penghulu Segala Hari!
Kenapa di rumah? Kerana ia lebih sopan dilakukan secara bersendirian kerana khuatiri akan menimbulkan satu gangguan dan membuatkan para jemaah lain memandang serong kepada anda.
Sumber: TZKRH.com dan Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.