Belum Sampai Hujung Bulan, Poket Dah Kering? Jom Amalkan Tips Jemput Rezeki Ni!

Share

“Baru setengah bulan, ada lebih kurang dua minggu lagi baru gaji, tapi duit dalam dompet dah tinggal cukup-cukup makan je..”

Mesti ramai diantara sis yang pernah alami situasi sama macam ni kan? Ini beberapa cara yang boleh sis praktikkan agar beroleh kelapangan rezeki yang tak putus-putus.

Rahsia Rezeki Mengalir Seperti Air Zam-Zam

Sumber Gambar: SAYS

Dalam sesi ceramah berkenaan keberkatan rezeki, pendakwah bebas, Ustaz Haryyanto Rizal Rokman ada berkongsi tip-tip yang boleh diamalkan agar rezeki kita lebih terjamin.

“Dalam Islam keberkatan itu penting! Mencari rezeki bukan setakat mencari harta benda sahaja, tetapi keberkatan dalam pencarian rezeki itu juga. Jika hilang keberkatan ini, maka hadirlah kegelisahan, musibah, bencana dan sebagainya.

“Analoginya, rezeki seseorang sudah ditentukan sejak azali lagi dan apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha menjemput rezeki tersebut. Allah SWT menerusi surah Ali ‘Imran berfirman, “Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah”.

Selain itu, perkongsian bermanfaat dari pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Izhar Ariff Mohd Kashim ini juga boleh diamalkan secara konsisten, agar rezeki yang datang sentiasa berkat dan cukup.

Bayar Semua Hutang

Sumber Gambar: Google

Jika anda pernah berhutang dengan sesiapa, disarankan agar anda bayar semula hutang piutang tu, tambahan lagi jika sudah terlanjur berjanji, kerana sekiranya sis mungkir janji, si pemberi hutang tu pasti marah dan menyumpah seranah.

Malah, waktu ni kalau si pemberi hutang tu mendoakan sesuatu, maka doanya dimakbulkan Allah, kerana tergolong dalam kategori mereka yang teraniaya!

Bagi Duit Dekat Mak Ayah

Sumber Gambar: Compare Hero

Jumlah yang diberi bukanlah soal utama, tak kisah banyak atau sedikit pemberian anda kepada kedua ibu bapa, kerana ia merupakan jalan yang menuntun anda mendapat keberkatan rezeki. Ibu bapa yang gembira, akan sentiasa mendoakan anaknya agar dimurahkan rezeki.

Selalu Bersedekah

Sumber Gambar: Sinar Harian

Artikel berkaitan: Pesan Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah; Buat Semua Perkara Ini Jika Mahu Rezeki Sentiasa Melimpah & Mencurah-curah

Selain itu, cara ini paling mujarab sekali untuk memberi kelapangan rezeki, iaitu SEDEKAH. Islam amat menganjurkan umatnya untuk bersedekah kerana, jika kita ikhlas ‘berkongsi rezeki’ dengan mereka yang susah, pasti Allah akan melipatgandakan usaha itu dalam bentuk rezeki yang lebih baik.

Jangan Menzalimi Haiwan

Sumber Gambar: Sinar Harian

Berbuat baiklah kepada haiwan, kerana mereka juga makhluk ciptaan ALLAH. Seperti yang kita tahu, haiwan-haiwan ini sentiasa berzikir dan bertahmid kepada Allah, jadi apabila kita melakukan kebaikan terhadap mereka, maka mereka akan mendoakan kesejahteraan buat kita.

Rajin Solat Dhuha

Sumber Gambar: Sinar Islam Plus

Terdapat pelbagai solat sunat yang boleh dilakukan sebagai umat Islam, antara yang paling tepat untuk meminta kelapangan rezeki adalah dengan melakukan Solat Dhuha dua rakaat (minima) yang hanya memakan masa 10 hingga 15 minit je.

Lakukan solat ini secara konsisten dan yakinlah bahawa Allah itu maha pemberi rezeki, serta rahmatnya meliputi sekalian alam, termasuklah kita hambanya.

Dah tau cara lebatkan rezeki kan? Jangan lupa amalkan okay!

Sumber Gambar:  SAYS, Google, Compare Hero, Sinar Harian & Sinar Islam Plus

Artikel berkaitan: Amalan-amalan Kecil Yang Boleh Membawa Rezeki Yang Tak Disangka-sangka, Jom Amalkan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira