Tekad membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya kaum wanita, pempengaruh dakwah terkenal yang juga seorang usahawan, Aisyah Hijanah sanggup mendermakan koleksi tudung terbaharunya yang belum dilancarkan di pasaran lagi kepada mereka yang memerlukan.
Menurut Aisyah, koleksi tudung terbaharunya itu sepatutnya dilancarkan pada bulan hadapan.
“Sepatutnya tudung ni saya nak launch bulan depan. Tapi ada yang lebih memerlukan. Tak mudah bila kita hilang segala-galanya.
“Mangsa banjir benar-benar kuat. Kita sama-sama muslimah, sama-sama nak jaga diri. Allah uji sebab Allah sayang.
“Kita sumbangkan tudung sarung ini kepada mangsa-mangsa banjir yang lebih perlu,” tulisnya di TikTok.
Ads
Selain itu, Aisyah juga turut menjelaskan bahawa golongan warga emas terutamanya lebih selesa mengenakan tudung sarung berbanding selendang ketika keadaan panas apatah lagi dalam penempatan yang sesak.
“Ini impian saya nak mudahkan semua muslimat. Nak bantu mereka. Ini jihad saya”, tambahnya.
Di samping itu, Aisyah turut mendoakan agar urusan mangsa-mangsa banjir ini dipermudahkan dan semoga dirinya tidak lalai dengan nikmat di dunia.
Ads
“Semoga Allah mudahkan urusan semua mangsa banjir. Terima kasih yang menyokong saya. Semoga Allah tak hanyutkan saya dengan nikmat dunia semata-mata,” luah Aisyah.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Ramona Zamzam mendedahkan bahawa Mira Filzah menjadi selebriti tempatan yang digemarinya kini kerana gemarkan sikapnya yang memberi aura positif kepada orang sekeliling.
Tambahnya lagi, dia kagum dengan pengacara Nona itu yang sentiasa menjaga solatnya biarpun terpaksa membuang dan memakai solekan berulang kali. Perkara ini telah didedahkan oleh Ramona sendiri apabila dia menjawab soalan daripada pengikutnya di laman instagram.
Sewaktu penggambaran drama lakonan kami bersama, saya dapat aura ketenangan dan positif daripadanya. Saya menyukai apabila dia ada di sisi kerana Mira teramat tenang. Sangat lembut dan sopan dimana ia sangat berlawanan dengan sikap saya. Ramona= ribut.
Dia juga antara artis yang tidak meninggalkan solat sewaktu penggambaran drama. Ia membuatkan saya kagum dengan dedikasinya. Sangat remeh sebab kena buang mekap dan pakai berulang kali. Dia sabar je dengan Ramona yang gelak 24 jam di set yang membuatkan saya segan sebab dia terlalu sopan. Tapi aura positifnya yang sangat kuat membuatkan saya faham mengapa dia disayangi ramai.
Alhamdulillah, perkara yang baik begini haruslah kita contohi. Sememangnya tiada alasan untuk kita meninggalkan solat walau apa jua situasi yang mendatang. InsyaAllah, moga kita semua dapat terus istiqomah ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap daripada kita pastinya pernah melakukan dosa. Sama ada dosa besar mahupun kecil, kita sebagai manusia biasa tidak pernah lari daripada melakukan dosa dan kesilapan. Meskipun kita sudah nekad untuk tidak mengulangi dosa yang dilakukan, namun godaan syaitan itu kadang-kala melemahkan iman dan akhirnya mengajak kita untuk melakukan dosa.
Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani. Setiap hambanya yangmelakukan dosa diwajibkan untuk bertaubat kepada-Nya supaya dapat dihapuskan segala dosa yang telah dilakukan. Kendatipun dosa yang kita lakukan itu besar, tetapi percayalag bahawa ALLAH SWT akan sentiasa mengampuni hamba-hambanya.
Pengakhiran yang baik adalah objektif utama kita sebagai umat Islam. Oleh itu, ayuhlah kita bersama-sama mengamalkan solat taubat dan doa taubat ini supaya diberi peluang untuk menjadi hambanya yang soleh!
Dalam Alquran surat an-Nisa’ ayat 17 menjelaskan tentang taubat yang akan diterima Allah SWT.
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.”
“Hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam, berkatalah dia, ‘saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Rabb Yang dipercayai oleh Bani Israil dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”(QS Yunus: 90)
Allah berfirman, “dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan” yaitu kemaksiatan-kemaksiatan selain kekufuran, “hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan, sesungguhnya saya bertaubat sekarang, dan tidak pula (diterima taubatnya) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran bagi orang-orang itu telah kami sediakan siksa yang pedih.”
Doa Taubat:
Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, kebaikan diakhirat dan lindungilah kami daripada seksa api neraka.
Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepada ku selamatkanlah aku dan berilah aku rezeki.
Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi perkara paling penting padaku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi perkara paling penting padaku, perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat aku kembali. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku. Jadikanlah kematian itu sebagai istirahatku daripada segala kejahatan.
Ya Allah, sungguh aku banyak menganiayai diriku sendiri. Tiada lain yang dapat mengampuni dosa-dosaku, kecuali engkau, ya Allah. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang langsung datang daripada Mu. Kasihanilah aku, ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kebodohanku, dan keterlampauanku dalam apa yang aku kerjakan, dan apa sahaja yang Engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri.
Ya Allah,ampunilah segala kesalahanku yang datang daripada kesungguhanku dan daripada senda gurauku, dan daripada apa yang aku tidak sengaja dan daripada sengajaku dan segala sesuatu yang datang daripadaku.
Ya Allah, ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu, dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku pamerkan dan segala sesuatu yang engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri. Engkaulah yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan dan Engkau maha berkuasa atas segala-galanya.
Ya Allah, kepada Mu kuserahkan diriku, kepada-Mu aku beriman, kepadaMu aku serahkan segala urusan ku, dengan bantuan Mu aku berjuang, kepada Mu aku merujuk berkaitan hukum-hakam. Maka ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku pamerkan. Engkau yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan, tiada Tuhan melainkan engkau. Tiada upaya, melainkan dengan pertolongan allah.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu sebaik-baik yang diminta oleh Nabi Muhammad. Dan lindungi aku daripada apa yang Nabi Muhammad minta perlindungan daripada Mu. Engkaulah tempat meminta bantuan dan engkaulah yang memberikan kecukupan. Dan tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, segala yang mendatangkan rahmat daripada-Mu, segala yang menyebabkan pengampunan-Mu, yang menyebabkan terselamat dari semua dosa, yang menyebabkan mendapatnya semua kebaikan, berbahagianya dengan syurga dan terselamatnya dari api neraka.
Semoga ALLAH SWT membuka pintu hati kita untuk bertaubat dan menerima taubat yang kita lakukan supaya dapat memasuki syurga-Nya. InsyaAllah Amin YRB. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Orang-orang tua zaman dahulu sangat menggalakkan anak perempuan mereka untuk bangun awal setiap pagi. Bangun awal ini sebenarnya boleh membuka rezeki dengan lebih luas lagi. Sebaiknya, jangan tidur selepas solat subuh.
Kebanyakan wanita kini selalu bangun lambat dan lebih teruk lagi apabila terlepas waktu solat Subuh. Kadangkala, beban kerja yang terlalu banyak menyebabkan anda kepenatan hingga tidak sedar akan waktu Subuh telah berlalu.
Memahami masalah ini, Hijabista kongsikan 6 tip yang boleh anda lakukan untuk bangun awal setiap hari.
1. Elak Minum Kopi
Sebaiknya, elakkan daripada mengambil kopi selepas jam 2 petang. Minum kopi kegemaran anda hanya pada waktu pagi. Pengambilan kafein akan mengganggu proses tidur anda tanpa anda sedari.
2. Kunci Jam Untuk Tidur
Nak bangun pagi memanglah susah tetapi anda perlu tidur pada waktu yang tepat. Sebaiknya jangan melengahkan tidur anda. Kalau nak bangun awal, anda perlu tidur awal. Cara terbaik, set alarm setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan anda bahawa sudah sampai masa untuk rehatkan diri.
3. Amalan Rutin Sebelum Tidur
Sebelum tidur, pastikan anda lakukan perkara yang sama setiap malam. Mulakan dengan memberus gigi, pakai pakaian tidur, mandi dan baca sedikit surah serta doa tidur.
Sekiranya anda melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur, ia akan membantu otak anda mengenal pasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur. Sebaiknya, baca surah Al-Mulk dan niat untuk bangun awal.
4. Jangan Lupa Mandi
Jangan lupa untuk mandi agar suhu badan turun beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan membuatkan badan anda menjadi lebih relaks.
5. Matikan Semua Alat Peranti
Sebaiknya, matikan semua peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
6. Sentiasa Konsisten
Pastikan rutin di atas anda lakukan secara konsisten walaupun pada hujung minggu. Sekiranya anda lakukannya secara konsisten, lama-kelamaan anda sudah terbiasa dan ia tidak akan menjadi satu beban lagi.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...