Kulit yang cantik menawan tidak hanya perlu mengharapkan produk yang dijual di pasaran semata-mata. Kos yang tinggi tanpa kesan yang efektif hanya merugikan wang dan semestinya masa anda juga dibazirkan.

Benarkah Bahan Semula Jadi Dapat Menjadikan Kulit Cantik Berseri? Ini 5 Jawapan Terbaik Yang Wajib Anda Tahu!
Sumber gambar: Angela

Penjagaan kulit secara semula jadi menjadi salah satu trend pada masa kini yang ramai melakukannya di rumah. Lebih selamat dan sihat. Kulit menjadi lebih berseri dan anjal biar pun umur sudah meningkat. Jom lakukan tip penjagaan wajah menggunakan bahan semula jadi ini. Lebih organik dan lebih asli!

PELEMBAP WAJAH

Benarkah Bahan Semula Jadi Dapat Menjadikan Kulit Cantik Berseri? Ini 5 Jawapan Terbaik Yang Wajib Anda Tahu!
Sumber gambar: India

Kulit wajah yang lembap semestinya akan menjadikan wajah anda tampak muda dari usia. Malah, kulit akan menjadi lebih anjal dan berseri. 

Caranya campurkan madu, lemon dan minyak sayuran sebagai pelembap wajah kepada kulit kering. Biarkan selama 10 minit dan kemudian cuci bersih.

KULIT BERSERI

Benarkah Bahan Semula Jadi Dapat Menjadikan Kulit Cantik Berseri? Ini 5 Jawapan Terbaik Yang Wajib Anda Tahu!

Ads

Ketepikan dahulu serum magis yang kononnya menyerap masuk ke dalam kulit sehingga kulit dapat dibaiki dan menjadi berseri. Apa kata anda simpan wang anda dan lakukan cara semula jadi ini.

Caranya, panaskan  4 sudu besar minyak badam, 2 sudu besar lanolin, jeli petroleum serta minyak zaitun. Biarkan sejuk seketika dan kemudian sapu rata pada kulit. Boleh juga digunakan untuk badan.

MENANGGALKAN KULIT MATI

Benarkah Bahan Semula Jadi Dapat Menjadikan Kulit Cantik Berseri? Ini 5 Jawapan Terbaik Yang Wajib Anda Tahu!
Sumber gambar: Roman

Tidak semua yang tahu bagaimana untuk menanggalkan kulit mati. Kulit mati yang ada pada wajah bukan sahaja menjadikan kulit kusam malah kulit wajah menjadi seakan-akan tidak bersih. Usah risau! Lakukan cara mudah ini.

Ads

Caranya, buat pupur wajah dengan campuran putih telur dan madu. Sapu pada muka dan biar kering, kemudian tanggalkannya perlahan. Bilas muka secara perlahan sambil mengurutnya.

UNTUK KULIT BERMINYAK

Benarkah Bahan Semula Jadi Dapat Menjadikan Kulit Cantik Berseri? Ini 5 Jawapan Terbaik Yang Wajib Anda Tahu!
Sumber gambar: Anete

Masalah kulit berminyak merupakan masalah utama kaum wanita di Malaysia. Bukan sahaja ia merupakan faktor utama jerawat naik dengan mudah, malah ia juga menyebabkan anda berasa tidak selesa. 

Untuk merawatnya dengan cara semula jadi, gunakan hirisan epal halus dan gosok pada wajah perlahan. Ia dapat membantu mengelakkan kulit kelihatan berkilat akibat minyak.

Ads

Baca juga: Sibuk Kerja Sampai Tiada Masa Untuk Jaga Kulit? Lakukan Di Rumah Sahaja Dengan 5 Petua Ini!

SKRUB

Benarkah Bahan Semula Jadi Dapat Menjadikan Kulit Cantik Berseri? Ini 5 Jawapan Terbaik Yang Wajib Anda Tahu!
Sumber gambar: Monstera

Campurkan oat, madu, yogurt dan serbuk badam. Sapu pada wajah dan biar kering selama 5 minit, kemudian gosok perlahan agar dapat menyingkir sel mati pada kulit. Cuci dengan air suam.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Benarkah Bahan Semula Jadi Dapat Menjadikan Kulit Cantik Berseri? Ini 5 Jawapan Terbaik Yang Wajib Anda Tahu!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI