Belum Launching, Influencer Ini Sanggup Dermakan Tudung Terbarunya Demi Mangsa Banjir

Share

Tekad membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya kaum wanita, pempengaruh dakwah terkenal yang juga seorang usahawan, Aisyah Hijanah sanggup mendermakan koleksi tudung terbaharunya yang belum dilancarkan di pasaran lagi kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Aisyah, koleksi tudung terbaharunya itu sepatutnya dilancarkan pada bulan hadapan.

“Sepatutnya tudung ni saya nak launch bulan depan. Tapi ada yang lebih memerlukan. Tak mudah bila kita hilang segala-galanya.

“Mangsa banjir benar-benar kuat. Kita sama-sama muslimah, sama-sama nak jaga diri. Allah uji sebab Allah sayang.

“Kita sumbangkan tudung sarung ini kepada mangsa-mangsa banjir yang lebih perlu,” tulisnya di TikTok.

Selain itu, Aisyah juga turut menjelaskan bahawa golongan warga emas terutamanya lebih selesa mengenakan tudung sarung berbanding selendang ketika keadaan panas apatah lagi dalam penempatan yang sesak.

“Ini impian saya nak mudahkan semua muslimat. Nak bantu mereka. Ini jihad saya”, tambahnya.

Di samping itu, Aisyah turut mendoakan agar urusan mangsa-mangsa banjir ini dipermudahkan dan semoga dirinya tidak lalai dengan nikmat di dunia.

“Semoga Allah mudahkan urusan semua mangsa banjir. Terima kasih yang menyokong saya. Semoga Allah tak hanyutkan saya dengan nikmat dunia semata-mata,” luah Aisyah.

 

kredit: @aisyahhijanah

+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.

Published by
Team Hijabista